Thursday, January 28, 2010

AKU MEMPUNYAI HAK!


salam... adedeh... maafkan aku kerana tak mengupdate blog aku ini. bukan aku tak sudi, bukan aku tak cinta, bukan aku tak sayang. tapi, oleh kerana injured yang melanda, dan ke 'disconnect' an yang melampau, aku tak dapat memberi perhatian yang sewajarnya kepada blog aku ini.

tidak mengapa. sekurang-kurangnya aku mula merajinkan diri untuk update kembali blog aku ini. selagi ada peluang, harus digunakan sebaik-baik nya. bukan? oklah, wacana ini(hehehe...), suasana blog sekarang agak hangat dengan isu "mari kita hina dia" dan "ini bukan ajaran aku". hmmm.... bagi aku, kebebasan suara itu memang ada. malah, hak setiap manusia hatta baby sekali pun ada hak untuk bersuara. bersuara la apa-apa pun. selagi ada tekak, selagi ada lidah, bersuara lah.

tapi, walaupun mempunyai status "aku mempunyai hak untuk bersuara!" itu ada, tak bermaksud hak itu digunakan sewenang-wenang nya tanpa mengikut etika dan tata susila. bila "aku mempunyai hak untuk bersuara!" itu ada, jangan la gunakan ia untuk memburukkan, memprovok kan, menghina, mengadu domba atau sebagainya.

come on la. akal itu ada bukan? kenapa tidak sertakan akal dan hak itu? biar ia menjadi seirama selagu. bak kata P.Ramlee,

andai dipisah,
lagu dan irama.

lemah tiada berjiwa,
hampa~

agak jelas mesej yang disampaikan dalam lirik itu bukan? fikir-fikirkan lah. okey?

ini nasihat ku sebaga seorang newbie. bagi yang nak dengar, dengar la. tak nak dengar? tidak mengapa. itu hak anda. aku bukan datuk anda, bukan bapa anda, bukan pakcik anda, bukan idola anda, bukan juga YB anda. aku hanya sebagai orang yang ingin akalnya seirama akal dan suara, dan ingin sama nasihat menasihati.

heh, tiba-tiba pula orang mental macam aku ni cuba memperjuangkan ideologi. nak nasihat orang lagi tu. pergh... ok la. aku da penat menaip. sebelum itu, ada perasan tak tentang post sebelum ini. ala, post perempuan cantik? ala kesabahan bukan? pure gitu. perasan tak?

sebenarnya, post itu ditulis oleh penulis kedua blog aku. aku alu-alukan dia menulis ka blog aku kerana dia pun sama mental juga macam aku. mental dan dahsyat! kenapa? kamu tanya la dia nanti, ok?

p/s : aku nak minta maaf banyak-banyak terutam kepada si doc mental kerana tak dapat menjenguk blog korang bbrp hari ni. *sobs*

Wednesday, January 27, 2010

PEREMPUAN CANTIK


cerita pasal bubulut ni, msti qada yang meremang. apa yg meremang tu aku ndak tau lah, hal kamu. tapi ni aku musykil sangat lah, kenapa ramai orang takut sangat dengan hantu ah? aku ndak faham la kamu2 semua nih, hantu ni bukannya nak gigit nak geletek ka apa ka, dia just tengok ja kan? x gitu hantu? perrgghh, masin mulut aku, maaf, bukan mengumpat tentang kau ni hantu, mengata sikit2 ndak pa2 ba kan. hehehe...

begini, nak di jadikan cerita, kenapa hantu suka keluar time malam? bukan malam ja, tapi time gelap2 la..korang semua tidak heran ka? penat hantu 2 wat suprise, ish2... nampaknya korang semua kena memahami ngan lebih mendalam pasal hantu ni..

pastu, nak dijadikan cerita lagi ni, nak tau tidak? x nak sudah, pedulik, aku nak cerita jugak. setahu aku lah kan, malam ni diciptakan untuk kita berehat dan bersenang lenang setelah penat sekian lama bekerja mencari rezeki di waktu terang, di waktu pagi sehingga petang. terang ni bukannya yg bercahayakan kalimantang tau, sabar, jangan dulu mengamuk.

korang semua perasan ka, bila jalan2 time malam, especially kaum adam ni, aduh, ramai gila pompuan cantik, comel, genit2 gitu. ngaku ja lah, kalau bukan semua pun, mesti ada, jangan tipu lah lelaki. sebab aku pun macam tu, kadang2 ja la, x boleh slalu, nanti ada orang marah....

