Saturday, October 31, 2009

AKSI TERLAMPAU


aku melakukan aksi terlampau hari ini. entah kenapa akal ku, badan ku, jiwaku, terangsang untuk melakukan aksi terlampau. betul. aku melakukan aksi terlampau yang korang sendiri pun akan sanggup buat kalau korang berada dalam situasi ku.

tapi, aku bukan lah seperti maria ozawa (ceh, kaitkan dia ni lagi. ) yang melakukan aksi terlampau yang melampau-lampau. aku juga bukan lah ahli politik yang sanggup melakukan aksi terlampau untuk mendapatkan majoriti undi. sorry, i'm not that type, ok?

"aish, apa yang ko mengarut ni juang hidup?"

mesti korang cakap gitu kan? hahaha.. aku memang mengarut pun sebenarnya. aksi terlampau? ish, xdalah. paling-paling pun aksi terlampau yang aku buat, tak tidur semalaman hanya untuk klik iklan nuffnang korang semua. jadi, untuk tidak memepersiakan aksi terlampau aku, klik iklan nuffnang aku ya. hehehe...

oh ya, kerana selasa ini, aku akan memulakan paper exam ku yang pertama, aku mungkin tak dapat meng'update'kan blog ku ini. walaupun aku tak meng'update', please, do visit me again and click my nuffnang and i will click you back. i'm promise.

p/s : bapaku konvo dua minggu lagi. anaknya?

Friday, October 30, 2009

MARIA OZAWA HANGAT


pa kaitan maria ozawa dengan post ku kali ni? adakah aku ingin memulakan post yang berbaur lucah? ataupun memaparkan video 3gp melayu yang sedang hangat berpaparan didalam internet sekarang ni? ataupun bercerita tentang cerita seru indonesia? hehehe... no... no... no... tidak sama sekali. walaupun aku tak memakai kopiah dan jarang pergi masjid, aku tak kan sesekali post yang berbaurkan lucah. tak nak aku mengumpulkan dosa pasal korang baca entri lucah aku.

aku ni sbenarnya nak meningkatkn SEO ku jak. tapi, aku ni pun kurang paham pasal SEO ni. ish, rugi jak jadi pelajar IT ni. satu pun tak tau. isk... pada taiko-taiko blog kat sana seperti x-po, siggplus, atau sesiapa la ba. tolong tunjuk ajar k. mana tau aku pun boleh jadi taiko blog? hehehe...

sekarang ni pun musim exam. masing-masing da biul dengan nota yang berkepil-kepil tu. menghafal pun bukan main lagi. time aku sekolah menengah dulu, ada yang sanggup bakar nota, ambil habuknya, dicampurkan dalam air. aku tanyala kenapa mereka wat begitu. mereka pun berkata;

"kalau kita minum habuk nota ni, nanti senang hafal nota."

"aa?"

samada aku ketinggalan zaman ataupun mereka ni dah gila dek nota yang banyak nak dihafal. hahaha...

sementara masih ada peluang, kepada semua mahasiswa-mahasiswi unversiti, aku ucapkan selamat menduduki perperiksaan. jangan hampakan harapan orang tua kita tau. orang tua kita mesti mau kita berjaya dan cemerlang kan? na, makanya, sama-sama la kita memerah otak k.

p/s: sesiapa yang nak nuffnag nya diklik, tinggalkan komen dan link blog anda skali ya. trimas..


Thursday, October 29, 2009

NUFFNANG OH NUFFNANG


post ku kali ni mengenai NUFFNANG yang sedang hangat di kalangan blogger kali ni. rata-rata blog mempunyai nuffnang nya tersendiri. aku pun pada mulanya tak berminat dengan nuffnang ni. tapi, setelah merantau kat blog-blog lain, barulah mula timbul minat kat nuffnang ni.

Nuffnang.com is Asia-Pacific’s first and leading blog advertising community.

Our online platform allows advertisers to serve graphic or video based advertisements onto more than 100,000 blogs hosted on various platforms.

