Sunday, February 21, 2010

ART OF FIGHTING


ketika aku sekolah menengah dulu, aku sering diperlekeh kan. sering di permainkan. sering direndahkan. ketika itu, keyakinan diri yang ada pada ku menghampiri kosong. serasa ingin bunuh diri. rasanya... ketika itu, tekanan sekeliling amat menyesakkan. menyakitkan kepala dan minda ku. membuat aku sering berfikir setiap detik, setiap saat.

saat aku yang hampir tak waras itu, aku menemui satu seni. seni yang menimbulkan kembali keyakinan diri aku. menimbulkan kembali keghairahan ku. untuk berjuang semestinya. seni itu, bagi aku, amat indah dan lengkap. ia mengajar bagaimana hendak mengawal, membendung, menggunakan emosi dan fikiran yang ada dalam diri aku. art of fighting, art yang menghidupkan jiwa ku kembali.

aku mula diperkenalkan seni mempertahankan diri ini ketika aku berada di tingkatan tiga. pertama sekali, silat gayung kupelajari. tapi, ini tak bertahan lama kerana guru silat kami ditukarkan ke sekolah lain. itu satu kehilangan besar. silat gayung tak dapat diteruskan lagi.

setelah itu, aku mula berkenal-kenalan dengan taekwondo. ketika itu, ya, aku amat noob sekali. sentiasa terjatuh ketika membuat turning kick. sentiasa tersasar ketika membuat backtrust kick. hal itu sering membuat aku putus asa. mula mempersetankan seni ini. tapi, bila difikirkan kembali, jatuh itu, tersasar itu, bukan alasan untuk terus jatuh dan mengalah. sepatutnya, jatuh dan tersasar itu menjadi dorongan untuk kita bangun dan terus berjuang kembali. never give up! kata orang la.

ketika itu, keyakinan diri meningkat dan aku mula berani memperjuangkan hak aku. aku mula tak gentar dengan sesiapa. bukan mengatakan aku berlagak hebat, tapi, keberanian mula bercambah dalam diri. ketika itu juga, aku bernai mendongakkan wajah ku, bertentangan mata dengan sesiapa dan mengatakan, "aku tak takut!".

bila aku memasuki alam universiti, silat pula menerobos jiwa ku. bagiku, silat ini mengajak aku meneroka environment yang baru. yang unik. yang bagi ku, kurasa amat cool sekali. betulkan aku sekiranya aku silap wahai mahaguru-mahaguru yang ada disana. silat agak berbeza dengan taekwondo. bagi aku, silat lebih tenang dan banyak menggunakan akal berbanding dengan taekwondo yang memerlukan kekuatan dan kelajuan. dalam taekwondo, siapa lebih laju dan kuat, dia menang. silat pula, bagi aku, siapa lagi tenang dan cepat berfikir dan buat keputusan, dia menang.

banyak pengalaman yang aku dapat dari upsi hari tu. pengalaman bagaimana hendak mengawal emosi, menggunakan kekuatan yang sepatutnya, dan paling penting sekali, bagaimana nak menggunakan akal dengan sebaik-baiknya dalam tempoh masa yang agak terhad. maaflah dalam post ku ini, aku mencarut panjang lebar. kalau ada blogger-blogger@pesilat yang baca post ku ini, aku alu-alukan sebarang pandangan or teguran dari anda mengenai post ku ni.

p/s: jari masih sakit lagi. sendi bengkak?

Thursday, February 18, 2010

NUTRITIOUS


"Doctor, I become puzzled now about my eating habits. Why ah, I just take two meals per day but my weight still above the baseline for my ideal weight?"

"Why? What's wrong? What u eat? How? When? Bla bla bla...."

Di atas merupakan ringkasan senario yg berlaku d satu tmpat yg d rahsiakan hehe... tp ni cerita benar tau, xda tipu punya....pcayalahh...

Ok, dalam kes ni, sorang patient mengadu ngan nutritionist pasal pemakanannya. ni aku explain dalam bahasa pasar ja la supaya sng d fahami, lgpun aku xpndai wat ayat skema kecuali dalam exam hihi...

Gini, ada org yg mkn melantak bagai nak rak tp org ni x jugak gemuk2, kurus gitu ja. Ya meh? cuba cek kolesterol nya, msti tnggi 2.. cek punya cek, level kolesterol nya ok ja pun, paras yg cantik lg tuh... wei korang x jeles ka ngan spesies gini ni? ke mana hilangnya nutrient yg dia makan? adakah perut makhuk ni byk cacing? mesti gemuk gedempol babat cacing tu kan. atau mmg genetik dia ni kurus? atau ini, atau itu, apa2 ja lah alasan, tp apa yg aku nak membebel cni ialah tntg bila time2 yg plg sesuai utk kita mkn...