ni, melalut da aku ni. perasan x, kadang2 sampai geram pun ada nampak pompuan2 ni. tapi, yg menghairankan, di lorong2 sempit dan berbau hapak pun dorang masih kelihatan cantik. ni mesti kes mata da kena ulcer ni, baik p jumpa dukun pakar mata. minta ubat antibiotik.

isu yang sama, tapi kes yg berlainan plak....

ni pasal kereta, atau lampu2 kristal, alah yg digantung di rumah korang 2, alah yg berkilau2 tu, yang mak2 kita slalu idam2 kan tu. da maklum, asal ada pameran2 ni, mostly di buat pada waktu malam, kan? setuju? selapan? pdulik. yala, time malam ni, mood kita pun da switch, fikiran da x brapa btul, senang di pengaruhi. kereta n lampu 2 tampak cantik ja, bersinar, berkilau bilau, menawan, memikat, halus, mulus, gebu, dan sebagainya. tapi bila ditengok di pagi hari, nampak biasa ja, heran kan? x secantik seperti yang kita lihat pada waktu malam..

gitulah ngan "pompuan2" tu, yang slalu melepak2 di lorong2, yang slalu bersantai di kelab malam, wujudkah kelab siang or kelab pagi or kelab tengahari or kelab petang? x kan? nah, ni lah rahsia dorang. kalau dorang2 ni muncul pada waktu siang, aish, xtau nak kata apa, hantu pun takut. barangkali muka da berbelon2, xda belon pun, berkuah kawah, geli aku hehe.

2la pasal, jangan terpedaya ngan tipu daya time malam ni, sb 2la especially gadis2 x digalakkan kluar malam, paham2 lah ya gadis, seriously. aku sayang kamu semua, seperti mana aku sayang adik aku sendiri. hehe....

berbalik pada kes bubulut, hehe, nak dijadikan cerita, kalau dorang ni kluar merayau time pagi, nampak sangatlah kehodohan mereka2 ini...2 yg dorang kluar malam, supaya nampak anggun, tampan dan menggoda..tapi malangnya, oleh kerana dorang ni memang dari kecik da diasuh supaya jadi cepat perasan, 2 yg dorang berani kluar malam. malam pun da nampak hodoh, jadi, hodoh sangatla ya hantu ni? kesian..

p/s: ini merupakan penulis kedua blog aku. tak paham? aku paham. hahaha...

Friday, January 22, 2010

BUBULUT PART 2


"bubulut itu sebenarnya mayat orang yang dirasuk dan hidup semula." kata ayah sambil membulatkan matanya.

"macam zombie la ya ayah?". kedengaran suara adik perempuanku mencelah.

"aah. kira macam begitu lah." ayah diam lagi. ku agak mesti mengingat kembali peristiwa mengenai bubulut itu. aku memandang adik-adik ku. kelihatan fokus dengan apa yang ayah ceritakan sampai tak sedar mulut ternganga. ketika aku memandang kembali kat ayah, ayah meneruskan ceritanya.

"jadi, pada suatu hari tu, ayah dan datuk kamu masuk lah ke dalam hutan tu untuk cari rotan. mahu pergi ke hutan tu, kena naik sampan untuk pergi ke sana. dulu bukan ada jalan raya. ketika itu, suasana agak mendung. tapi, tak juga hujan."

"ketika ayah dan datuk kamu mencari rotan, datuk kamu sering memandang sekeliling. ketika itu, ayah masih kecil, manalah ayah tahu apa-apa lagi ketika itu." ayah menarik nafas dalam-dalam. emak berdiri dan mengambil remote TV dan mematikan TV. ayah memandang emak seolah-olah bertanya.

emak yang faham dengan pandangan ayah berkata, "ganggu feeling." kata emak sambil duduk kembali di sebelah ayah. ayah sekadar tergelak kecil. kemudian, ayah sambung kembali ceritanya.

"sekitar sepuluh minit begitu, datuk kelihatan gelisah yang amat sangat. ayah tanyalah kenapa? datuk hanya berdiam diri namun jari telunjuk datuk kamu menudung ke arah lengan ayah. ayah pun lihat lah apa yang ada kat lengan ayah tu."

"apa yang ada kat lengan ayah ketika itu?", adik ku mencelah. sekali lagi.

to be continued...

p/s: diharapkan bersabar. ok?

