Saturday, October 30, 2010

salam


 salam...

hehehe.. sebenarnya, perkataan "salam" ni ada kenangan buat aku. kenangan yang menyedarkan aku. membetulkan silap aku. "salam", perkataan ini membawa aku mengimbau kembali kenangan ketika di matrikulasi dulu. tempat dimana aku belajar buku biologi tebal 3 inci, tempat dimana aku frust, tempat dimana mengukir kenangan manis yang susah dilupakan. malah, kalau sekarang ni aku ditanya, 

"kau rindu tak matrik mu dulu?"

semestinya aku jawab, ya! semsetinya aku rindu. kalau ada kesempatan, kemampuan, i'allah, aku akan berkunjung kembali disana. tempat dimana aku berubah dari seorang yang tak berguna, kepada yang sedikit berguna. hey! at least, ada perubahan tau! hahaha...

kembali kepada perkataan "salam" tadi, sekejap, aku fikirkan dahulu.. sekejap ya? dagu tengah gatal ni. nak garu betul. sekejap... mmmm... ok... dah ingat. hehehe... bila di ingat kembali, peristiwa berkaitan dengan "salam" ni berlaku kat matrik juga. pada ketika itu, aku baru belajar mengenali apa itu handphone. baru mengenali apa itu bahasa sms. hahaha.. aku masih ingat lagi, handphone pertama aku, orang panggil handphone batu. kenapa? kerana kalau handphone tu dilempar kat anjing, anjing sure cedera parah. hahaha...

jadi, pada ketika itu, penggunaan perkataan "askum" merupakan short term bagi assalammualaikum. jadi, perkataan ini la selalu aku gunakan setiap kali ber sms dengan orang lain. namun, pada suatu hari, aku berkumpulan dengan orang yang kukira, alim orangnya. memang alim pun kerana pakai tudung labuh dan hafaz al-quran. jadi, tup tap, kumpulan ku dapat assignment. assignment apa pun aku dah lupa. 

jadi, setiap orang, pasti da part nya yang kena disiapkan bukan? tup tap tup tap lagi, malam itu aku musykil pasal part yang aku kena siapkan. yala, orang yang tak alim macam aku ni, pastinya akan kemusykilan. huhuhu... maka, dengan serayanya tangan ku pantas menyambar handphone diatas meja. (ceh, ayat hyperbola betul. hahaha..). jariku yang sedikit halus memicit-micit punat menaip kat handphone tu. kalau cicak, maybe dah tersembul keluar biji matanya kalau aku picit macam aku picit handphone tu. hahaha...

ku taip begini,

"askum, pasal assignment yang ustazah bagi tu, awak da siapkah?"
"wlkmslm... dah. "
"oh.. nak tanya pasal part saya tu, bla...bla...bla.. (tak ingat. hahaha...)"
"tak mengapa. nanti saya bincang dengan awak kat kelas."
"ok. jumpa nanti ya?"
"ok. jap. ble saya tegur sesuatu?"
"ya?"
"seboleh-bolehnya, jangan lah menggunakan perkataan askum tu. askum tu maksudnya celakalah kamu."
"oh.. maaf. saya tak tau. maaf ya?"
"tak mengapa. gantikan la askum tu dengan salam. ok?"
"ok. terima kasih ya kerana menegur."
"sama-sama. salam..."
"salam."

itulah isi kandungan sms yang kuhantar dan kuterima daripada kawan ku tu. dan bila ku siasat dengan teliti lagi. ya, kata kawan ku tu benar. askum dalam bahasa hebrew adalah celakalah kamu. jadi, dah molek ku catat kat blog ku ni, setiap perkataan yang ingin kita taip, short kan, dan ungkapkan, pastikan lah maksudnya difahami dengan jelas. jangan jadi pak turut, kalau orang makan tahi, dia pun ikut sama makan tahi. ada faham? huhuhu...

ok, quit again. today, got script to write. script about parking oku. actually, i got idea but yeah, i in major IT, and not in the same lane with dato yusuf haslam and aziz osman which can do great script. and also, yeah, i got restriction there. i must make sure that the scene and script that i will write not exceed than 2 minutes. geezz... brain, brain, squeeze ur idea for me please?

