Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, January 14, 2011

aku dan bekam

sepanjang 2 minggu ni, aku dan team silat yang lain asyik menjalani latihan setiap petang. walaupun tidak semua ahli tapi tak mengapa. lagipun latihan yang kami adakan bukanlah latihan wajib. kalau latihan wajib, masak mereka kena oleh coach. hehehe...

tapi, yang buat "suew" sekarang ni adalah kakiku. adoi.. sakit terseliuh kena sapuan ketika di kulai hari tu masih lagi terasa. malah, sakitnya amat merisaukan aku sehinggakan aku hampir memutuskan untuk bersara daripada silat. yala, fikir masa hadapan juga kan? tapi, bila fikir-fikir balik, agak rugi juga. yala, ketika di universiti ini lah, peluang bermain, bersparring (hehehehe), wujud. aku pasti, selepas dapat kerja nanti, pasti peluang sebegini tak wujud. huhuhu...

ketika itu juga, aku dengan seraya nya berkata,

"ah! persetankan semua itu! kakimu masih boleh sembuh. pergi cari ubat. huh!"

aku ambil kunci motor dan terus pergi ke ekspo yang kebetulan masih dibuka berhampiran tempat aku tinggal. setahu aku, ada tempat mengurut di situ. kalau tak silap aku, pusat rawatan cinta namanya. melalui "first impression" ku, aku sangkakan pusat rawatan cinta ini hanya untuk orang yang putus cinta atau yang mengalami masalah. tak sangka pula tempat ni untuk mengurut dan berbekam. hahaha.. dats is my first impression, ok?

ketika aku menjenguk ke dalam pusat rawatan cinta itu (actually khemah), ada seorang abang di situ. aku nak gelar pakcik tapi ish, takut tersinggung plak dia. jadi ,better aku panggil dia abang. di sini jugak, baru aku tersedar, 


"don't judge a book by its cover."

aku sangkakan abang ini garang kerana mukanya agak keras, garang, dan tak senyum. tapi, sangkaan ku betul-betul meleset. rupa-rupanya abang ni amat peramah. seriously say, peramah sangat di sebalik wajahnya yang agak garang. hahaha...

jadi, pot...pet...pot...pet... abang itupun setuju mengurut kakiku yang terseliuh. tapi, better aku bagi tengok bahagian kakiku yang injured tu supaya korang lagi jelas dimana abang itu urut. na, kalau nak tengok, tengok. kalau tak nak tengok, tak payah tengok. aku tak paksa. 


oh.. kaki kesayangan aku...


nampak biru-biru tu? hahaha... itulah kesan dari silat olahraga yang aku ikut hari itu. nasib baik aku dapat pingat, kalau tak, kesian kakiku terpaksa jadi begini. huhuhu... 

ketika abang urut tu, adoi..adoi...adoi!!!! sakit bang oi! sakit sangat sampai semua badan ku kejang bila abang tu urut kaki ku. ketika abang tu urut kat bawah buku lali tu, adoi... kalau aku dibenarkan teriak, aku teriak. sakit sangat. huhuhu... ada lebih kurang setengah jam juga la aku menahan sakit kena urut tu. tapi, selepas dia urut, kakiku dah kurang sakit berbanding dulu. betul-betul berkurangan. gembira betul la aku ketika tu. tapi, tiba-tiba abang tu berkata,

"kaki mu ni perlu bekam ni. banyak angin abg tengok."

"oh? kalau begitu, bekam jak la bang. asalkan kaki boleh sembuh."

apabila aku cakap begitu, abang itu terus ambil peralatan bekamnya. korang tau juga kan apa itu bekam? jadi, tak payah la aku cakap pasal alat bekam ni. kalau nak tau juga, tu hah.. tanya pakcik goggle. dia banyak tau. ok, kembali semula kepada abang dengan alat bekamnya. dia pun bekam di sekitar buku laliku. abang tu cadangkan 4 cup kat situ dan aku follow jer. janji kaki tak sakit lagi.

bila dia bekam jak kakiku, pergh.. aku betul-betul terkejut tengok darah yang keluar. (actually, darah itu terkeluar pasal kulit tu dihiris dengan pisau gillete. tak dalam juga. dun worry. hahaha...) banyak sangat sampai hampir setengah cup dipenuhi darah. fufufu...