BUBULUT


pada suatu malam yang hening dan sunyi, aku dan keluarga ku bersantai di ruang tamu sambil melihat tv. ketika itu, kalau aku tak silap, tv memainkan rancangan "jangan pandang belakang." aku seperti biasa, depan laptop ku ini, sambil bermain game. almaklumlah, darah remaja. bagiku, lebih baik aku main game daripada keluar rumah merayau-merayau sambil cari dada. eh? silap! dadah. hehehe...

ketika aku, dan tidak lupa juga adik-adik ku, sedang ligat bermain game, tiba-tiba ayah membuka cerita. ketika itu, aku kurang layan sangat kerana game agak melalaikan aku. namun, bila aku mendengar perkataan "bubulut", aku mula tertarik untuk mendengar cerita seterusnya.

aku shutdownkan terus laptop aku dan mula mengadap ayah. adik-adik ku pun ikut serta. emak? pun sama duduk di tepi ayah untuk mendengar cerita selanjutnya dari ayah. ayah menarik nafas dalam-dalam dan mula membuka cerita pasal "bubulut".

"ketika ayah masih kecil dulu, ayah sering ikut arwah datuk kamu masuk hutan cari rotan. ketika itu, ayah masih sebaya adik kamu ni."

kata ayah sambil menunjuk adik perempuan ku. adik terus membulat matanya melihat telunjuk ayah. ayah hanya tersengih.

"hutan yang ayah masuk dulu bukan yang macam sekarang ini. hutan dulu amat tebal dan salah langkah sahaja, pasti akan tersesat. kalau tidak tahu pasal selok belok hutan, lebih baik jangan masuk hutan."


"ayah, ayah masuk hutan kat mana tu ayah?" soal adik lelaki ku.

"sabar la. ayah belum habis cerita lagi. interupting betul." kata ku sambil tepuk bahu adik ku.

"ouch! sakit lah! "
adikku memegang bahunya sambil menjeling kepada aku. aku? of course just tersengih sahaja. hahaha...

"na, mulalah tu bergaduh. bergaduh la. nanti mama pukul balik." ancam mamaku. adikku terdiam dan kembali memasang telinga mendengar cerita ayah. aku hanya tersenyum kecil.




"ayah ikut arwah datuk kamu kat hutan kuamut dulu. kamu tahu juga kan di mana? ketika itu, perkampungan pagan masih wujud." ayah membetulkan duduk nya dan menyambung lagi ceritanya.

"dekat hutan itu juga, ada sebuah pulau yang memang dijadikan sebagai tempat perkuburan orang pagan. kamu nak tahu, bila orang pagan meninggal, bunyi gong bertalu-talu akan di bunyikan menandakan ada orang meninggal."

"kalau kamu nak tahu juga, orang pagan ni memang terkenal dengan ilmu-ilmu batin ini. jadi kamu tahu juga kan apa yang terjadi bila orang begini meninggal? mereka jadi bubulut." kata ayah sambil menjengilkan matanya.

suasana seram mula menyelubungi suasana ruang tamu. ayah memang pandai bercerita. itu aku akui. ku lihat ketika itu, mama mula berapat dengan ayah. adik perempuan ku pula memeluk mamaku. aku dan adik-adik lelaki ku buat selamba sahaja. almaklum la. kawal sifat kemachoan. padahal, liang roma masing-masing dah mula mencangak. hahaha..

aku yang tidak tahan dengan suasana yang seram itu mula bertanya kepada ayah, "bubulut itu apa ayah?". ayah diam sejenak. adik pula memandang aku. riak tak puas hati.

"na, sendiri pun bising. kita tadi bising, kena pukul pula. huh..." kata adik lelaki ku. kali ini aku yang terkena. pandai betul adik ku memulangkan paku buah kerasnya. geram aku dibuatnya. baru sahaja aku nak membalas balik kata-kata adik ku, ayah mula berkata,

"bubulut itu sebenarnya..."

to be continued...

p/s: aku ngantuk. aku sambung nanti ok? lagipun, jam 1 dah ni. tengok kiri kanan gelap semacam saja.


Wednesday, January 20, 2010

PERANGAI HIPOKRIT? YA! ITU AKU!

~comel macam saya kan?

aku gila nak update sekarang ini. semangat bila melihat blog aku dah distimkan, dipenyekkan, dibelaikan, diusapkan, dinodaikan, dan segala pelbagai jenis kan yang boleh disebut. aku suka betul mencarut kat dunia maya ini.

secara hakikatnya, aku bagaikan talam dua muka. satu ke bawah, satu keatas. berbeza permukaan. berbeza personaliti. ya, di dunia maya ini, aku agak mental, bising, agak horny sekali sekala (percaya?), dan rajin. ceh. hahaha... tapi itu di dalam dunia maya. dalam dunia realiti, hmm... bagaimana nak cakap ya?

begini, aku kat dunia realiti ini, aku akui, aku seorang yang macho (termuntah orang baca post aku ini. hahaha..), pendiam dan tidak peramah. secara teori nya, aku seorang yang hipokrit. hahaha..