Friday, October 29, 2010

Dia




setelah beberapa purnama kejohanan silat kat kulai tu melabuhkan tirainya, dia masih sakit lagi. puas aku belai, urut, minyakkan, selimutkan dia dengan penuh kasih sayang. tapi, dia masih tidak sembuh. namun, syukur juga, sakit dia tak seperti dulu. dah tak mengerang lagi.


mungkin, salah aku, paksa dia sangat. dah nak sembuh, aku masih paksa dia buat kerja berat. namun, aku tau, dia bukan selemah itu. aku tau dia boleh. aku tau kemampuan dia. aku tau, biar dia sakit begitu, dia masih mampu. mampu untuk buat apa sahaja. dia ada kesungguhan. aku yakin dengan itu. aku yakin dengan dia sangat-sangat.

tak mengapa. hari ini, aku tak ketemukan dia dengan pujaan hatinya. pujaan hatinya yang selalu dia sentuh, pijak-pijak, peluk-peluk, tendang-tendang. kalau aku temukan dia juga, aku pasti, dia akan sakit kembali. tak mengapa. biarlah dia merindui pujaan hatinya.biar dia sengsara dengan kerinduan itu. bila dia dah sembuh kelak, hahaha, pastinya pujaan hatinya itu tak kan lepas dari dakapannya. aku pasti!

kaki kiriku, cepatlah sembuh. kita tendang lagi pujaan hatimu yang hitam legam itu ya? cepatlah...

Monday, October 11, 2010

( * . * )

prepared for the worst. please pray for me. tsk....

Saturday, October 9, 2010

ankle sprain. wow! (not related to post. maybe...)

hahahaha... lawak betul petang tadi. jangan main ting ting ya? kata wasit. hahahaha... lawak-lawak. tapi, memang aku main ting ting pun ketika pemilihan silat untuk mewakili daerah batu pahat. macam yang aku sebut sebelum ni, aku injured kat ankle. kerana itu la aku main ting ting. hahaha...

lawan ku pun tadi, bila ku perhati dan teliti, bapa budak rupanya. patutlah agak senak juga aku kena tendangannya tadi. sedap juga la dia tendang. aku dapat mengelak sebenarnya tapi, lari sikit, ankle memang sakit gila gua cakap lu. huhuhuhu... namun, bukan kerana aku injured, dia boleh ambil kesempatan. tidak sama sekali. malah, aku kalah dengan lawan ku tu pun dengan kiraan mata 2-1. tipis bukan? hahahha... dengan orang injured pun boleh menang tipis. ish3...

aish, rasa macam membongkak diri pula aku dalam blog ni. ahh... lantak lah. blog ini umpama diari aku, bukan? jadi, sekali sekala, nak juga tulis benda yang bongkak sikit kat blog ni. asyik rendah diri jak. huhuhu...

p/s: harap-harap teman sparring ku tu tak injured serius...

Friday, October 8, 2010

Janji melayu

sekarang, aku berada di dalam perpustakaan UTHM yang aku rasa, adalah perpustakaan terbesar berbanding dengan semua perpustakaan universiti lain. tapi, itu apa yang aku rasa. lagipun, aku belum lagi berpeluang melawat perpustakaan universiti lain. 

namun begitu, aku rasa, tiada maknanya perpustakaan besar begini sekiranya pelajar tidak banyak yang masuk. yala, kalau dibanding kan zaman dahulu, perpustakaan merupakan tempat tumpuan untuk pelajar datang. tapi, sekarang tidak lagi. dengan internet, perpustakaan seperti dah hilang serinya. tak boleh disalahkan sepenuhnya kepada pelajar. sebab, kalau di perpustakaan, kena jalan sana, jalan sini untuk mencari buku yang di inginkan. tapi, kalau menggunakan internet, buka sahaja google, tapi keyword, tadaa!!! jumpa maklumat yang dicari. hahaha...