Pabila kita makan, amboi, ikut sedap kta jak kan, layan selera ja, amboi, manyak santik muka lu, pa jd ngan perut kita 2? cian dia, da la makanan yg dia terima berketul2, mcm hancur x hancur ja, jenuh dia memproses ketulan mknan 2 tau, ish3...

Perut kita ni umpama blender. ok, aku cerita pasal perut manusia k, bkn perut haiwan len, 2 aku lum kaji lg, silap fakta nt habis aku d belasah uhuk3.. tau blender? pa fgsinya? menghancurkan, bukan? hehehe benda alah ni ja la yg aku jumpa plg sesuai jd model prut kta yg cun ini...

Aku nak tnya korang, korag ni ambk breakfast x? owh, ambik ja, tp x mkn la ya? ish3...hehe, xpa. prut ni plg aktif bekerja dalam kul 6am-9.59am. Ni dia da jadik blender yg besar, mama blender. So, try 2 take ur breakfast adequately, x kisah la, yg pntg heavy meal. capati ka, bread 3 keping ka, mee goreng pun ok gak ;) sb prut kta time pg2 mmg tough, within this period, our stomach really physically active hehehe...(blender saiz L)

Pastu, lunch our kita mkan ka atau xya pun ble gak, prut kita x kisah pown, dun worry. Our exactly lunch time is 12pm-2.59pm. time ni prut kita ibarat blender saiz medium, makan la ngan moderate, dorg stil bleh proses mknan...(blender saiz M)

Hah, ni dia, dinner time, ish3 prut kita da mengecik, jd baby blender da. jgn mkn yg terlalu heavy, ckup2la utk mengalas perut. the best duration for our dinner is from 6pm-3/4 hours b4 ZZzzzzzz....... dinner kta jz mkn light meal, jgn berat sgt sb prut kita da jd lembap cam ciput..(blender saiz S)

Eh, jd, le la mkan kerepek ni? alah, camna ni, da la 2 mkanan fevret aku! hehehe jap, jgn melatah dulu, in between breakfast, lunch n dinner, bleh la amek makanan sampingan yg bersaiz 'Extra Small', cam biskut oreo, kerepek, kuih karipap sebijik pun jadilah, kecian korang nt ada plak yg kebulur...(blender saiz XS)

Time perut XS ni, jgn mkn yg mlampau2 tau, sb makanan yg still ada kat dlm prut ni lum habis di proses. Klu mkn yg mlmpau2, mkanan yg lum d proses tu akan d simpan sbgai lemak. hah, 2 yg wat kita boroi tuh, kahkahkah...

nah, cuba atur masa mkn korang ngan betul. Mkn 6x sehari pun susah nak gemuk tau, tp wat la senaman jugak...hehe. Ni breakfast, meal yg plg penting jugak la yg korang slalu miss. yala, mcm2 alasan, bgn lwt, mlas lah, skt perut lah, asal breakfast ja mst berak pastu, waduh3... mcm2 alasan ya? padan muka korang. try la, train ckit, blajar ambk breakfast k! Chaiyo! slamat mncuba....klu korang mkin gemuk, jgn marah aku ek...ngahahaha...

Wednesday, February 17, 2010

HAI?


Hai kepada semua dan selamat bergembira dengan cuti sempena CNY ni. Ada yg dpt cuti lama, ada yg jap ja, malah ada jugak yg menambah2 cuti. ni yg selaluu student wat, almaklumlah, xpuas cuti, belum puas dapat main kata budak2. belum hbs round2 bandar, kampung dan sebagainya hehe...

Cni nak kongsi sedikit cerita, hmm yg agaknya terdapat sedikit pengajaran, chewah! ;p aku ni pun, pantang d bagi cuti, memang aku gunakan cuti ni sebaik2 nya, tidur sungguh2, bejalan sungguh2, main sungguh2, makan sungguh2. yala, klu time skol ni susah ckit nak wat benda2 d atas ni ngan sungguh2, aish...hehe..time cuti ni la jugak dpt berjoli ngan kwn2 lama. Nah, apa lg, merayau sana sini mcm xpenah kluar menjenguk dunia luar tempurung la katakan.