pengakuan yang betul punya gila bukan? hahaha... aku fikir, bagus juga jadi hipokrit ini. kadang-kadang kita bahagia? kadang-kadang kita terluka. tapi, bagi aku, aku lebih bahagia begitu. bagi sesiapa yang tidak paham dengan nukilan ku ini, adalah lebih baik korang berhenti membaca sebelum korang sama-sama mental macam aku. hahaha...

bila aku hipokrit di sini, kamu semestinya tidak kisah malah, kau mesti menayangkan gigi kamu yang putih, hanya untuk mengetawakan aku dan berkata,

"wah, best sungguh anda. terpikat saya. boleh kita berkenalan?"


itu di dunia maya. dunia realiti? mesti kamu akan menutup gigi anda yang putih itu bila berjumpa dengan aku. ya lah, aku dengan sepet ku (mental, aku mengaku aku sepet. huh..) agak kurang mesra di mata kamu. aku mengatakan sekali lagi, ya, itu lah keadaan aku di dunia realiti.

but, hey, itu tidak mengapa bukan? kamu tidak kisah aku mengamalkan kehipokritan kat sini bukan? aku senang, aku puas bila kamu senyum, hatta sesaat pun, bila kamu melawat blog aku. aku suka kamu senyum dan ketawa. bagaikan dunia milik kita berdua! hahaha...

dah la. hentikan dulu hipokrit ku di sini. aku nak hipokrit lagi dengan dia dan dia ini. korang pun nak? sila lah. tapi, jangan sebar kehancingan kat diorang sudah. karang kena tenyeh pula kamu. hehehe.

p/s: kerja gila punya banyak .huh...

BLOG AKU DA DIMUSNAHKAN DAN DISIAPKAN KEMBALI.


akhirnya... aku sudah menyiapkan blog aku yang tak seberapa ini. coding yang memeningkan, ketepan yang tak tepat, kreatifan yang separa, dan sering disconnect membuatkan aku hilang kewarasan buat seketika. mental la katakan. huh...

tapi, aku rasakan kekurangan kat blog aku ini lagi. apa ya? bila ku lihat kembali, ya, kehitaman background ku membuat ku kurang puas hati. guna pakcik google pun, aish, tak jumpa background yang memuaskan hati aku. maybe, otak ku kembali mental kot.

tak mengapa. kata orang,

"biar pelahan, asal selamat."


hahaha... ok... ok... aku malas nak celoteh panjang kat sini. kurang puas hati dengan blog aku? sila kemukakan ketidakpuashatian anda. berpuas hati? sila tinggalkan puji-pujian anda. perkara ghairah adalah tidak dilarang sama sekali. apakah? hahaha...

p/s: avatar agak boring tapi berpuashati dengan endingnya. setuju?

Tuesday, January 19, 2010

CONSTRUCTION IS ON PROGRESS! BE PATIENT!


for your information, for 2 days perhaps, i will destroy and manage my blog. if u had any difficulty in surfing on my blog, please give your hand, i shake it, and say,

"i am so sorry."


as you can see from the picture above, that is the one problem that make my mind mess up. ya! i have a guard! big guard which prevent me from using various widget. what the fish is that! huh...

that's all. forgive me ya. jangan susah-susah hati. aku tetap mental seperti biasa juga. hahaha...

p/s: poyo betul aku ni kan?

Monday, January 18, 2010

BETIS CARI PADAH


selepas kena sapuan belakang kat betis, aku kini terjengket-jengket dan hilang segala semangat. termasuk la juga semangat berblogging. sebelum itu, 2 hari sebelum itu, cramp sering kali menjamah betis dan paha ku. malah, ia berlaku ketika sparring. memalukan betul kerana kalah disebabkan cramp. sial!

sudah! aku dalam proses melumurkan minyak panas jerangau merah cap kuda kat betis ku. rasakan engkau otot! kutenyeh-tenyeh engkau, ku picit-picit, ku belai-belai. biar engkau hilang sakit. pergi kau sakit. aku nak training lagi. dan biarkan semangat ku kembali semula.

sudah! sekali lagi. aku tak patut mencarut di sini. jangan jadi sperti dia yang kena habuk secara beratur. jangan jadi seperti dia yang suka berakit. (kalau dia pandai!). dan juga jangan jadi seperti dia yang sibuk dengan puitis kunci nya. ahh!!!

kalau boleh aku menjerit di sini, aku nak menjerit kuat-kuat.