dah... aku mencarut lagi. aku sebenarnya bosan menunggu orang ni. janji datang jam 8, tapi, sampai sekarang, lubang hidung pun tak nampak. shit betul. nasib baik kau india, kalau tak, aku dah cakap awal-awal,

"janji melayu"

aish...

cakap cakap cakap


malam ini, aku tidur lewat barangkali. aku masih dalam sakit PSM. masih mencari idea dalam memandang pc ku ini. besok, aku pergi library mega besar tu. walaupun besar, buku sikit. hahahaha... tak mengapa, janji grand kata orang.

hmmm... dalam blog ni, aku agak becok bercerita. agak banyak celoteh diluahkan. tapi, hakikatnya, bila di luar blog, di dunia realiti, aku pendiam. aku akui nya. walau orang tak cakap pun, aku sendiri menyedarinya. malah, ketika bercerita dengan orang, aku seringkali tergagap-gagap. bahasa yang dilontarkan agak baku dan kaku. maklumlah, latihan si lidah tidak cukup untuk membuat kn ia berpetah dengan lancar.

tapi, aku agak bersyukur aku merupakan seorang yang pendiam. malah, aku suka dengan pepatah,

"diam lebih baik daripada berkata-kata"

bila difikirkan, ada kewajaran disebalik pepatah itu. yala, kalau banyak berkata-kata, takut nanti, ada terlepas cakap pula. dan yang terlepas itulah kadang-kadang buat orang sakit atau terguris hatinya. cakap ini senang dituturkan, tapi, bila terlepas cakap, aduhai, tak boleh tarik beb. cakap ni bukannya ada tali, bukan ada gear undur yang boleh ditarik atau diundur balik.

kadang-kadang, aku hairan juga apabila ahli politik terlepas membuat kenyataan, dan dia disuruh menarik balik kenyataan itu. aku fikir punya fikir, macamana la dia tarik kenyataan tu ya? adakah dengan bercakap, 

"saya menarik balik kenyataan yang saya buat sekian, sekian, dan sekian... "

boleh menarik kenyataan yang sudah didengari oleh orang ramai? hahaha... aku serius tak paham dengan hal itu. 
hahaha... adoi.. mencarut-mencarut. maaflah.. aku suka banyak cakap kat blog ni bila ada idea. lagipun, cakap kat sini, kalau tersalah, boleh padam balik. lainlah kalau cakap kat dunia realiti ni, kalau dah terlepas cakap, mesti ada orang marah. kan bagus kalau boleh dipadam balik. ditarik? boleh kot. hahaha...

p/s: zzz...

Wednesday, October 6, 2010

projek sarjana muda yang amat memblurkan. tsk..


serius aku amat-amat blur sekarang ini. aku tak tahu nak buat apa first. assignment yang aku kena buat sekarang ni adalah yang amat tough sekali. data algorithm, web programming, java programming, dan yang paling tough sekali, projek sarjana muda. aduh...

kebiasaannya, aku mempunyai idea yang boleh dikatakan banyak bila berbicara pasal projek-projek ini. tapi, projek sarjana muda ini betul-betul buat aku mati akal. serius, tiada idea yang dapat generate langsung. malah, aku dapat merasakan firasat bahawa aku akan failed projek sarjana muda ku ini.

bukan aku nak kata aku terus menyerah kalah sebegitu mudah. tapi, aduhai, tajuk sarjana muda aku betul-betul buat aku down terus. sistem pemasaran dan penajaan perniagaan berbilang aras atau lebih dikenali ramai, multi level marketing. tak tahu juga, ok, yang lebih popular nya lagi, MLM. huhuhu...

sebenarnya, aku telah membuat kesilapan mengenai projek sarjana ku ni. pertama sekali, aku terus menerima bulat-bulat tajuk yang aku terima dari lecturer. tahu la tajuk itu agak gempak, tapi, fikir la dahulu sebelum terima. faisal...faisal... ish...ish...ish... kedua, kesilapan yang aku telah buat, aku tidak mencari satu syarikat pun yang boleh aku fokuskan. dengan syarikat tersebut, boleh lah aku memikirkan cara pemasaran produk mereka, berapa komisyen yang akan didapat bagi setiap ahli yang dapat memasarkan produk syarikat, dan berapa bonus yang ahli dapat dengan menarik orang menjadi mentee di bawah ahli tersebut. huhuhu...

