Wednesday, June 2, 2010

MELAYU BOLEH


sebenarnya, aku dalam keboringan yang amat sekarang ni. oleh kerana itu, aku meng'update lagi blog ku buat kali kedua untuk hari ni. tak pernah-pernah di buat oleh aku semenjak aku menceburi dunia blog ini.walhal, kalau dulu, nak update sehari 1 post pun amat payah. pemalas la katakan. hahaha...

aku rajin meng'update' blog aku ni pun bukan sahaja kerana aku keboringan, tapi, internet kat rumah aku ni laju dan agak membazir pula kalau tak diguna dengan sebaik-baiknya. kalau kawan-kawan ku sekarang ni asyik dengan DOTA, biar aku pula asyik dalam mencoret blog aku ini.

banyak perkara yang berlegar di kepala ku sekarang ni. mengenai short semester yang aku lalui sekarang ni, mengenai kenderaan yang bakal aku dapat daripada parent aku (harap-harap dapat. hehehe...), dan juga si 'dia' yang berada di tanah seberang. ada banyak lagi aku fikir tapi kalau aku beritahu semuanya pun, mana mungkin kamu baca semua. ya tak?

nak tanya kamu ni, kamu perasan tak semakin lama cuaca semakin panas? ketika aku masih kecil dan cumil-cumil gitu (hehehehe...), jam 12 tengahari barulah terasa bahang panas matahari. tetapi, dewasa ini, jam 9-10 pagi, bahang matahari amat terasa. adakah ini petana kiamat amat dekat? 

baru tadi, kawan ku membunyikan suara ala-ala hantu. dia tanya aku, takut ke tak? aku of course jawab tak takut. yala, buat apa takut dengan hantu? hantu bukan boleh buat apa-apa pun. takut dengan Allah s.w.t, itu yang wajib. ceh, aku membuka segmen ceramah pula.

apa lagi yang boleh aku coret kan untuk mengisi ruang keboringan aku ni ya? oh ya, bagaimana nak halang air liur meleleh ketika tidur? jawab-jawab... hehehehe...