Saturday, January 16, 2010

SAKIT!!!!!!


"aduh... aduh.... arghhhh!!!"
"kenapa? kenapa?"
"sakit. aduh..."
"kat mana sakitnya tu? "
"kat bawah."
"na, luruskan. biar aku urut."


agak-agaknya, situasi apa yang tengah berlaku disitu? sesiapa yang betul teka, aku belanja 20 sen. tak cukup? mari aku up kan lagi. 25 sen. cukup? tak cukup juga? ish, demanding betul kamu ni. ok, rm 50. nak? tak nak lah. aku tiada duit. hehehe...

situasi diatas menggambarkan situasi aku, si juanghidup, bersama kawan lelaki ku. dia urut memang terbaik punya. ghairah? minta maaf la ok. i'm pure, macho guy. hahahaha.. sewel betul aku ni. aku diurut kat betis ya. kerana kaki krem. betulkan ejaan aku tu. krem, crame, cream, ah! apa-apa sahajalah.

kakiku krem (ayat yang lagi sesuai aku rasa) pasal sparring tadi. silap aku juga. adakah buat sapuan sambil keraskan kaki? bila keraskan kaki, of course otot mengejang. ditambahkan lagi bila otot terkena tulang kering lawan. krem sekrem la jawabnya. (betul tak doktor? hehehe...)

bila krem sahaja kakiku tu, ya allah, sakit bukan main. menjerit juga lah aku time tu. bila kakiku diluruskan, siap berbunyi lagi betis ku tu. aduh... memang siot betul la. tapi, aku betul-betul tabik dengan kawan-kawan sepersilatan aku itu. bila aku krem macam bagitu, bukan seorang dua tolong, tapi hampir semua datang menolong. nasib baik perempuan tak dibenarkan menolong. kalau dibenarkan, wah? heaven la aku. hahaha...

nak tau apa pengajaran yang aku dapat setelah krem tu? pertama, jangan makan terlalu banyak. bila makan terlalu banyak, perut jadi boroi. dengan keberatan boroi itula, betis tak dapat menampung. maka, krem la dia. pengajaran kedua, jangan asyik depan pc jak. tau la banyak asignment (banyak meh?), tapi, sekali sekala exercise la sikit. paling kurang pun buat la tarian poco-poco dalam tandas. kira latihan juga tu. hahaha... pengajaran ketiga? nanti la aku beritahu. aku fikirkan dulu. boleh kan?

p/s: tournament bulan 2 ni kat UPSI. gila singkat masa. aish...

7 comments:

Cheese Monster said...

cilaka. kau ambik kesempatan.main urut2. rumah urut mana ko pergi?

|.a.r.i.e.z.a.| said...

hahah aku suke! part2 cramp mmg best hahah.. actually klu kena cramp, jgn di lawan, kasik 'loose' part yg cramp tu.. seriously. klu lg lawan, lg sakit dowh.. huhuh.. mgkn ko kurang salt jugak, tu pun salah satu punca cramp apart from xde warming up :p ape2pun, majulah sukan utk pejuang! hehehe

lumut said...

perut ko boroi ker?heehe..

ape yg luar biasa nye?erk..<<merujuk kat ayat chatbox..hehe

black_mel said...

rumah urut+service charge 1 shot rm50..nk x?haha..

juanghidup said...

hbz: rumah urut batin hbz. hehehe...

juanghidup said...

arieza: btul pa yg doc ckp tu. aku x mkn kot. psl tu la aku cramp. yah! akhirnya aku jumpa pkataan betul ntuk cramp. hehehehe... ceh2, maju diriku! ptnyaan, doc mc skt mntl? hehehe

juanghidup said...

mel: nak! kat mn tu?