ada banyak lagi kesilapan lagi aku buat, tapi, kalau aku cerita pun, bukan semua korang baca. kan3? hahaha... tapi, itulah.. aku nak luahkan dalam blog aku ini, yang aku amat3 blur sekarang. huhuhu... hari tu, ada seorang blogger tu cakap kat kawannya, 

"blog ini umpama diari kita."

lebih kurang itu lah dia cakap. aku pun agak tertarik dengan kata-kata itu. jadi, rasanya, tak salah aku jadikan blog ini sebagai diari ku. diari kehidupan seorang pejuang hidup. apakah? hahahaha... 


p/s: betisku terasa tegang sangat bila jumping sikit. macam kena suntik botox jak. hahaha... tak sabar nak training hari jumaat ni...

Monday, October 4, 2010

kejohanan pencak silat antarabangsa 2010 piala timbalan perdana menteri


amat lama rasanya aku tak update blog aku ni. memang lama dan selalu begitu. bila tangan ringan nak menulis, sepuluh minit kemudian, idea lesap entah kemana. alangkah malang bagi orang yang mudah lupa ni kan? huhuhuhu...

seminggu yang lalu, aku telah menyertai satu pertandingan yang ku kira amat besar. besar dari apa yang pernah aku sertai sebelum ini. malah, pertandingan ini disiairkan oleh surat khabar lg. fufufu... tapi, yang malangnya, muka ku tak terpampang pun kat surat khabar tu. kawan-kawan ku adalah. jeles. huhuhu...

kejohanan pencak silat antarabangsa 2010 piala timbalan perdana menteri. agak grand juga nama tu kan? aku ketika pertama kali mendengarnya, agak terkesima juga. yala, aku telah menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa tu. gembira gila la. hahaha...

ketika kejohanan itu berlangsung, aku dan teman-teman seperjuangan silat ku menginap kat mercure resort. nama full resort tu aku lupa la. huhuhu... fuh... gila grand bilik dia. tapi, yang suwey ngan aku ni, aku tak suka katil yang empuk sangat-sangat. entah la. aku lagi prefer katil yang tak keras n tak juga lembut sangat. katil yang empuk tu pun jenis queen bed. jadi, agak gay pula aku rasa tidur berduaan dengan teman sebilik ku. nasib baik ada tilam di sedia bawah queen bed tu. kalau tak, seram gila la tidur berdua dengan lelaki. kalau perempuan takpa jugak. ek? hahaha...


 hahaha... agak ' kemas ' juga kn bilik ni?

kejohanan tu berlangsung kat ioi mall, kulai, johor. mall yang ku kira, mmm, hehehe, agak sunyi berbanding dengan summit or BP mall. entahla. itu apa yang aku rasa, bagi korang, aku tak tahu plak. tapi, memang sunyi. huhuhu... tapi, yang bestnya, kontinjen kami duduk berhampiran dengan gerai yang dijaga oleh seorang amoi. pergh, wa cakap lu, amoi tu seksi gila wa cakap lu. nasib baik gua iman tebal sikit dari nafsu gua. kalau tak, ntah apa kan jadi ngan amoi tu. dunia-dunia. ish3...

takpa, abaikan amoi tu. sebelum aku terlupa, aku teruskan dengan cerita kejohanan tu ya? sepanjang aku menyertai kejohanan tu, aku telah sparring sebanyak 4 kali. alhamdulillah, perlawanan ke 4 tu, merupakan final bagi kategori aku. tapi, final itu juga merupakan kekalahan terburuk bagi aku. aku kalah bukan dengan kiraan mata, tapi, dengan K.O. aduh... sepanjang hidup aku menyertai martial arts, tak pernah lagi aku di K.O kan oleh orang. malah, aku sendiri yang buat orang K.O adalah. kini, baru aku paham perasaan orang kena K.O. huhuhu...