Di sebabkan xda transport nak pergi memantul sana sini, apa yg amat3 penting adalah public transport. LRT, KTM, Putra, Monorail, teksi, MetroBus, Rapid KL dan sepupu sepapatnya yg len hehe. Trimas kepada ngkorang yg mencipta benda2 ni, senang hidup manusia yg hidup merayap d muka bumi ini.

Gini, adala 1 malam 2 kan, balik lewat, yala, merayau hingga ke bucu2 KL ni mana la sedar masa berlalu kan, huh... xdala malam sgt, masih muda lg malam 2, aron 8pm, nek la taxi p balik rumah. aku berdua ngan kawanku time 2, dlm taxi tu adala sorang awek cun mengecun tahap gaban, ceh skali d tengok, senior aku rupanya, kitorang balik la skali.

Dlm pjalanan, driver 2 x on pun meter tambang. Nak tanya, muka pacik 2 monyok semacam ja, x jadi aku tanya, maybe dia ada pblem ngan bini dia, who cares? hahak...smpai ja d rumah, aku bagi dia not 10, baki RM2. Huina, tekezzzuuuuttt gila nak mampos, mahalnya, yala jarak rumah xdala jauh sgt, mmg xberbaloi tambang RM8, b4 dis it's jz cost less than RM5. ngan rm8 tu ble beli 3ketul roti john tau...

X puas hati, aku try ckp bgs2 ngan pacik 2, alasan pacik 2 mmg x masuk dek akal, tau pa alasannya? da lewat malam. Pehh! apa ni pacik, mmg tkluar dr protokol nih! tp aku malas la nak cari pasal ngan org tua nih, aku anggap ja 2 'rezeki' dia, n atas dasar hormat.

Pd pndpt aku la kan, pacik 2 tau kami ni student, cekik darah plak tuh! Aku geram tul lah. Itulah, dr aku kecik lg d pesan, 1x kita wat baik ngan org, 10x jugak dorang mendoakan yg baik2 utk kita. 1x org wat yg x molek, 10x kita d kutuk. ntahla, nyampah plak aku ngan org yg ambik ksmpatan ni atas ksmpitan org len. cari rezeki yg halal tetapi dengan cara yg menyeleweng. x kisahla melayang RM8 pun tp agak2 lah, kena follow d right way... bukan ikut sedap rasa ja. Fuh, emosi nih..

Saturday, February 6, 2010

MENCARUT YANG MELAMPAU


aku akui aku mempunyai daya ingatan yang amat teruk. aku tak dapat hafal satu apa pun walau ujian akan berlangsung kira-kira 4 jam. mula dari sekarang ni. huhuhuhu... operating system? huh... kenapa la tak banyak koding dalam operating system. huhuhu...

fakta... fakta... fakta... banyak betul nak dihafal. makin aku baca dan menghafal, makin juling mata aku dibuatnya. sudahla sepet, makin sepet lagi. adeh.... kalau aku abaikan ujian ni boleh tak? korang sokong? or korang bantah? mindaku tepu dah ni. aku bukannya adi wira yang mampu menjawab soalan matematik gila punya susah macam makan kacang jak. bukan... aku hanya macho. itu aku akui. hahahaha...

aku stress! aku nak mencarut lagi. kau tau tak pluto da jadi merah? kau peduli? mesti tak peduli kan? or tau tak ada naga muncul kat sungai serawak? apa kau kisah bukan? kau tau aku ada baju? aah. aku ada. nak? tak payah. beli sendiri.

ARRGGGGGHHH!!!!

p/s:3 days to go...

Thursday, February 4, 2010

BOLEH AKU TUMBUK MUKA KAMU SEKALI?


agak-agak kamu la kan, macamana nak handle orang yang selalu buat kamu sakit hati? tumbuk muka dia secara tiba-tiba? tendang muka dia? sabotaj dia? sakit kan hati dia kembali? or pendam dalam hati? ini sekadar pertanyaan dan tidak berkaitan pun dengan mana-mana benda hidup sekarang ni. heh...

aku sebenarnya malas nak berblogging ni. ntah kenapa. bukan nya aku kebosanan atau kekeringan idea. bukan dan bukan sama sekali. cuma, entahla. belum datang seru untuk berblogging kembali. ok la. aku tak nak cakap panjang. kalau boleh, berikan lah pandangan mengenai persoalan ku diatas ya. sudahlah. aku malas nak merepek.

p/s: upsi, here i come!