"woi! tulisan besarkan lagi lah! tak kan nak pakai mikroskop baca post kamu?"


aish, dahla aku mengalami kesilauan. tak kan nak julingkan mata aku? (rupanya juling tu satu penyakit. *sigh).

ok, aku stop kali ini. ini update ku. sebelum cramp ku menyerang lagi. sesiapa? ajar aku cara urut betis dengan betul?

p/s: malas pula nak jln2 ni mlm. aish...

KAU PUJAAN KU.


oh kunci...
bila ku pejam mata,
terbayang badan mu yg ramping,
dahi mu yang licin,
membuat ku tergiur melihat mu..

bila persona mu memancar wajah ku,

aku terkesima, ghairah,
tergoda..

andai nya suratan menjodohkan kita,

aku,

dikau,

perasaan ku,

bersatu menjadi satu,

bagaikan romeo dan juliet,
sama bersatu mengecap kenikmatan.


ah...

kunci,
jangan kerana mu,

hatiku tersiat pilu.

bagai pungguk rindukan bulan,
yang dinanti tidak akan tiba.

dengarkan luahan sanubari ku,

dengarkan bisikan hatiku,

yang merintih ingin kan dikau,
oh.. kunci..

aish, memang doktor mental ni buat aku berjiwang. hanya untuk mendapatkan kunci. minta maaf juga kerana sehari, dua hari sebelum ini aku kurang menjenguk blog ini. aku injured medium. tapi tidak lah kronik sangat. wei doktor mental, tak kira. aku nak kunci tu juga. kalau tak, aku merajuk. hehehe... ok, da habis. Jom Join Contest Oh Kunci! by Arieza!

p/s: kepada si dia, post ini hanya untuk kunci sahaja tau. bukan untuk orang. jangan cemburu ya. nanti aku buatkan yang lain. ok?

Saturday, January 16, 2010

SAJA NAK TAYANG. BOLEH KAN?


suasana di halaman rumah pada malam sebelum hari raya aidilfitri. bercahaya betul kan? hahaha...

ok, itu sahaja. saja nak tayang. boleh kan? hehehe...

p/s: latihan lagi ni malam. adede...

SAKIT!!!!!!


"aduh... aduh.... arghhhh!!!"
"kenapa? kenapa?"
"sakit. aduh..."
"kat mana sakitnya tu? "
"kat bawah."
"na, luruskan. biar aku urut."


agak-agaknya, situasi apa yang tengah berlaku disitu? sesiapa yang betul teka, aku belanja 20 sen. tak cukup? mari aku up kan lagi. 25 sen. cukup? tak cukup juga? ish, demanding betul kamu ni. ok, rm 50. nak? tak nak lah. aku tiada duit. hehehe...

situasi diatas menggambarkan situasi aku, si juanghidup, bersama kawan lelaki ku. dia urut memang terbaik punya. ghairah? minta maaf la ok. i'm pure, macho guy. hahahaha.. sewel betul aku ni. aku diurut kat betis ya. kerana kaki krem. betulkan ejaan aku tu. krem, crame, cream, ah! apa-apa sahajalah.

kakiku krem (ayat yang lagi sesuai aku rasa) pasal sparring tadi. silap aku juga. adakah buat sapuan sambil keraskan kaki? bila keraskan kaki, of course otot mengejang. ditambahkan lagi bila otot terkena tulang kering lawan. krem sekrem la jawabnya. (betul tak doktor? hehehe...)

bila krem sahaja kakiku tu, ya allah, sakit bukan main. menjerit juga lah aku time tu. bila kakiku diluruskan, siap berbunyi lagi betis ku tu. aduh... memang siot betul la. tapi, aku betul-betul tabik dengan kawan-kawan sepersilatan aku itu. bila aku krem macam bagitu, bukan seorang dua tolong, tapi hampir semua datang menolong. nasib baik perempuan tak dibenarkan menolong. kalau dibenarkan, wah? heaven la aku. hahaha...

nak tau apa pengajaran yang aku dapat setelah krem tu? pertama, jangan makan terlalu banyak. bila makan terlalu banyak, perut jadi boroi. dengan keberatan boroi itula, betis tak dapat menampung. maka, krem la dia. pengajaran kedua, jangan asyik depan pc jak. tau la banyak asignment (banyak meh?), tapi, sekali sekala exercise la sikit. paling kurang pun buat la tarian poco-poco dalam tandas. kira latihan juga tu. hahaha... pengajaran ketiga? nanti la aku beritahu. aku fikirkan dulu. boleh kan?

p/s: tournament bulan 2 ni kat UPSI. gila singkat masa. aish...

