Saturday, October 30, 2010

salam


 salam...

hehehe.. sebenarnya, perkataan "salam" ni ada kenangan buat aku. kenangan yang menyedarkan aku. membetulkan silap aku. "salam", perkataan ini membawa aku mengimbau kembali kenangan ketika di matrikulasi dulu. tempat dimana aku belajar buku biologi tebal 3 inci, tempat dimana aku frust, tempat dimana mengukir kenangan manis yang susah dilupakan. malah, kalau sekarang ni aku ditanya, 

"kau rindu tak matrik mu dulu?"

semestinya aku jawab, ya! semsetinya aku rindu. kalau ada kesempatan, kemampuan, i'allah, aku akan berkunjung kembali disana. tempat dimana aku berubah dari seorang yang tak berguna, kepada yang sedikit berguna. hey! at least, ada perubahan tau! hahaha...

kembali kepada perkataan "salam" tadi, sekejap, aku fikirkan dahulu.. sekejap ya? dagu tengah gatal ni. nak garu betul. sekejap... mmmm... ok... dah ingat. hehehe... bila di ingat kembali, peristiwa berkaitan dengan "salam" ni berlaku kat matrik juga. pada ketika itu, aku baru belajar mengenali apa itu handphone. baru mengenali apa itu bahasa sms. hahaha.. aku masih ingat lagi, handphone pertama aku, orang panggil handphone batu. kenapa? kerana kalau handphone tu dilempar kat anjing, anjing sure cedera parah. hahaha...

jadi, pada ketika itu, penggunaan perkataan "askum" merupakan short term bagi assalammualaikum. jadi, perkataan ini la selalu aku gunakan setiap kali ber sms dengan orang lain. namun, pada suatu hari, aku berkumpulan dengan orang yang kukira, alim orangnya. memang alim pun kerana pakai tudung labuh dan hafaz al-quran. jadi, tup tap, kumpulan ku dapat assignment. assignment apa pun aku dah lupa. 

jadi, setiap orang, pasti da part nya yang kena disiapkan bukan? tup tap tup tap lagi, malam itu aku musykil pasal part yang aku kena siapkan. yala, orang yang tak alim macam aku ni, pastinya akan kemusykilan. huhuhu... maka, dengan serayanya tangan ku pantas menyambar handphone diatas meja. (ceh, ayat hyperbola betul. hahaha..). jariku yang sedikit halus memicit-micit punat menaip kat handphone tu. kalau cicak, maybe dah tersembul keluar biji matanya kalau aku picit macam aku picit handphone tu. hahaha...

ku taip begini,

"askum, pasal assignment yang ustazah bagi tu, awak da siapkah?"
"wlkmslm... dah. "
"oh.. nak tanya pasal part saya tu, bla...bla...bla.. (tak ingat. hahaha...)"
"tak mengapa. nanti saya bincang dengan awak kat kelas."
"ok. jumpa nanti ya?"
"ok. jap. ble saya tegur sesuatu?"
"ya?"
"seboleh-bolehnya, jangan lah menggunakan perkataan askum tu. askum tu maksudnya celakalah kamu."
"oh.. maaf. saya tak tau. maaf ya?"
"tak mengapa. gantikan la askum tu dengan salam. ok?"
"ok. terima kasih ya kerana menegur."
"sama-sama. salam..."
"salam."

itulah isi kandungan sms yang kuhantar dan kuterima daripada kawan ku tu. dan bila ku siasat dengan teliti lagi. ya, kata kawan ku tu benar. askum dalam bahasa hebrew adalah celakalah kamu. jadi, dah molek ku catat kat blog ku ni, setiap perkataan yang ingin kita taip, short kan, dan ungkapkan, pastikan lah maksudnya difahami dengan jelas. jangan jadi pak turut, kalau orang makan tahi, dia pun ikut sama makan tahi. ada faham? huhuhu...

ok, quit again. today, got script to write. script about parking oku. actually, i got idea but yeah, i in major IT, and not in the same lane with dato yusuf haslam and aziz osman which can do great script. and also, yeah, i got restriction there. i must make sure that the scene and script that i will write not exceed than 2 minutes. geezz... brain, brain, squeeze ur idea for me please?

6 comments:

dayangredzuan said...

huh selamat...dlm belog pun kakak biasa guna kan salam..hehe...

huda vs ran said...

oooo...

baru tahu...
ag 1 apa yg aku tahu x elok gunakan bhasa
bye...kerana bye tu ayat yahudi...

juanghidup said...

kakak: bagus la tu kakak. na, apply jgk dlm bhsa sms nnti. :P

juanghidup said...

huda: betul tu huda. pnh dgr juga psl erkataan bye tu. hhuhuhu...

LUMUT said...

dulu ade org tgo aku pasal ni..lama dah sebab gune askum.katanya dr askum baik salam...

samanosuke_04 said...

hehe.. aku pun biasa guna salam gak.. sebab agak pemes laar pasal ketidakbolehpenggunaan pekataan askum nie.. hohoho..