Nuffnang.com currently has offices in 4 countries, Singapore, Malaysia, Philippines and Australia.


seriusly, nuffnang ni bukan sahaja memberi aku duit, tapi juga dapat mengeratkan silaturrahim antara aku dengan blogger lain. betul tak hbz? hehehe... stakat ni earning ku belum cukup untuk mengeluarkan cek, tapi, i'allah, kalau korang semua klik nuffnang aku, dapatlah aku keluarkan cek tu nanti. hehehe...

p/s : aq dengar catcheye.com pun mula gempak. ble join x?

Wednesday, October 28, 2009

BUDAK =KEJATUHAN LIVERPOOL= MINTA MAAF

AP File photo

"It was me,"

"I'm the one who did it. I'm the one caught on camera. I'm so, so sorry. This is my worst, worst nightmare."

itulah yang dikatakan oleh Callum Campbell, seorang budak 16 tahun yang juga merupakan peminat liverpool setelah dia menyebabkan kekalahan liverpool kepada sunderland 1-0. kerana tindakannya itu juga, callum mengalami trauma dan yang lebih teruknya lagi, callum menerima ugutan bunuh melalui internet. amat menakutkan juga. yala, ugutan bunuh kerana bolasepak. ish3... kerana ugutan bunuh itu, callum tak keluar dari rumahnya selama 2 hari. kecian2..

"I'm really, really sorry it happened like it did.

"It's bad enough when Liverpool lose, like in a normal way, but this was just one big disaster.

"It would have taken someone a couple of seconds to move it away, or put a foot on it and flatten it, but nobody bothered. And then it started to roll about. Just at the wrong moment.

"But I accept I shouldn't have thrown it on to the pitch in the first place."

pengajarannya, tangan jangan gatal sangat nak pukul bola, lempar mercun atau sebagainya. semoga kau selamat la ya callum. nak tahu lebih lanjut, sila copy link ni.

"http://sport.malaysia.msn.com/article.aspx?cp-documentid=3670322&page=2"

p/s: sepa nak aku blanja makan tghari? cepat datang jumpa aku sebelum jam 2.22 pm

Tuesday, October 27, 2009

AKU SUKA MEMUKUL DINDING



hehehe... betul, aku amat suka pukul dinding. memang best. tapi, bukan dengan tangan la. aku pukul pakai raket skuasy. best yang teramat eh.

aku mula mempelajari sukan skuasy ni ketika aku berada di kolej matrikulasi dulu. mulanya, aku kurang berminat dengan sukan ini kerana sukan ni kurang penontonnya. kurang cewek-cowok menengok. hehehe... yalah, buat apa nak tengok orang main bola lantun kat dinding? ganjil betul. untuk first impression aku, aku anggap orang yang main skuasy ni orang tak siuman. hahaha...

tapi, oleh kerana nafsuku yang agak membuak-buak untuk mewakili kolej matrikulasi, aku pun mencubalah sukan skuasy ni. nak pilih sukan lain, takda pula. badminton dan olahraga dah penuh tempat, taekwondo dan ragbi plak tidak dihantar oleh kolej ku. alasan, coach yang melatih takda dan kolej risau sukan tersebut akan mencederakan pelajar. apakah?

pertama kali aku memegang raket skuasy tu, memang ganjil gila la. bolanya? bola yang paling ganjil sekali pernah aku main. bolanya ibarat getah untuk ikat tapau tu, diikat banyak-banyak dan dijadikan gumpalan. kalau dijatuhkan ke tanah, hanya melantun sekali dua sahaja. macamana nak pukul? huhuhu...

tapi, dek kegigihan dan kehandalan aku (cewah? hahaha..), dapatla juga aku menguasai sukan skuasy ni. ketika itu juga, aku mengubah persepsi dan pandangan ku mengenai skuasy ni. bagi korang yang diluar sana, andai ada fikiran dan pandangan serong mengenai sukan skuasy, ataupun mengatakan

"ala, simple la men skuasy ni. stakat pukul dinding, kacang ba tu."