Friday, January 15, 2010

SUKI ! NI HAH GAME MU !


aish... hari ini, dan hari seterusnya, aku akan menjadi kanak-kanak riang bermain crayon. suki punya salah la ni. mempromote game yang memang keriangan betul. nampak gambar diatas tu? aku jatuhkan orang tu ke bawah. macam sewel kan? hahaha...

aku nak terangkan bagaimana nak main game ni, malas pula aku. lagipun, suki da terangkan dalam postnya. jadi, tak payah la buat kerja dua kali kan? kan3x? aku rekemen game ini bagi orang yang tengah frust, jiwa kacau (macam doktor sakit jiwa kita tu), dan juga orang yang tak pernah mengalami zaman kanak-kanak riang. adakah? hahaha...

anyway, game ni memang menarik. mel, jangan kau pura-pura tak nak cuba game ni. aku tahu, didalam sudut hati mu, "aku nak juga main game ini" . hehehe... woi suki, kalau ada lagi game best, mari promote kat aku. aku nak cuba lagi. nak jadi kanak-kanak riang balik. bestnya! hahaha...

p/s: cis betul.

Thursday, January 14, 2010

CERITA PANAS !


aku nak mempromosi kat blog ku ini. nak cerita panas dan hangat? mari sini aku bagi kau cerita. memang gerenti korang suka punya. tak kira lelaki or perempuan. nak layan? betul ni?

nah... ini dia ceritanya. klik di [ sini ].

P/S : aku bangun awal hari ini. ceh, kecoh pula. hahaha...

Wednesday, January 13, 2010

KAU NAK TAK KERETA BEGINI?


gambar ini adalah kereta sport MR2 jenis Toyota. enjin jenis 3S twincam intercooler turbo. dan kereta ini juga merupakan kereta aku. percaya? tidak percaya? kalau kamu percaya, nah, aku jual rm 50,000. kalau tak percaya? bayangkan sahajalah bagaimana bestnya pandu kereta ini. hehehe...


"kenapalah JH ni promote kereta? nak jadi car dealer ka?"


hahaha... tiadalah. aku bukan nak jadi car dealer pun. cuma, aku sebagai peminat kereta sport nak share pengalaman aku naik kereta sport kepada peminat-peminat lain. tiada salah bukan? lagipun, ini blog aku. lantak lah aku nak tulis apa.

bagi yang belum pernah naik kereta sport, atau pandu kereta sport seperti diatas, aku nak beritahu yang pandu kereta sebegini memang super duper gila gempak best gua cakap lu. memang berbaloi bagi sesiapa yang mengutamakan kelajuan dan pada masa yang sama keselesaan.

kali pertama aku pandu kereta sport, nak terberak pun ada kerana takut. takut dengan aura dan kelajuan kereta tersebut. kereta sporty begini memang laju. bayangkan aku boleh memintas 3 trailer lori dalam masa 3 saat! meter aku lihat time aku memintas, 140 km/j ! berpeluh aku dibuatnya. nasiblah jalan raya kat sabah tak lurus sperti jalan raya batu pahat ni. kalau lurus, i'allah aku bawa 200 km/j. cukuplah sekadar untuk 5 saat sahaja.

ada sekali, kereta waja usha aku dari belakang. time pandu kereta ini juga la. aku ketika itu malas nak berlaju-laju. nak santai la katakan. nasib baik hujan. kalau tak, nak sahaja aku buka roof bagi cahaya matahari menjamah body ku yang tough ini. (adedeh... hari ini aku banyak memuji diri sendiri. teruk betul bukan?). tapi, bila aku perlahankan kereta, kereta waja itu pun turut memperlahankan keretanya. bagi aku tiada masalah, tapi yang bikin masalah ialah keretanya menghidu bontot kereta ku dengan dekat sekali. kalau misalnya aku brek mengejut, tak ka nanti kereta nya membaham bontot kereta ku? sial betul. betul-betul mengganggu kenteteraman.

aku biarkan dahulu. tapi, bila kesabaran ku hilang, aku tekan minyak sehabis-habisnya. kereta waja itu pun ikut sama memecut. meter mencapai 140 km/j. peluhku mengalir di dahi. tangan ku mula shaking. dan hatiku mula berkata

"kata ayah, jangan bawa lebih 90 km/j. kalau tidak, jangan pandu kereta ini lagi."

aiseh... aku mula slow balik. tapi, ketika itu, kereta waja itu sudah hilang dari penglihatan. terbabas? terbakar? aku tidak tahu. biarkan ia. yang penting aku jauh meninggalkan dia. tidak lagi menghidu bontot kereta aku. around 10 saat begitu, barulah kereta waja itu muncul balik. dan kali ini juga, aku biarkan dia memintas. buat sekali lagi. dan kali ini juga, tanpa menghidu bontot kereta ku, dia memintas aku. geram barangkali. hahaha... dan sekali lagi juga, aku tenteram membawa kereta itu.

bagi yang phobia dengan kelajuan, jangan pandu kereta sebegini ok? aku takut, hati dan jiwa kamu tertinggal kat jalan raya. dan juga, jangan ikut aku. nanti aku sumbat mulut kamu dengan gabus kerana berteriak suruh aku perlahan. sakit telinga kau tau tak?

p/s : cerita diatas hanya nukilan imaginasi sang penulis blog. bagi yang tak percaya la. hahaha...