ketika final, dan masuk round ke 3, kiraan mata aku agak kurang daripada lawan ku. malah, aku telah dijatuhkan sebanyak 4 kali ketika itu. jadi, peluang untuk aku tebus mata hanya round ke 3 tu. tapi, agak malang, mind state ku agak celaru ketika itu. dan permainan memang robust gila. tak seperti perlawanan ku yang sebelum ini. dan yang beruntung sangat-sangat ketika tu, lawan ku la. aku akui, dia memang bijak dan memanipulasi pergerakan ku. shit betul. huhuhu...

aku K.O ketika round ke 3 tu la. malah, aku K.O ketika beberapa saat lagi sebelum perlawanan di hentikan. huhuhu... pada ketika itu, aku dalam posisi 'eject'. ku kira, bila aku eject dengan tumbukan kiri, aku pasti aku dapat curi point dari lawanku tu. tapi, ternyata aku silap, aku terlupa dengan frasa yang aku pelajari dari coach ku,

"tengok satu, lihat semua"

memang kesilapan besar ketika aku eject tu. rupa-rupanya, lawan ku dah bersedia nak buat gunting or ntah la. sapuan maybe. dan, aku betul-betul tidak perasan tindakannya tu. bila aku eject tumbukan kiri ku dan menuju kedepan, dengan serta merta dia gunting or sapu kaki kiri ku. ya allah... kakinya memang batu. kedua-dua kakinya mengepit kaki kiri ku dan terus menjatuhkan aku. aku jatuh agak sadis juga time tu. jatuh meniarap. kepitan kedua-dua kaki  nya dan disertakan sekali matress sebagai alasnya kat kaki kiri membuat ku nak berteriak kuat-kuat. ya allah.. sakit tak terkira ku rasa time tu.

bayangkan, dekat lima saat juga aku terbaring begitu menahan sakit kat kaki kiri. namun, aku betul-betul berterima kasih kepada pasukan silat aku. mereka semua menjerit berulang kali,

"faisal, bangun faisal! bangun!"

haih... hati ku betul-betul gembira sangat (walaupun kaki sakit yang amat sangat...) kerana diorang tetap menyokong sebegitu rupa walapun aku dah jatuh beberapa kali. dengan semangat yang pasukan aku berikan, aku betul-betul berusaha bangun untuk meruskan pertandingan. tapi, aih... kaki ku betul-betul tak mengizinkan ketika itu. malah, ketika aku bangun pun, kaki kiri ku gegar gila yamg amat sangat. kesakitannya? hanya allah sahaja yang tahu betapa sakitnya kaki kiri ku ketika itu. 

aku berjaya berdiri (dengan kaki kiri yang bergegar dan sakit yang amat...) tapi, aih, ketika itu la, aku sedar, aku dah tak mampu dah meneruskannya. sempat aku lihat coach ku memegang tuala putih. coach memandang aku ketika itu, dan aku tahu, dari matanya, dia bertanya, 

"nak teruskan lagi?"

keputusan yang paling berat pernah aku buat. aku isyarat kepadanya,

"coach, maafkan saya, tidak..."

dan selesai jak dia lempar kain putih tu, aku jatuh melutut. kekecewaan yang amat sangat melanda diri aku. kecewa sangat-sangat hingga aku termenangis. ya, aku menangis kerana aku tidak dapat menghabiskan pertandingan dengan sempurna serta aku kalah. aku amat-amat kecewa sekali...

sudahla. tiba-tiba pula aku tak bersemangat nak teruskan cerita ni. ditambahkan lagi sakit kaki kiri ku ni yang masih berdenyut-denyut, aku berhenti la dulu. sesiapa yang sudi membaca post aku yang panjang lebar ni, terima kasih yang tak terkira ku ucapkan. yala, aku ni bukannya pandai bercerita sangat, tapi, sudi juga korang baca sampai habis. terima kasih tak tehingga ku ucapkan... adios...