Showing posts with label kegemaran. Show all posts
Showing posts with label kegemaran. Show all posts

Thursday, June 3, 2010

ADIDAS


setiap orang pasti ada minat yang tersendiri. minat bersukan, minat bergambar, minat bercerita, minat mengumpat dan sebagainya. bagi aku, aku minat bersukan dan mengumpul barang. bagi kamu pula, kamu minat apa?

malam ni, aku nak share minat ku yang satu ni. minat mengumpul barang. seperti yang sedia maklum, pengumpul barang ni biasanya fokus kepada jenis atau dalam bahasa universal nya 'brand'. bagi aku, aku suka mengumpul barang-barang yang berjenama Adidas. ya, Adidas.
 
kenapa? ketika aku sekolah menengah dahulu, kawan-kawan ku banyak memakai kasut berjenama Adidas. paling popular dipakai ialah kasut Adidas jenis Samba. ketika itu, aku teringin sangat nak pakai tapi tak dapat. tak mengapalah. cuci mata pun cukup la. tapi, perasaan cemburu bila melihat kawan-kawan ku menggunakan kasut Adidas amat membuak-buak. aku teringin sangat nak memiliki kasut tersebut. ketika itulah, minat ku untuk mengumpul barang Adidas timbul.

Alhamdulillah, setelah aku memasuki universiti ni, aku berjaya juga membeli barang berjenama Adidas. ketika ini, aku dah mempunyai beberapa baju dan kasut berjenama Adidas. bukan nak saja menayang tapi entah la, aku betul-betul minat jenama Adidas ni. malah, deodorant ku sendiri pun berjenama Adidas. hahaha...

ini hanya serba-serbi mengenai minat ku. rasanya tak salah bukan aku share minat ku ni dengan kamu? ok la, aku dah share, kamu pula share minat kamu kepada aku. boleh ba kan? mana tahu, minat kamu boleh menjadi minat aku juga. hehehe...