Monday, January 11, 2010

GILA AKU JEALOUS YANG AMAT SANGAT!



ya! aku amat jealous. aku jealous sangat dengan cik epal. geram aku. apa tidaknya. viewer nya purata seribu viewer setiap hari. graaahhhh!!!! aku setakat ini hanya 50 viewer setiap hari. huhuhu...

cik epal, aku nak minta tunjuk ajar dengan kau boleh tak? aku nak minta tunjuk ajar dalam blog mu tapi tak boleh kerana ramai sangat komen kat post mu sehinggakan aku tak dapat nak mencelah. kena berhimpit, kena terkentut sekejap, kena berakit-rakit sekejap (hbz slalu kata aku berakit. huh...), barulah dapat komen kat blog mu. huhuhu...

mel, masihkah kau ingin buat entri pasal aku lagi? kalau ya? informkan aku dan aku sukacitanya mensign autograph kat bahu mu untuk kau puja dan cintai. manatau ada berkat? (astaghfirullah, macam ayah pin pula aku).

ok, dah la. aku puas membodek kat sini. nak membodek tempat orang lain plak. arieza, sik da aiskrim untuk kamek makai? hehehe...

p/s: kaki amat sakit kerana silat. huhuhu...

KELEMAHAN



"HAHAHAHAHAHAHAHA"

1221 steps! adedeh... senak perutku menahan ketawa. hampir nak terkentut da ni. aku suka dengan post mu yang [ini]. bukan bermakna aku tak suka dengan post mu yang sebelumnya. suka! tapi, post mu ini membuat aku ketawa tak henti-henti. memang kau la yang baik hati, pandai memikat hati (ops?), dan pandai membuat orang ketawa. (ceh, ayat membodek ni). lain kali, buat la entri pasal aku lagi ya. suka i tau. hehehe...

oklah. aku nak buka topik serius sikit. aku nak bercerita pasal kelemahan. ya, kelemahan. setiap orang ada kelemahan. tak ada orang yang tiada kelemahan. tak kecualinya dengan aku. aku akui aku ada kelemahan yang banyak. dari segi percakapan, ya, slanga sabah aku sering membuat orang tak faham. malah, agak kedengaran jelek lagi sehinggakan selalu diejek. tidak apa, asal mereka mengejek bahagia, aku tak kisah. dah memang itu kelemahan aku. namun, jangan melampaui batas ya. aku ingatkan!

kadang-kadang kelemahan sering menimbulkan kenegatifan dalam diri seseorang. contohnya, aku mempunyai kelemahan seperti mempunyai bisul kat pipi yang hampir pecah. contoh sahaja ok! bukan real. aku tak mempunyai bisul kat mana-mana pun.

na, kalau kamu, sanggup kah kamu mendekatkan diri kepada aku yang mempunyai bisul yang hampir pecah itu? tidak bukan? malah, menjarakkan diri sekilometer jauhnya. konon-kononnya takut bisul tu pecah dan kena muka korang yang cantik dan hensem itu. dan ketika itulah aku berkata;

"sial punya kawan. mentang-mentang lah aku punya bisul kat pipi, korang tak nak dekat dengan aku lagi ya? tunggu kamu. sumpah kamu ada bisul kat dahi."

nah, ada kenegatifan terpancar kat situ bukan? siap menyumpah lagi. apa? kamu kata tidak menyumpah macam begitu? tipulah beb. aku tak percaya. tapi, kalau kamu betul tidak akan berkata sebegitu atau yang sespesis dengannya, aku salute kamu. memang kamu lah insan paling penyabar dan baik hati.

mengenai kelemahan ini juga, aku sebenarnya nak tahu apa tindakan kamu dalam menangani kelemahan kamu. aku nak tahu juga cara kamu menangani kelemahan kamu. jangan kedekut ok? kata otai blogger;

"sharing is caring"
p/s: AJL kali ni kurang best. thanks to ally, faizal, dan cheryl kerana berjaya membuat perutku senak menahan ketawa. hehehe...



