pada suatu malam yang hening dan sunyi, aku dan keluarga ku bersantai di ruang tamu sambil melihat tv. ketika itu, kalau aku tak silap, tv memainkan rancangan "jangan pandang belakang." aku seperti biasa, depan laptop ku ini, sambil bermain game. almaklumlah, darah remaja. bagiku, lebih baik aku main game daripada keluar rumah merayau-merayau sambil cari dada. eh? silap! dadah. hehehe...
ketika aku, dan tidak lupa juga adik-adik ku, sedang ligat bermain game, tiba-tiba ayah membuka cerita. ketika itu, aku kurang layan sangat kerana game agak melalaikan aku. namun, bila aku mendengar perkataan "bubulut", aku mula tertarik untuk mendengar cerita seterusnya.
aku shutdownkan terus laptop aku dan mula mengadap ayah. adik-adik ku pun ikut serta. emak? pun sama duduk di tepi ayah untuk mendengar cerita selanjutnya dari ayah. ayah menarik nafas dalam-dalam dan mula membuka cerita pasal "bubulut".
"ketika ayah masih kecil dulu, ayah sering ikut arwah datuk kamu masuk hutan cari rotan. ketika itu, ayah masih sebaya adik kamu ni."
kata ayah sambil menunjuk adik perempuan ku. adik terus membulat matanya melihat telunjuk ayah. ayah hanya tersengih.
"hutan yang ayah masuk dulu bukan yang macam sekarang ini. hutan dulu amat tebal dan salah langkah sahaja, pasti akan tersesat. kalau tidak tahu pasal selok belok hutan, lebih baik jangan masuk hutan."
"ayah, ayah masuk hutan kat mana tu ayah?" soal adik lelaki ku.
"sabar la. ayah belum habis cerita lagi. interupting betul." kata ku sambil tepuk bahu adik ku.
"ouch! sakit lah! " adikku memegang bahunya sambil menjeling kepada aku. aku? of course just tersengih sahaja. hahaha...
"na, mulalah tu bergaduh. bergaduh la. nanti mama pukul balik." ancam mamaku. adikku terdiam dan kembali memasang telinga mendengar cerita ayah. aku hanya tersenyum kecil.
"ayah ikut arwah datuk kamu kat hutan kuamut dulu. kamu tahu juga kan di mana? ketika itu, perkampungan pagan masih wujud." ayah membetulkan duduk nya dan menyambung lagi ceritanya.
"dekat hutan itu juga, ada sebuah pulau yang memang dijadikan sebagai tempat perkuburan orang pagan. kamu nak tahu, bila orang pagan meninggal, bunyi gong bertalu-talu akan di bunyikan menandakan ada orang meninggal."
"kalau kamu nak tahu juga, orang pagan ni memang terkenal dengan ilmu-ilmu batin ini. jadi kamu tahu juga kan apa yang terjadi bila orang begini meninggal? mereka jadi bubulut." kata ayah sambil menjengilkan matanya.
suasana seram mula menyelubungi suasana ruang tamu. ayah memang pandai bercerita. itu aku akui. ku lihat ketika itu, mama mula berapat dengan ayah. adik perempuan ku pula memeluk mamaku. aku dan adik-adik lelaki ku buat selamba sahaja. almaklum la. kawal sifat kemachoan. padahal, liang roma masing-masing dah mula mencangak. hahaha..
aku yang tidak tahan dengan suasana yang seram itu mula bertanya kepada ayah, "bubulut itu apa ayah?". ayah diam sejenak. adik pula memandang aku. riak tak puas hati.
"na, sendiri pun bising. kita tadi bising, kena pukul pula. huh..." kata adik lelaki ku. kali ini aku yang terkena. pandai betul adik ku memulangkan paku buah kerasnya. geram aku dibuatnya. baru sahaja aku nak membalas balik kata-kata adik ku, ayah mula berkata,
"bubulut itu sebenarnya..."
to be continued...
p/s: aku ngantuk. aku sambung nanti ok? lagipun, jam 1 dah ni. tengok kiri kanan gelap semacam saja.

11 comments:
sengal!!!! hahaha aku mai tau ending cpt!!!!
bwu nak suspen jap td.. adesh..
aku meman sengal pun. hahaha. ending? oh, no... no... no...
suspension? adeh...
astaga! ending nya apa bha? ko nh..wat cta ka wat suspen? haishh~
suspen je nk taw ending nye..hu3
aku wat crita suspens. ble? hahaha
tujuan ku tercapai. yes! hahaha
i think something not right la...
pa yg tidak btul?
bebulut kaki die busux x??hahaha
Post a Comment