Sunday, February 21, 2010

ART OF FIGHTING


ketika aku sekolah menengah dulu, aku sering diperlekeh kan. sering di permainkan. sering direndahkan. ketika itu, keyakinan diri yang ada pada ku menghampiri kosong. serasa ingin bunuh diri. rasanya... ketika itu, tekanan sekeliling amat menyesakkan. menyakitkan kepala dan minda ku. membuat aku sering berfikir setiap detik, setiap saat.

saat aku yang hampir tak waras itu, aku menemui satu seni. seni yang menimbulkan kembali keyakinan diri aku. menimbulkan kembali keghairahan ku. untuk berjuang semestinya. seni itu, bagi aku, amat indah dan lengkap. ia mengajar bagaimana hendak mengawal, membendung, menggunakan emosi dan fikiran yang ada dalam diri aku. art of fighting, art yang menghidupkan jiwa ku kembali.

aku mula diperkenalkan seni mempertahankan diri ini ketika aku berada di tingkatan tiga. pertama sekali, silat gayung kupelajari. tapi, ini tak bertahan lama kerana guru silat kami ditukarkan ke sekolah lain. itu satu kehilangan besar. silat gayung tak dapat diteruskan lagi.

setelah itu, aku mula berkenal-kenalan dengan taekwondo. ketika itu, ya, aku amat noob sekali. sentiasa terjatuh ketika membuat turning kick. sentiasa tersasar ketika membuat backtrust kick. hal itu sering membuat aku putus asa. mula mempersetankan seni ini. tapi, bila difikirkan kembali, jatuh itu, tersasar itu, bukan alasan untuk terus jatuh dan mengalah. sepatutnya, jatuh dan tersasar itu menjadi dorongan untuk kita bangun dan terus berjuang kembali. never give up! kata orang la.

ketika itu, keyakinan diri meningkat dan aku mula berani memperjuangkan hak aku. aku mula tak gentar dengan sesiapa. bukan mengatakan aku berlagak hebat, tapi, keberanian mula bercambah dalam diri. ketika itu juga, aku bernai mendongakkan wajah ku, bertentangan mata dengan sesiapa dan mengatakan, "aku tak takut!".

bila aku memasuki alam universiti, silat pula menerobos jiwa ku. bagiku, silat ini mengajak aku meneroka environment yang baru. yang unik. yang bagi ku, kurasa amat cool sekali. betulkan aku sekiranya aku silap wahai mahaguru-mahaguru yang ada disana. silat agak berbeza dengan taekwondo. bagi aku, silat lebih tenang dan banyak menggunakan akal berbanding dengan taekwondo yang memerlukan kekuatan dan kelajuan. dalam taekwondo, siapa lebih laju dan kuat, dia menang. silat pula, bagi aku, siapa lagi tenang dan cepat berfikir dan buat keputusan, dia menang.

banyak pengalaman yang aku dapat dari upsi hari tu. pengalaman bagaimana hendak mengawal emosi, menggunakan kekuatan yang sepatutnya, dan paling penting sekali, bagaimana nak menggunakan akal dengan sebaik-baiknya dalam tempoh masa yang agak terhad. maaflah dalam post ku ini, aku mencarut panjang lebar. kalau ada blogger-blogger@pesilat yang baca post ku ini, aku alu-alukan sebarang pandangan or teguran dari anda mengenai post ku ni.

p/s: jari masih sakit lagi. sendi bengkak?

14 comments:

black_mel said...

bagus la ko dah sedar....manfaatkanlah ilmu di hari tua...silat khazanah melayu...

longbow said...

well... aku pun pernah mengalami zaman gelap mcm tuh...

fareda said...

wee..silat gayong kat SMSLD ke bro?? :D
best jgk silat nie..aq pn dah jatuh cinta ngn silat masa mula2 masuk ari tu..
berguna jgk wlupun aq nie pompuan..:)

Arieza said...

wah bgs bgs.. mmg pun silat tu penuh seni.. sebab silat punye kekuatan is pada akal fikiran.. mmg betul :)

juanghidup said...

na, makanya... mari ikut aku pg silat. hehehe...

juanghidup said...

ya meh?

juanghidup said...

uiks? bks smsld ka? memang beguna pun. aku amat syorkan kpd kaum pmpuan ni. btul...

juanghidup said...

aku stuju ko pasal ini. kali ni tak senget ya? hehehe

Arieza said...

haha aku mane penah senget pun :p ko je yg senget :p

fareda said...

uiks jgk balik..haha..
ya la. ko senior aq setahun. aq ni x glamour jd mesti x d knl. haha..
tp aq masuk silat pn dkt u jgk..best2

juanghidup said...

teda2. kita sm2 senget. hehehe...

juanghidup said...

hahaha... sm la kita. aq pun x glamer. bgus2! jumpa junior yg ble di sekeh. hehehe...

fareda said...

wa..sukati ja nak sekeh org. ko sekeh aq pnggl bodyguard suh backup..ehehe

juanghidup said...

tk takut pun. hehehe...