Tuesday, October 13, 2009

aku nak tegur perempuan tutup aurat tp, bagaimana?


persoalan yang timbul di benakku, bagaimana aku nak tegur perempuan supaya tutup aurat? persoalan ini timbul selepas mendengar pembentangan dalam kelas pengajian islam yang membincangkan tentag aurat wanita.

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang, (menggoda, nipis, ketat, seksi, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat), rambut mereka laksana goh-goh unta (didedahkan dan dibanggakan). sungguh, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.

-hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim-


dalam pembentangan itu juga, kumpulan tersebut mengedarkan artikel dan ada perenggan dalam artikel itu yang ingin ku kongsikan kepada pembaca.

kaum wanita juga perlu menyedari bahawa dengan mendedahkan auratnya, (berpakaian sendat, jeans ketat di punggung, terdedah rambutnya dll), setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali memandang. tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya.

astaghfirullah... alangkah beratnya dosa si wanita tu kelak bila membuka auratnya di khalayak ramai. tak dapat ku bayangkan betapa azab siksaan yang akan si wanita tu peroleh. hmmm...

berbalik kepada tajuk entri ku diatas, AKU NAK TEGUR PEREMPUAN TUTUP AURAT TP, BAGAIMANA?

p/s: aku terbaca mengenai pelajar maki pengetua hari ini. aduhai, apa nak jadi dengan pelajar zaman sekarang ni. tingkatan 4 tu. hmmm....

11 comments:

♥ayudeadwish♥ said...

alaa~~ bior la dia... tgur mne yg bley je. lama2 nti terbukak la ati dia

NieSah said...

ikut cara nabi la..
berhikmah,memberi teladan n based on al-quran n sunnah..
nisah mcm segan silu gak nk tegor org..beselah..yg x tutup aurat nih ramai je kat sekeliling nisah...x kene cara nanti kene kutuk..
tp as a guy,ive seen my classmate,bekas budak sekolah agama,asyik mcm pujuk2,puji2 je my frens yg x pkai tudung kalau dia pakai tudung..n dia akn ckapla dgn lemah lmbut..
alaaa..yg x tutup aurat nih taw je dorang kene tutup tp sebab syg nk lepaskan hidup lame bila dh bertudung..cth nya pakai ketat2 n fesyen dorang..

PeJuAnG HiDup said...

ayudeadwish: nak biarkan, xle plak ayu koz bila brd di padang masyar, tyme diadili dpn Allah s.w.t, kita akan ditnya nnti. aku takut soalan yang akan ditanya tyme diadili,

"ketika kamu hidup, adakah kamu menegur si polan bin si polan supaya menutup aurat?"

apalah yang saya nak jawab nnti? huhuhu...

PeJuAnG HiDup said...

Niesah: oohh... ok. ngn cara berhikmah ya? tq niesah. klu sy jumpa yang x tutup aurat nanti, saya akan tgur secara berhikmah. hehehe... :p

siggplus said...

er, bg adiah tudung?

PeJuAnG HiDup said...

hadiah tudung? btul jgk. hehehe...

akim91 said...

klu awk tkut nk tgur scara terang tgur la scara halus,halus bkn brmkna p bomoh plak.
try sindir je,lpas 2 klu ada respond awk ckp la yg nk prasan 2 npe?spe mkn cili dia trasa pdasnya.
stgah org bleh trima tp klu dh jnis keras hti mmg ssah nk trima..
wallahualam..

PeJuAnG HiDup said...

trima kasih atas nasihat tu akim91. berguna jgk nasihat tu. nampaknya, tgur perempuan supaya tutup aurat ni kenala secara berhikmah dan halus.

♥chentaMAYA™ said...

lu~
jadi pendakwah ok?
huu~

meh tlg bagi gua nasihat!
hik!~

PeJuAnG HiDup said...

nak gua bagi lu nasihat ya? meh, dtng tpt gua, gua pakaikan tudung siti.hehehe...

mello said...

bg la nasihat degn berhemah.. biar dorng jgn terasa.. biar dorng tau salah silap dorng tu..