Sunday, January 10, 2010

[khas] Ribbon khas untuk blogger semua - Blogger, We Care


Salam semua.
Ini adalah suatu entri khas. Entri yang mungkin menyaksikan sejauh mana komitmen blogger semua untuk memperlihatkan kepada semua bahawa blogger adalah orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang ditulisnya.

Kita bertanggungjawab terhadap rakan-rakan blogger kita samada dalam keadaan susah dan senang. Kita adalah blogger prihatin terhadap rakan-rakan blogger, terhadap masyarakat dan kepada negara.

Terpanggil kepada permasalahan en. megat, 'TANGISAN AKU, ISTERI DAN ANAK-ANAK' ,saya meminta semua blogger di Malaysia meletakkan ribbon diatas di blog masing-masing sebagai tanda kita prihatin.

Maklumat lanjut, sila click pada ribbon diatas. [sini]

Boleh juga click pada Denaihati untuk memberi sumbangan dalam bentuk dana click yang Denaihati kumpul.


p/s : aku amat-amat terharu. huhuhu....



Saturday, January 9, 2010

SEMANGAT YANG HILANG


sejak kebelakangan ini, semangat berblogging ku amat-amat lah ciput sekali. idea tiada dan nak menulis kat entri ini pun susah. kena garu kepala sampai berkudis barulah ada semangat nak tulis entri ini.

entah la. sejak aku meninggalkan blog ku ini selama sebulan dahulu, semangat blog itu memang la hilang. nak tulis "click u, click me back" kat blog orang lain pun payah, ni kan pulak nak baca dan post komen kat entri orang. huhuhuhu....

setakat ini, otak ku terbayang-bayang assignment yang belum lagi aku buat. sem lalu tak pulak begini. malah, siap copy paste dari kawan-kawan lagi. buat last minit kan? hehehe... maybe la, ini petunjuk aku akan dapat pointer 3.5 keatas kot. kerana itu aku terbayang-bayang assignment yang aku tak buat lagi.

namun, bila melihat blog kawan-kawan yang lain, mereka semua meningkat naik malah meninggalkan aku jauh kebelakang. dan aku pula? makin jatuh sebagaimana jatuhnya titanic ke dasar lautan. sesiapa? tolong naikkan aku kembali? huhuhuhu...

tidak mengapa. semangat berblogging ku ini akan kembali juga. maybe aku kena bertapa kat gua dulu barula semangat berblog kembali. heh...

p/s: hbz, aku belum siap lagi jawab tag mu. huhuhuhu...

Wednesday, January 6, 2010

AKU NAK UPDATE LAGI. BOLEH KAN?


sebenarnya... sebelum... ini.... aku..... tiada.... semangat.... nak... buat... blog... lagi... namun... bila... 1221steps... berkata...


"faisal (bukan nama sebenar), kau tau earning nuffnang ku berapa?"

"berapalah?"

"teka"

"mmm... ntah. seratus kot"

"hehehehehehehe..."

"ah?! (mata sepet jadi bulat terus)"


huhuhu... aku amat CEMBURU! cemburu dengan berita itu. huhuhu... aku pun nak juga dapat earning begitu. nak juga dapat ratusan ringgit. nak ribuan ringgit. tolong aku? please? aku nak kaya cepat. nak kahwin cepat. ek? hahaha...

oleh kerana aku nak earning macam begitu, semangat berblogging ku membuak-buak semula. hatiku berdebar-debar dan jantungku berdegup pantas. tangan ku mula kegatalan dan ingin menaip. bukan melancap ok? dan seterusnya menjamah keyboard untuk mengatakan,

AKU NAK UPDATE LAGI. BOLEH KAN?

p/s : minggu ni aku bahagia. hehehe....

Tuesday, January 5, 2010

I AM BACK

have fun, do not hurt people, do not accept defeat and strive to be happy. i like this word. really... if all people do all the instruction like in the picture, world peace forever i think. hehehe...

gambar ini entah aku dapat darimana tapi aku betul-betul gembira dapat melihat gambar ini. kepada pembuat gambar ini, aku minta maaf banyak-banyak la ya kerana mengambil gambar ini tanpa kebenaran. sama juga dengan maria ozawa. minta maaf ya maria. hahaha...

seperti yang aku katakan sebulan lalu, aku hanya akan mengupdate blog aku ini setelah habis cuti. maknanya aku mengotakan janji. kan? kan? hehehe... kepada pengunjung blog ku ini (kalau ada la. hehehe), terima kasih yag tak terhingga kerana menjenguk blog ku. kalau sudi, jenguk la lagi ya. kalau selalu jenguk, aku belanja skyjuice. nak?

p/s: apa perbezaan embedded computing dengan traditional computing? huhuhu...