Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Thursday, January 28, 2010

AKU MEMPUNYAI HAK!


salam... adedeh... maafkan aku kerana tak mengupdate blog aku ini. bukan aku tak sudi, bukan aku tak cinta, bukan aku tak sayang. tapi, oleh kerana injured yang melanda, dan ke 'disconnect' an yang melampau, aku tak dapat memberi perhatian yang sewajarnya kepada blog aku ini.

tidak mengapa. sekurang-kurangnya aku mula merajinkan diri untuk update kembali blog aku ini. selagi ada peluang, harus digunakan sebaik-baik nya. bukan? oklah, wacana ini(hehehe...), suasana blog sekarang agak hangat dengan isu "mari kita hina dia" dan "ini bukan ajaran aku". hmmm.... bagi aku, kebebasan suara itu memang ada. malah, hak setiap manusia hatta baby sekali pun ada hak untuk bersuara. bersuara la apa-apa pun. selagi ada tekak, selagi ada lidah, bersuara lah.

tapi, walaupun mempunyai status "aku mempunyai hak untuk bersuara!" itu ada, tak bermaksud hak itu digunakan sewenang-wenang nya tanpa mengikut etika dan tata susila. bila "aku mempunyai hak untuk bersuara!" itu ada, jangan la gunakan ia untuk memburukkan, memprovok kan, menghina, mengadu domba atau sebagainya.

come on la. akal itu ada bukan? kenapa tidak sertakan akal dan hak itu? biar ia menjadi seirama selagu. bak kata P.Ramlee,

andai dipisah,
lagu dan irama.

lemah tiada berjiwa,
hampa~

agak jelas mesej yang disampaikan dalam lirik itu bukan? fikir-fikirkan lah. okey?

ini nasihat ku sebaga seorang newbie. bagi yang nak dengar, dengar la. tak nak dengar? tidak mengapa. itu hak anda. aku bukan datuk anda, bukan bapa anda, bukan pakcik anda, bukan idola anda, bukan juga YB anda. aku hanya sebagai orang yang ingin akalnya seirama akal dan suara, dan ingin sama nasihat menasihati.

heh, tiba-tiba pula orang mental macam aku ni cuba memperjuangkan ideologi. nak nasihat orang lagi tu. pergh... ok la. aku da penat menaip. sebelum itu, ada perasan tak tentang post sebelum ini. ala, post perempuan cantik? ala kesabahan bukan? pure gitu. perasan tak?

sebenarnya, post itu ditulis oleh penulis kedua blog aku. aku alu-alukan dia menulis ka blog aku kerana dia pun sama mental juga macam aku. mental dan dahsyat! kenapa? kamu tanya la dia nanti, ok?

p/s : aku nak minta maaf banyak-banyak terutam kepada si doc mental kerana tak dapat menjenguk blog korang bbrp hari ni. *sobs*

Wednesday, January 20, 2010

BLOG AKU DA DIMUSNAHKAN DAN DISIAPKAN KEMBALI.


akhirnya... aku sudah menyiapkan blog aku yang tak seberapa ini. coding yang memeningkan, ketepan yang tak tepat, kreatifan yang separa, dan sering disconnect membuatkan aku hilang kewarasan buat seketika. mental la katakan. huh...

tapi, aku rasakan kekurangan kat blog aku ini lagi. apa ya? bila ku lihat kembali, ya, kehitaman background ku membuat ku kurang puas hati. guna pakcik google pun, aish, tak jumpa background yang memuaskan hati aku. maybe, otak ku kembali mental kot.

tak mengapa. kata orang,

"biar pelahan, asal selamat."


hahaha... ok... ok... aku malas nak celoteh panjang kat sini. kurang puas hati dengan blog aku? sila kemukakan ketidakpuashatian anda. berpuas hati? sila tinggalkan puji-pujian anda. perkara ghairah adalah tidak dilarang sama sekali. apakah? hahaha...

p/s: avatar agak boring tapi berpuashati dengan endingnya. setuju?

Tuesday, January 19, 2010

CONSTRUCTION IS ON PROGRESS! BE PATIENT!


for your information, for 2 days perhaps, i will destroy and manage my blog. if u had any difficulty in surfing on my blog, please give your hand, i shake it, and say,

"i am so sorry."


as you can see from the picture above, that is the one problem that make my mind mess up. ya! i have a guard! big guard which prevent me from using various widget. what the fish is that! huh...

that's all. forgive me ya. jangan susah-susah hati. aku tetap mental seperti biasa juga. hahaha...

p/s: poyo betul aku ni kan?

