Tuesday, June 1, 2010

20 MINIT


setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku kembali menulis dalam blog aku ini. banyak yang ingin ku tulis tapi macam biasa, jari ku terasa malas nak menulis. huhuhuhu...

rasanya, aku dah ketinggalan banyak perkara dalam dunia blog ini. banyak sekali sehingga tak dapat dihitung dengan jari kaki. hahahaha... dihitung hari, dekat berbulan juga aku menyepi. siap ada minah kata, 

"huhuh ko ni asyik bz je. kalah david cameron PM baru UK"

hahahaha... well? aku banyak urus perkara sehinggakan david cameron tu boleh ternganga mulut  tahu ke'busy'an aku. aku busy sangat hingga nak sentuh, taip, ramas laptop aku ni pun tak dapat. hahaha... tiadalah.. aku gurau sahaja.

bagi yang nak tahu, aku menghilang berbulan-bulan ini kerana aku sibuk menghilangkan lemak-lemak yang ada dalam badan aku ini. lupakan detox, lupakan pil pelangsing badan, lupakan jus pahit-mahit tu. cara cepat untuk kurangkan lemak, joging! 

serius kata, joging la perkara yang best dilakukan dalam mengurangkan berat badan. lebih bagus, joging secara berkumpulan. serius best wa cakap lu. hehehehe... sebelum ni, oleh kerana aku mengikuti latihan pusat silat untuk kejohanan MASUM, aku kena joging 5 round pusing universiti ku. jarak tu aku tak pasti. kalau tak silap, around 8 kilometer setiap hari selama seminggu. tak kisah la laju ka lambat ka, yang penting jangan berhenti ketika buat joging.

sebelum aku mengikuti disiplin joging tu, berat ku mencatat 80 kg ke atas. tapi, setelah mengikuti disiplin joging tu, beratku turun pergi 75 kg. kalau bukan kerana kategori silat ku menyasarkan berat minimum 75 kg, sudah tentu aku dapat turunkan berat badanku sehingga 70 kg ke bawah. hanya dengan joging. 

kalau tak sanggup joging sehingga 8 km pun, tak mengapa. cuba amalkan disiplin joging 20 minit tanpa henti. macam biasa. perlahan ka, laju ka, tak kisah. yang penting jangan berhenti. tapi, perkara ni pun bergantung kepada effort. kalau effort korang ada, i'allah, lemak-lemak yang ada kat badan korang akan hilang. kalau tiada effort, tak mengapa. sila jadi blobfish. hehehehe...

p/s: semangat nak menulis pula. hehehehe...

6 comments:

pikaka said...

sye adore spirit awak.hehe
keep it up!

juanghidup said...

tq pikaka. hehehe..

Cheese Monster said...

perhh..berat macam kereta kuda!

Zoelhilmi said...

Tahniah. 10kg tu banyak tu.hehe

juanghidup said...

hbz: kereta kuda lg berat la.

juanghidup said...

zoehilmi: tq zoe. rncng nk turun 10 kg lg ni. hehehehe