kalau siang tadi, aku bersemangat untuk review gadget, malam ni pula aku tergerak hati untuk menulis mengenai kehidupan pula. mengenai kehidupan ini, memang banyak yang boleh diulas dan dibincangkan. pelbagai pandangan, pelbagai pendapat, malah pelbagai bantahan boleh di keutarakan.
bagi yang membaca post ku malam ini, aku dengan muka serius bertanya,
"bila orang tiba-tiba bergurau kasar dengan kamu dan pada ketika itu mood kamu tak bagus, apa yang akan kamu buat?"
aku baru sahaja mengalami nya tadi. kawan gurau kasar kepadaku ketika mood ku tak bagus. ketika itu, aku pergi kerumah nya (bersebelahan jak..) dengan tujuan nak cari lagu yang best-best dari laptop kawanku. around 5 minit aku mengodek-godek laptop kawan ku tu, tiba-tiba seorang kawan ku tu mengkuatkan speaker laptop nya(bukan laptop yang aku godek ok?).
aku pada mulanya buat tak kisah tapi memandangkan aku perlu dengar lagu terlebih dahulu sebelum dimasukkan dalam mp3 ku, aku secara sopan memohon kepada dia perlahan kan sedikit sound speaker dia tu. tapi, tiba-tiba dia berkata,
"maybe kau kena dengar kat rumah kau kot."
"aa? apa yang kau cakap ni?"
"yala, kau kena dengar kat rumah kau tu. bukan di sini."
darah ku menyirap terus. ayat itu seolah-olah menghalau aku dari rumahnya. apa juga aku buat? aku dengar lagu yang aku nak masukkan kat mp3 pun bukannya kuat. sampai siap dekatkan telinga kat speaker lagi untuk dengar lagu. agak-agak la.
"kau ni apa hal ah? kau halau aku kah?"
"ala, relax la. aku gurau jak tadi tu."
"kau bagus-bagus kalau bergurau. nak aku tumbuk muka mu sebiji?"
diam terus dia. aku tak kisah kalau dia nak bergaduh. lagipun, aku masih tak puas hati mengenai kekalahan ku ketika MASUM hari tu. aku sepatutnya menang K.O tapi disqualified. kalau dia ni nak tambah koleksi K.O ku, aku persilakan...
na, bukan niat ku nak emosional di sini. tapi, dalam kehidupan ni, bergurau tu memang bagus malah itulah yang disarankan bagi menjana kehidupan bahagia. tapi, jangan la bergurau kasar sehingga menyinggung perasaan orang. apatah lagi kepada orang yang ada penyakit panas baran macam aku ni.
balik kepada asal, aku nak tanya ni,
"bila orang tiba-tiba bergurau kasar dengan kamu dan pada ketika itu mood kamu tak bagus, apa yang akan kamu buat?"
4 comments:
serius saya tersentap. dan orang tu maybe terkena se-das dengan saya. :)
cik fana: hehehehe... se-das yg mcmn tu cik fana?
kita pukul nak?hehehehe
btl faisal..klo ak..ku tumbuk-tumbuk aja org 2..hahaha..apikan lg..rilek bro..dak kecik je..kang bkn KO.KUBUR trs plak..hahaha
Post a Comment