Monday, January 11, 2010

GILA AKU JEALOUS YANG AMAT SANGAT!



ya! aku amat jealous. aku jealous sangat dengan cik epal. geram aku. apa tidaknya. viewer nya purata seribu viewer setiap hari. graaahhhh!!!! aku setakat ini hanya 50 viewer setiap hari. huhuhu...

cik epal, aku nak minta tunjuk ajar dengan kau boleh tak? aku nak minta tunjuk ajar dalam blog mu tapi tak boleh kerana ramai sangat komen kat post mu sehinggakan aku tak dapat nak mencelah. kena berhimpit, kena terkentut sekejap, kena berakit-rakit sekejap (hbz slalu kata aku berakit. huh...), barulah dapat komen kat blog mu. huhuhu...

mel, masihkah kau ingin buat entri pasal aku lagi? kalau ya? informkan aku dan aku sukacitanya mensign autograph kat bahu mu untuk kau puja dan cintai. manatau ada berkat? (astaghfirullah, macam ayah pin pula aku).

ok, dah la. aku puas membodek kat sini. nak membodek tempat orang lain plak. arieza, sik da aiskrim untuk kamek makai? hehehe...

p/s: kaki amat sakit kerana silat. huhuhu...

Saturday, January 9, 2010

SEMANGAT YANG HILANG


sejak kebelakangan ini, semangat berblogging ku amat-amat lah ciput sekali. idea tiada dan nak menulis kat entri ini pun susah. kena garu kepala sampai berkudis barulah ada semangat nak tulis entri ini.

entah la. sejak aku meninggalkan blog ku ini selama sebulan dahulu, semangat blog itu memang la hilang. nak tulis "click u, click me back" kat blog orang lain pun payah, ni kan pulak nak baca dan post komen kat entri orang. huhuhuhu....

setakat ini, otak ku terbayang-bayang assignment yang belum lagi aku buat. sem lalu tak pulak begini. malah, siap copy paste dari kawan-kawan lagi. buat last minit kan? hehehe... maybe la, ini petunjuk aku akan dapat pointer 3.5 keatas kot. kerana itu aku terbayang-bayang assignment yang aku tak buat lagi.

namun, bila melihat blog kawan-kawan yang lain, mereka semua meningkat naik malah meninggalkan aku jauh kebelakang. dan aku pula? makin jatuh sebagaimana jatuhnya titanic ke dasar lautan. sesiapa? tolong naikkan aku kembali? huhuhuhu...

tidak mengapa. semangat berblogging ku ini akan kembali juga. maybe aku kena bertapa kat gua dulu barula semangat berblog kembali. heh...

p/s: hbz, aku belum siap lagi jawab tag mu. huhuhuhu...

Wednesday, January 6, 2010

AKU NAK UPDATE LAGI. BOLEH KAN?


sebenarnya... sebelum... ini.... aku..... tiada.... semangat.... nak... buat... blog... lagi... namun... bila... 1221steps... berkata...


"faisal (bukan nama sebenar), kau tau earning nuffnang ku berapa?"

"berapalah?"

"teka"

"mmm... ntah. seratus kot"

"hehehehehehehe..."

"ah?! (mata sepet jadi bulat terus)"


huhuhu... aku amat CEMBURU! cemburu dengan berita itu. huhuhu... aku pun nak juga dapat earning begitu. nak juga dapat ratusan ringgit. nak ribuan ringgit. tolong aku? please? aku nak kaya cepat. nak kahwin cepat. ek? hahaha...

oleh kerana aku nak earning macam begitu, semangat berblogging ku membuak-buak semula. hatiku berdebar-debar dan jantungku berdegup pantas. tangan ku mula kegatalan dan ingin menaip. bukan melancap ok? dan seterusnya menjamah keyboard untuk mengatakan,

AKU NAK UPDATE LAGI. BOLEH KAN?

p/s : minggu ni aku bahagia. hehehe....

Sunday, November 22, 2009

AKU AMAT SEDIH


ya, aku amat sedih. sedih sangat-sangat. aku dah banyak kali berusaha. berusaha sangat-sangat. tapi, masih lagi, aku bersedih. huhuhu... seseorang? tolong aku hilangkan kesedihan ini?

aku sedih pasal aku tak dapat CONNECT INTERNET dan secara langsungnya, aku tak dapat reply KOMEN-KOMEN KORANG semua. huhuhu... betul-betul sedih. kalau la aku ni jadi orang kuning digi itu kan bagus? boleh la aku connect internet dimana-mana jak. kalau boleh, dalam air pun aku nak connect. hehehe...

nasib baik la malam ini, di hari menjelang aidiladha ini, aku betul-betul bersyukur dapat connect internet semula. jadi, di kesempatan ini, hehehe, aku nak minta maaf la ya kerana aku tak dapat reply komen korang semua. i'allah, dalam masa terdekat ni, aku update dan reply komen anak-anak semua. eh, silap, kawan-kawan semua. hehehe... adios!

