malam ni merupakan malam jumaat dan malam ni dikatakan malam berhantu. aduhai... betul kah malam jumaat merupakan malam berhantu? entahlah... setakat ni, tak pernah pula aku jumpa hantu pada malam jumaat. lagipun, kenapa malam jumaat sahaja yang di kaitkan dengan hantu? kenapa bukan malam isnin, malam khamis ka, atau malam sabtu? ish...
namun begitu, ku kira aku pernah juga mengalami kejadian bersama-sama hantu ni. lihat post ku yang ini. ku kira post ini cukup untuk aku bercerita mengenai pengalaman bersama makhluk Allah yang satu ni. banyak juga pengajaran yang aku dapat ketika itu. sekiranya berlaku lagi pada masa depan, ku kira aku telah bersedia. i'allah...
mengenai isu hantu ini, ramai juga orang yang alim dan berpengalaman nasihat kepada aku. kata mereka,
"kita sebenarnya jangan takut kepada hantu ni.kalau kita takut, maka dia jadi berani dan akan kacau kita. lagi satu, hantu ni tidak akan kacau kita selagi kita tak kacau dia. cukup lah sekadar menghormati tapi jangan hormat yang melampau-lampau kerana ia boleh mendatangkan syirik..."
setakat itu sahaja lah yang aku ingat. kalau ada kesilapan di situ, silalah tegur dan betulkan. manusia kan? tak terlepas dari kesilapan. huhuhu... ok, noktah dulu...