1 minit pertama...
 
 


10 minit kemudian...



selepas cup dibuka. macam puding kan? hahaha.. (kepada yang tak suka tengok darah, sorry...)


banyak darah keluar bukan? hahaha... nampak macam kabus dalam cup tu? itu adalah angin yang diserap keluar oleh cup tu. kata abang tu, makin hitam darah yang keluar, makin kronik penyakit orang tu. fuh... nasib baik tak hitam sangat. kalau hitam, alahai, muda-muda dah berpenyakit. huhuhu....

selepas habis proses berbekam tu, kaki ku makin kurang rasa sakitnya. malah, terasa ringan lagi. aku amat-amat berterima kasih kat abang tu. you are the pro bro! salute you! hehehe... sekarang, aku dah boleh jumping dah. kalau tak, huh... nak terberak pun ada kalau nak jumping. huhuhu..

ok lah. panjang lebar pula aku tulis kali ni. pedulilah.. yang penting dapat cerita. hehehe...

Tuesday, June 1, 2010

20 MINIT


setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku kembali menulis dalam blog aku ini. banyak yang ingin ku tulis tapi macam biasa, jari ku terasa malas nak menulis. huhuhuhu...

rasanya, aku dah ketinggalan banyak perkara dalam dunia blog ini. banyak sekali sehingga tak dapat dihitung dengan jari kaki. hahahaha... dihitung hari, dekat berbulan juga aku menyepi. siap ada minah kata, 

"huhuh ko ni asyik bz je. kalah david cameron PM baru UK"

hahahaha... well? aku banyak urus perkara sehinggakan david cameron tu boleh ternganga mulut  tahu ke'busy'an aku. aku busy sangat hingga nak sentuh, taip, ramas laptop aku ni pun tak dapat. hahaha... tiadalah.. aku gurau sahaja.

bagi yang nak tahu, aku menghilang berbulan-bulan ini kerana aku sibuk menghilangkan lemak-lemak yang ada dalam badan aku ini. lupakan detox, lupakan pil pelangsing badan, lupakan jus pahit-mahit tu. cara cepat untuk kurangkan lemak, joging! 

serius kata, joging la perkara yang best dilakukan dalam mengurangkan berat badan. lebih bagus, joging secara berkumpulan. serius best wa cakap lu. hehehehe... sebelum ni, oleh kerana aku mengikuti latihan pusat silat untuk kejohanan MASUM, aku kena joging 5 round pusing universiti ku. jarak tu aku tak pasti. kalau tak silap, around 8 kilometer setiap hari selama seminggu. tak kisah la laju ka lambat ka, yang penting jangan berhenti ketika buat joging.

sebelum aku mengikuti disiplin joging tu, berat ku mencatat 80 kg ke atas. tapi, setelah mengikuti disiplin joging tu, beratku turun pergi 75 kg. kalau bukan kerana kategori silat ku menyasarkan berat minimum 75 kg, sudah tentu aku dapat turunkan berat badanku sehingga 70 kg ke bawah. hanya dengan joging. 

kalau tak sanggup joging sehingga 8 km pun, tak mengapa. cuba amalkan disiplin joging 20 minit tanpa henti. macam biasa. perlahan ka, laju ka, tak kisah. yang penting jangan berhenti. tapi, perkara ni pun bergantung kepada effort. kalau effort korang ada, i'allah, lemak-lemak yang ada kat badan korang akan hilang. kalau tiada effort, tak mengapa. sila jadi blobfish. hehehehe...

p/s: semangat nak menulis pula. hehehehe...

Thursday, February 18, 2010

NUTRITIOUS


"Doctor, I become puzzled now about my eating habits. Why ah, I just take two meals per day but my weight still above the baseline for my ideal weight?"

"Why? What's wrong? What u eat? How? When? Bla bla bla...."

Di atas merupakan ringkasan senario yg berlaku d satu tmpat yg d rahsiakan hehe... tp ni cerita benar tau, xda tipu punya....pcayalahh...

