Tuesday, October 27, 2009

AKU SUKA MEMUKUL DINDING



hehehe... betul, aku amat suka pukul dinding. memang best. tapi, bukan dengan tangan la. aku pukul pakai raket skuasy. best yang teramat eh.

aku mula mempelajari sukan skuasy ni ketika aku berada di kolej matrikulasi dulu. mulanya, aku kurang berminat dengan sukan ini kerana sukan ni kurang penontonnya. kurang cewek-cowok menengok. hehehe... yalah, buat apa nak tengok orang main bola lantun kat dinding? ganjil betul. untuk first impression aku, aku anggap orang yang main skuasy ni orang tak siuman. hahaha...

tapi, oleh kerana nafsuku yang agak membuak-buak untuk mewakili kolej matrikulasi, aku pun mencubalah sukan skuasy ni. nak pilih sukan lain, takda pula. badminton dan olahraga dah penuh tempat, taekwondo dan ragbi plak tidak dihantar oleh kolej ku. alasan, coach yang melatih takda dan kolej risau sukan tersebut akan mencederakan pelajar. apakah?

pertama kali aku memegang raket skuasy tu, memang ganjil gila la. bolanya? bola yang paling ganjil sekali pernah aku main. bolanya ibarat getah untuk ikat tapau tu, diikat banyak-banyak dan dijadikan gumpalan. kalau dijatuhkan ke tanah, hanya melantun sekali dua sahaja. macamana nak pukul? huhuhu...

tapi, dek kegigihan dan kehandalan aku (cewah? hahaha..), dapatla juga aku menguasai sukan skuasy ni. ketika itu juga, aku mengubah persepsi dan pandangan ku mengenai skuasy ni. bagi korang yang diluar sana, andai ada fikiran dan pandangan serong mengenai sukan skuasy, ataupun mengatakan

"ala, simple la men skuasy ni. stakat pukul dinding, kacang ba tu."

"Nicol david? kalah dia tu kalau aku lawan dia."

ada lebih baik korang cuba dahulu sukan ini. barulah korang tau tinggi rendahnya korang nanti. aku berani katakan, orang yang expert dan menguasai sukan skuasy ni, staminanya hampir sama dengan stamina kuda. betul... percayala..



sepanjang pengalaman ku, sukan skuasy la yang paling memuaskan hati dan tenaga ku. apa tidaknya, habis main jak, aku boleh jamin aku boleh memenuhkan botol air dengan peluh yang aku perah dari bajuku. memang letih dan amat-amat memuaskan. bagi sesiapa yang nak menguruskan badan, aku rekomenkan korang main skuasy. aku jamin berat badan korang turun dengan mendadak sekali. sebelum aku mengenali dan bermain skuasy, saiz pinggang ku around 35 begitu. tapi, setelah bermain skuasy, saiz pinggang ku mengecil hingga saiz 32. terpulang kepada anda sama ada nak percaya atau tidak. yang penting aku da beritahu.

aku sebenarnya nak beritahu lebih lanjut mengenai skuasy tapi kawan-kawan ku menarik aku pergi berperang. DOTA PLIZ? hehehe...


p/s: tgk tv3 td, cmna la jambatan gantung tu boleh runtuh? ganjil2..


10 comments:

tqa said...

waa. tataw pulak ko aktif skuasy skg!
sounds good :)

Ken Wooi said...

wah with racket? wont break ar? lol =P

kenwooi.com

niesah la! niesah!! said...

cool! i always wanted to try skuasy..
but usually the court was full..
n bola kene provide sendiri..leceh

juanghidup said...

tqa: skrng x aktif da koz xda partner nak bawa men. huhuhu...

juanghidup said...

kenwooi: actually skuasy had its own raket. dat raket more tough den raket tenis and raket badminton. but, i had broke dat raket once. hehehe...

juanghidup said...

niesah : owh... xpa niesah. klu masih da keinginan nak men, lmbt laun, dpt jgk niesah men tu.

Cheese Monster said...

tennis 100% better thn squasy..+_+
squasy indoor. no freshy la..

Anonymous said...

ape ke aneh la ko ni punyer habit..
pasni try la tukau habit laen..
geget dinding ke, jilat dinding ke~~

juanghidup said...

hbz : ceh, blum cuba, blum tau la hbz. jom, kita men squasy nnti. nak?

juanghidup said...

ayudeadwish : oh? cadangan bernas tu ayu. habislah dinding rumah ayu sy ggt nnti. hehehe...