Tuesday, November 10, 2009

AKU KENTUT. OPS?


aku nak buat post hari ini. post apa? aku tak tahu nak buat post apa. idea ku amat-amat la kurang hari ini. nak tayang gambar HBZ tidur kat ruang tamu sekarang ni pun tak boleh. nanti aku kena burger oleh dia. huhuhu...

aku nak bercakap pasal post kali ini. aku selalu lawat blog kawan-kawan dan aku nampak ada yang membuat post pendek seperti siggpluss dan post panjang seperti x-po. aku pula? aku suka buat post pendek-pendek dan tegap-tegap. ala sumandak sabah gitu. hahaha...

tak kurang juga aku jumpa post merapu dan marah-marah ini. banyak juga la aku jumpa post begitu. marah kerana cemburu, marah kerana pakwe dirampas, dan ada pula post yang mengada-mengada nak marah. dan aku juga pernah sekali keluarkan post marah-marah seperti post ini. ada juga orang mengeluarkan post meluahkan perasaan tapi aku jarang baca kerana aku risau aku turut melelehkan air mata. isk...

namun, post yang paling aku suka, post yang berunsurkan lawak jenaka. aku suka post-post yang berunsurkan lawak jenaka kerana post begini bukan sahaja buat aku tersenyum, tapi turut membuatkan aku terkentut-kentut menahan ketawa. hahaha.. kredit to siggplus dan murky kerana buat aku terkentut.

okla. malas aku nak menaip. nak belajar pengaturcaraan grafik pula. kredit to my lecturer also because she not teaching us anything but only annoying us. tq madam. huh...

AKU KENTUT. OPS? hehehe... (^.^')

p/s : mcmna nak hilangkan boroi? somebody? save me?

Tuesday, November 3, 2009

MEMBELAI



aku ingin membelai korang. boleh tak? hahaha... mesti tak boleh. kalau aku wat gitu ngan hbz, msti dia tak kisah. tp, kalau wat ngan shelyn, mesti muka ku bengkak sebelah. yala, suka-suka jak nak belai anak orang. isk...

ish, takda lah. jgn berfikiran kuning ya. aku tak nak belai korang. tak kuasa aku. aku sebenarnya nak beritahu korang ni. bagi sesiapa yang selalu komen dalam blog aku, aku akan datang blog orang ynag banyak komen tu dan buat review tentang blog dia. secara tidak langsungnya, orang yang kena promote tu mesti dpt trafik lebih. boleh kan?

makanya, marilah komen lagi dalam blog aku. konfem aku "MEMBELAI" korang nanti. hehehe...

p/s : alangkah bestnya klu perut ku 6 pax mcm dulu...

Friday, October 23, 2009

AKHIRNYA SIAP


salam semua... maaf la kerana lama tak meng'update'kan blog ku yang tak seberapa ini. sejak akhir-akhir ini, asignment datang berlambak sehinggakan ketika bermimpi pun, masih lagi mencari idea nak siapkan asignment.

pagi ini, genap jam 6 pagi, siaplah asignment ku mengenai graphic programming. walaupun mata dah bengkak dan hitam macam panda, namun, syukur alhamdulillah kerana perjuangan ku da selesai. bagi bab asignment la. hehehe...

hurmm... aku tulis entri pendek lagi kali ni kerana aku kena bersiap pergi kuliah. lagipun, kena cepat-cepat naik bas. kalau tak, hye2 bye2 la. huhuhu...

p/s: udara subuh memang amat menyegarkan. hmmmm....

Thursday, October 8, 2009

CONSTRUCTION...


maafkan aku diatas kesulitan yang dialami sepanjang anda berkunjung ke blog ini. blog ku dalam proses pembikinan semula dan maybe beroperasi sepenuhnya dalam 2-3 hari lagi. hehehe...

p/s: Di Australia, doktor nya dicadangkan meminum 8 gelas kopi agar mereka boleh fokus kepada kerja mereka. aku baca lagi, mereka bekerja 80 jam tanpa henti. wah???

Sunday, August 9, 2009

"assalammualaikum"

akhirnya, aq dapat juga menaip sesuatu didalam blog ku ni. ntah berapa lama dah aq tak menjenguk blog ku ni.

nasib baik, malam ni, aq da pluang untuk mencarut spatah dua kata dalam blog ni. hahaha...

harap2, slepas ni, aq da pluang lg untuk mempostkn sesuatu dalam blog ni.

i'allah...

Tuesday, June 9, 2009

"construction"




blog is under construction....

Sunday, April 26, 2009

lamanya...

dah lama aq x post d dlm blog ku ni...

nak post tp lum da masa lagi. almaklumlah, tgh mmprjuangkn hidup. hahaha...

insyaalah, lps xm final ni, aq mula mmprbnykkn post ku dlm blog ni.

of course,

mengenai kehidupan pejuang hidup..