serius aku amat-amat blur sekarang ini. aku tak tahu nak buat apa first. assignment yang aku kena buat sekarang ni adalah yang amat tough sekali. data algorithm, web programming, java programming, dan yang paling tough sekali, projek sarjana muda. aduh...
kebiasaannya, aku mempunyai idea yang boleh dikatakan banyak bila berbicara pasal projek-projek ini. tapi, projek sarjana muda ini betul-betul buat aku mati akal. serius, tiada idea yang dapat generate langsung. malah, aku dapat merasakan firasat bahawa aku akan failed projek sarjana muda ku ini.
bukan aku nak kata aku terus menyerah kalah sebegitu mudah. tapi, aduhai, tajuk sarjana muda aku betul-betul buat aku down terus. sistem pemasaran dan penajaan perniagaan berbilang aras atau lebih dikenali ramai, multi level marketing. tak tahu juga, ok, yang lebih popular nya lagi, MLM. huhuhu...
sebenarnya, aku telah membuat kesilapan mengenai projek sarjana ku ni. pertama sekali, aku terus menerima bulat-bulat tajuk yang aku terima dari lecturer. tahu la tajuk itu agak gempak, tapi, fikir la dahulu sebelum terima. faisal...faisal... ish...ish...ish... kedua, kesilapan yang aku telah buat, aku tidak mencari satu syarikat pun yang boleh aku fokuskan. dengan syarikat tersebut, boleh lah aku memikirkan cara pemasaran produk mereka, berapa komisyen yang akan didapat bagi setiap ahli yang dapat memasarkan produk syarikat, dan berapa bonus yang ahli dapat dengan menarik orang menjadi mentee di bawah ahli tersebut. huhuhu...
ada banyak lagi kesilapan lagi aku buat, tapi, kalau aku cerita pun, bukan semua korang baca. kan3? hahaha... tapi, itulah.. aku nak luahkan dalam blog aku ini, yang aku amat3 blur sekarang. huhuhu... hari tu, ada seorang blogger tu cakap kat kawannya,
"blog ini umpama diari kita."
lebih kurang itu lah dia cakap. aku pun agak tertarik dengan kata-kata itu. jadi, rasanya, tak salah aku jadikan blog ini sebagai diari ku. diari kehidupan seorang pejuang hidup. apakah? hahahaha...
6 comments:
faisal boleh buat psm tu bha...jgn risau...
jumaat ni just meeting maybe..tp jgn lupe dtg
ok.. try not to be worried.
jam brp meeting tu ya? korng trun x training ptg td?
gudluck..buat perlahan2..still ada masa kalau ko nak pg interview..
mcm biase kul 8.30 kot..ptg td kite trun..jogging je pun
oh... adeh.. nk jgk joging. da start boroi blk ni. aih...
pnyelia PSM encikMiswan ke? selalunya encik miswan je yang suka bagi tajuk about MLM ni.
Post a Comment