hari ni, aku seolah-olah tertarik untuk membuat review tentang gadget. aku dah lama teringin nak review gadget-gadget ni. cuma masa sahaja yang tak mengizinkan aku untuk melakukannya. gadget yang aku ingin review ni ialah Sony Walkman W250.
walkman ini merupakan salah satu benda yang aku teringin sekali nak beli. namun, apa kan daya? duit tiada. huhuhu... namun, kelmarin, aku agak bertuah sebab aku sempat menggunakan walkman ni selama sehari. (pinjam dari kawan. hehehehe...).
bagai orang mengantuk disorong bantal, aku tanpa berlengah-lengah lagi memakai Walkman W250 ni. memang layan habis la aku ketika itu. melalui sound yang dijanakan oleh 13.5mm EX Headphones. fulamak, memang besh sangat wa cakap lu. malah, bila aku tingkat volume ke tahap maksima, mindaku bagaikan ditelan dalam alunan musik yang dialunkan.
melalui mod zappin yang disertakan khas dalam walkman ini, ia agak memudahkan serta menarik dalam mencari lagu yang bersesuaian dalam walkman tu. malah, mendengar suara si gadis sony dalam walkman ni bercakap pun agak besh untuk didengar. wat i teruja begitu. hahahaha...
satu perkara lagi yang aku suka mengenai walkman ni ialah walkman ni tidak mempunyai wayar yang panjang dan menyusahkan. kalau dibandingkan dengan walkman lain, walkman W250 ni la yang paling mudah dikendalikan. aku dah cuba berjoging dengan walkman ni dan resultnya, memang best dan menyenangkan. tidak perlu lagi risau mengenai wayar earphone yang berjuntaian dan menyusahkan itu.
paling masyuk lagi mengenai walkman ni kukira, walkman W250 ni boleh dibasuh dengan air! hahahaha... kalau joging dalam hujan pun memang tiada masalah kerana walkman ni memang dicipta khas untuk water resistable. namun, setakat ni, aku tak berani mencuba membasuh walkman ni dengan air. masih fobia rosakkan gadget dengan air. hahaha...
namun, seperti biasa, setiap gadget pasti ada kelemahan nya. bagi Sony Walkman W250 ni, kelemahan yang aku lihat ialah walkman ini tidak mempunyai option untuk user mengubah environment musik nya seperti option untuk mengubah treble, bass dan sebagainya. lagi satu, walkman ni tak boleh pakai lama-lama. hal ini kerana headphone yang dilengkap kan jenis cucuk telinga dan agak annoying kalau pakai lama-lama.
harga RM 299* agak berbaloi bagi Sony Walkman W250 ni. bagi pengguna yang suka kan aktiviti sukan sambil mendegar musik, Walkman W250 ini memang adalah untuk anda. terpulang... aku bukan promoter, tapi aku da mencubanya.. i'allah ada duit, aku beli. hehehehe...
nak tahu lebih lanjut? klik sahaja di sini.
10 comments:
macam best je! tapi mahal. hahaha.
hahahaa... suma benda best mahal. aih...
erkl...best ker...bek gne enset aku nie...ade walkman nie,sony ericsson
erkl...best ker...bek gne enset aku nie...ade walkman nie,sony ericsson
nas: mmng best gne enset. tp, mnda org bw enset smbl jog? klu ada pun, msti agk leceh ckt koz wyr earphone berjuntaian. huhuhu... tp, ini jz pndngn jak la. tpulng kpd nas...
mak aih
sampai RM300
hahahaha
baik aku beli benda lain
beli benda lain? apa la?
tak kesah lah ape feature dia pun..kalis air ke ape ke...yg penting aku ske gambar diatas..waahahaha
hahahaha... kita serupa! koz tu aku ltk kt blog aku. hahahaha
order ativan online can ativan and xanax be taken together - how many 1mg lorazepam
Post a Comment