"Nicol david? kalah dia tu kalau aku lawan dia."

ada lebih baik korang cuba dahulu sukan ini. barulah korang tau tinggi rendahnya korang nanti. aku berani katakan, orang yang expert dan menguasai sukan skuasy ni, staminanya hampir sama dengan stamina kuda. betul... percayala..



sepanjang pengalaman ku, sukan skuasy la yang paling memuaskan hati dan tenaga ku. apa tidaknya, habis main jak, aku boleh jamin aku boleh memenuhkan botol air dengan peluh yang aku perah dari bajuku. memang letih dan amat-amat memuaskan. bagi sesiapa yang nak menguruskan badan, aku rekomenkan korang main skuasy. aku jamin berat badan korang turun dengan mendadak sekali. sebelum aku mengenali dan bermain skuasy, saiz pinggang ku around 35 begitu. tapi, setelah bermain skuasy, saiz pinggang ku mengecil hingga saiz 32. terpulang kepada anda sama ada nak percaya atau tidak. yang penting aku da beritahu.

aku sebenarnya nak beritahu lebih lanjut mengenai skuasy tapi kawan-kawan ku menarik aku pergi berperang. DOTA PLIZ? hehehe...


p/s: tgk tv3 td, cmna la jambatan gantung tu boleh runtuh? ganjil2..


Sunday, October 25, 2009

LECTURER ADUH LECTURER



aduhai... berserabut betul otak ku ni memikirkan ujian malam besok yang bakal aku duduki. ujian graphic programming merupakan ujian yang agak tough bagi aku yang ber'IQ' sederhana ini. lagi aku serabut, lecturer berkata ada banyak pengiraan yang masuk dan lecturer sendiri berkata

"test kali ni susah. hehehe..."

aku sebenarnya nak mengeluh pasal lecturer ku yang seorang ini. bukan nak menghentam dia tapi, aku sebagai student, dan anda di luar sana sebagai student, ada hak untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati terhadap servis atau pengajaran yang diberikan.

aku betul-betul tak puas hati dengan lecturer ku itu. kenapa? kerana pengajaran yang sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. masuk kuliah lambat dari student dan habiskan kelas sejam lebih awal dari masa yang ditetapkan. tapi, habis awal tu merupakan kelegaan bagi kami semua (student-student dalam kuliah) kerana kuliah nya betul-betul tak ada input yang boleh kami pelajari dan diaplikasikan. memang sungguh 'useless' dan 'wasting time and effort'.

aku lebih suka lecturer yang marah-marah kepada student yang tak menumpukan perhatian dalam kuliah kerana ini menunjukkan lecturer itu benar-benar ingin menyampaikan pengetahuan yang dia ada kepada pelajarnya. bak kata pepatah :

"marah itu tandanya sayang"

jadi, perhatian kepada bakal-bakal lecturer dan guru-guru sekalian. anda dijadikan sebagai pendidik adalah untuk membimbing pelajar supaya lebih berkeupayaan, berpendidikan, dan berketerampilan. sekiranya anda mengamalkan sikap seperti lecturer ku ni, akan lahir lebih ramai seperti aku ini yang akan melahirkan ketidakpuashatian terhadap anda.

bagi sesiapa yang tersingung ataupun terasa dengan entri ku ini, aku memohon maaf. tapi, tanpa teguran, tiada kemajuan.

"fikir dengan akal, hayati dengan hati"

Friday, October 23, 2009

AKHIRNYA SIAP


salam semua... maaf la kerana lama tak meng'update'kan blog ku yang tak seberapa ini. sejak akhir-akhir ini, asignment datang berlambak sehinggakan ketika bermimpi pun, masih lagi mencari idea nak siapkan asignment.

pagi ini, genap jam 6 pagi, siaplah asignment ku mengenai graphic programming. walaupun mata dah bengkak dan hitam macam panda, namun, syukur alhamdulillah kerana perjuangan ku da selesai. bagi bab asignment la. hehehe...

hurmm... aku tulis entri pendek lagi kali ni kerana aku kena bersiap pergi kuliah. lagipun, kena cepat-cepat naik bas. kalau tak, hye2 bye2 la. huhuhu...

p/s: udara subuh memang amat menyegarkan. hmmmm....