Ok, dalam kes ni, sorang patient mengadu ngan nutritionist pasal pemakanannya. ni aku explain dalam bahasa pasar ja la supaya sng d fahami, lgpun aku xpndai wat ayat skema kecuali dalam exam hihi...

Gini, ada org yg mkn melantak bagai nak rak tp org ni x jugak gemuk2, kurus gitu ja. Ya meh? cuba cek kolesterol nya, msti tnggi 2.. cek punya cek, level kolesterol nya ok ja pun, paras yg cantik lg tuh... wei korang x jeles ka ngan spesies gini ni? ke mana hilangnya nutrient yg dia makan? adakah perut makhuk ni byk cacing? mesti gemuk gedempol babat cacing tu kan. atau mmg genetik dia ni kurus? atau ini, atau itu, apa2 ja lah alasan, tp apa yg aku nak membebel cni ialah tntg bila time2 yg plg sesuai utk kita mkn...

Pabila kita makan, amboi, ikut sedap kta jak kan, layan selera ja, amboi, manyak santik muka lu, pa jd ngan perut kita 2? cian dia, da la makanan yg dia terima berketul2, mcm hancur x hancur ja, jenuh dia memproses ketulan mknan 2 tau, ish3...

Perut kita ni umpama blender. ok, aku cerita pasal perut manusia k, bkn perut haiwan len, 2 aku lum kaji lg, silap fakta nt habis aku d belasah uhuk3.. tau blender? pa fgsinya? menghancurkan, bukan? hehehe benda alah ni ja la yg aku jumpa plg sesuai jd model prut kta yg cun ini...

Aku nak tnya korang, korag ni ambk breakfast x? owh, ambik ja, tp x mkn la ya? ish3...hehe, xpa. prut ni plg aktif bekerja dalam kul 6am-9.59am. Ni dia da jadik blender yg besar, mama blender. So, try 2 take ur breakfast adequately, x kisah la, yg pntg heavy meal. capati ka, bread 3 keping ka, mee goreng pun ok gak ;) sb prut kta time pg2 mmg tough, within this period, our stomach really physically active hehehe...(blender saiz L)

Pastu, lunch our kita mkan ka atau xya pun ble gak, prut kita x kisah pown, dun worry. Our exactly lunch time is 12pm-2.59pm. time ni prut kita ibarat blender saiz medium, makan la ngan moderate, dorg stil bleh proses mknan...(blender saiz M)

Hah, ni dia, dinner time, ish3 prut kita da mengecik, jd baby blender da. jgn mkn yg terlalu heavy, ckup2la utk mengalas perut. the best duration for our dinner is from 6pm-3/4 hours b4 ZZzzzzzz....... dinner kta jz mkn light meal, jgn berat sgt sb prut kita da jd lembap cam ciput..(blender saiz S)

Eh, jd, le la mkan kerepek ni? alah, camna ni, da la 2 mkanan fevret aku! hehehe jap, jgn melatah dulu, in between breakfast, lunch n dinner, bleh la amek makanan sampingan yg bersaiz 'Extra Small', cam biskut oreo, kerepek, kuih karipap sebijik pun jadilah, kecian korang nt ada plak yg kebulur...(blender saiz XS)

Time perut XS ni, jgn mkn yg mlampau2 tau, sb makanan yg still ada kat dlm prut ni lum habis di proses. Klu mkn yg mlmpau2, mkanan yg lum d proses tu akan d simpan sbgai lemak. hah, 2 yg wat kita boroi tuh, kahkahkah...

nah, cuba atur masa mkn korang ngan betul. Mkn 6x sehari pun susah nak gemuk tau, tp wat la senaman jugak...hehe. Ni breakfast, meal yg plg penting jugak la yg korang slalu miss. yala, mcm2 alasan, bgn lwt, mlas lah, skt perut lah, asal breakfast ja mst berak pastu, waduh3... mcm2 alasan ya? padan muka korang. try la, train ckit, blajar ambk breakfast k! Chaiyo! slamat mncuba....klu korang mkin gemuk, jgn marah aku ek...ngahahaha...