
aduhai... berserabut betul otak ku ni memikirkan ujian malam besok yang bakal aku duduki. ujian graphic programming merupakan ujian yang agak tough bagi aku yang ber'IQ' sederhana ini. lagi aku serabut, lecturer berkata ada banyak pengiraan yang masuk dan lecturer sendiri berkata
"test kali ni susah. hehehe..."
aku sebenarnya nak mengeluh pasal lecturer ku yang seorang ini. bukan nak menghentam dia tapi, aku sebagai student, dan anda di luar sana sebagai student, ada hak untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati terhadap servis atau pengajaran yang diberikan.
aku betul-betul tak puas hati dengan lecturer ku itu. kenapa? kerana pengajaran yang sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. masuk kuliah lambat dari student dan habiskan kelas sejam lebih awal dari masa yang ditetapkan. tapi, habis awal tu merupakan kelegaan bagi kami semua (student-student dalam kuliah) kerana kuliah nya betul-betul tak ada input yang boleh kami pelajari dan diaplikasikan. memang sungguh 'useless' dan 'wasting time and effort'.
aku lebih suka lecturer yang marah-marah kepada student yang tak menumpukan perhatian dalam kuliah kerana ini menunjukkan lecturer itu benar-benar ingin menyampaikan pengetahuan yang dia ada kepada pelajarnya. bak kata pepatah :
"marah itu tandanya sayang"
jadi, perhatian kepada bakal-bakal lecturer dan guru-guru sekalian. anda dijadikan sebagai pendidik adalah untuk membimbing pelajar supaya lebih berkeupayaan, berpendidikan, dan berketerampilan. sekiranya anda mengamalkan sikap seperti lecturer ku ni, akan lahir lebih ramai seperti aku ini yang akan melahirkan ketidakpuashatian terhadap anda.
bagi sesiapa yang tersingung ataupun terasa dengan entri ku ini, aku memohon maaf. tapi, tanpa teguran, tiada kemajuan.
"fikir dengan akal, hayati dengan hati"