Friday, January 22, 2010

BUBULUT PART 2


"bubulut itu sebenarnya mayat orang yang dirasuk dan hidup semula." kata ayah sambil membulatkan matanya.

"macam zombie la ya ayah?". kedengaran suara adik perempuanku mencelah.

"aah. kira macam begitu lah." ayah diam lagi. ku agak mesti mengingat kembali peristiwa mengenai bubulut itu. aku memandang adik-adik ku. kelihatan fokus dengan apa yang ayah ceritakan sampai tak sedar mulut ternganga. ketika aku memandang kembali kat ayah, ayah meneruskan ceritanya.

"jadi, pada suatu hari tu, ayah dan datuk kamu masuk lah ke dalam hutan tu untuk cari rotan. mahu pergi ke hutan tu, kena naik sampan untuk pergi ke sana. dulu bukan ada jalan raya. ketika itu, suasana agak mendung. tapi, tak juga hujan."

"ketika ayah dan datuk kamu mencari rotan, datuk kamu sering memandang sekeliling. ketika itu, ayah masih kecil, manalah ayah tahu apa-apa lagi ketika itu." ayah menarik nafas dalam-dalam. emak berdiri dan mengambil remote TV dan mematikan TV. ayah memandang emak seolah-olah bertanya.

emak yang faham dengan pandangan ayah berkata, "ganggu feeling." kata emak sambil duduk kembali di sebelah ayah. ayah sekadar tergelak kecil. kemudian, ayah sambung kembali ceritanya.

"sekitar sepuluh minit begitu, datuk kelihatan gelisah yang amat sangat. ayah tanyalah kenapa? datuk hanya berdiam diri namun jari telunjuk datuk kamu menudung ke arah lengan ayah. ayah pun lihat lah apa yang ada kat lengan ayah tu."

"apa yang ada kat lengan ayah ketika itu?", adik ku mencelah. sekali lagi.

to be continued...

p/s: diharapkan bersabar. ok?

5 comments:

black_mel said...

haha..dh la ada read more...to be continue lg...nasib baik bersabar..huhuhu...

juanghidup said...

aku suka wat orng tension. hahaha. hrp bersabar la ya.

arieza said...

cicak? hahaha ko ni suke tau!!!! arghh!!!

juanghidup said...

salah. teka lg. hahaha...

arieza said...

benci!! kt tgn dia ada lintah? belalang? bulu tangan? :p