Saturday, October 17, 2009

TOTENG



"saya nak pergi summit, berapa?"


"rm2.50 lo, aiya, bas tak lalu situ"

"ah? tak lalu ya?"

"yala, tak lalu. lu tekan toteng la"

"ah?"

"tak tau toteng ka?"


situasi di atas berlaku pagi tadi. aku ketika itu silap naik bas. aku sepatutnya naik bas cosway tapi ternaik pula bas johore ntah pa lagi namanya tu. kelam kabut la katakan. hahaha...

percuma aku kena 'sound' oleh apek tu. aku mana la tau pa maksud toteng2 tu. bila dia tunjuk atas (dengan muka kencang. brrr...), barula aku paham. rupanya, apek tu suruh tekan loceng. suruh bas tu berhenti. aku pun tekan la loceng tu. dengan selamba, turun la aku dari bas tu walaupun ramai orang memandang. hahaha...

pengajaran yang aku dapat:

1. bila nak naik bas tu, pastikan betul-betul samada bas tu ikut laluan yang korang nak.

2. kalau apek bercakap dengan anda di dalam bas, pastikan telinga anda di implan kan bersama kuali untuk menambahkan lagi decibel suara apek tersebut.

3. kalau da malu tu, pastikan anda buat muka tembok cina k.

TOTENG... TOTENG....TOTENG....

p/s: aku makan piza tadi dan hmmm.... kurang sedap. huhuhu...

Wednesday, October 14, 2009

APA YANG PATUT AKU BUAT DENGAN ORANG SEBEGINI?


"jam berapa diorang janji pagi tadi?"

"diorang janji jam 8.30."

"uik, jam brapa da ni? jam 9.00 dah. diorang nak buat perbincangan ka tak ni?"



aku dan kawan ku da sampai lokasi perbincangan pada jam 8.20 pm dan kami berdua sabar jak menanti. aku bukan nak mengamalkan anticisim ataupun racist tapi orang-orang yang sedang kami tunggu adalah PEREMPUAN!

aku betul-betul bengang dengan kelewatan itu. aku boleh terima lagi kalau lewat 15 minit, tapi ini lewat 30 minit! tak boleh ka menepati masa? aku hairan betul. bukan sekali, tapi berkali-kali. dan jawapan setiap kali diminta beri penjelasan kenapa lewat ialah,


"maaf, kitaorang lupa"

"datang awal buat pa?"


adede, nak ku sekeh jak kepala diorang satu-satu. pendapat korang la, APA YANG PATUT AKU BUAT DENGAN ORANG SEBEGINI?


Tuesday, October 13, 2009

aku nak tegur perempuan tutup aurat tp, bagaimana?


persoalan yang timbul di benakku, bagaimana aku nak tegur perempuan supaya tutup aurat? persoalan ini timbul selepas mendengar pembentangan dalam kelas pengajian islam yang membincangkan tentag aurat wanita.

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang, (menggoda, nipis, ketat, seksi, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat), rambut mereka laksana goh-goh unta (didedahkan dan dibanggakan). sungguh, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.

-hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim-


dalam pembentangan itu juga, kumpulan tersebut mengedarkan artikel dan ada perenggan dalam artikel itu yang ingin ku kongsikan kepada pembaca.

kaum wanita juga perlu menyedari bahawa dengan mendedahkan auratnya, (berpakaian sendat, jeans ketat di punggung, terdedah rambutnya dll), setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali memandang. tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya.

astaghfirullah... alangkah beratnya dosa si wanita tu kelak bila membuka auratnya di khalayak ramai. tak dapat ku bayangkan betapa azab siksaan yang akan si wanita tu peroleh. hmmm...

berbalik kepada tajuk entri ku diatas, AKU NAK TEGUR PEREMPUAN TUTUP AURAT TP, BAGAIMANA?

p/s: aku terbaca mengenai pelajar maki pengetua hari ini. aduhai, apa nak jadi dengan pelajar zaman sekarang ni. tingkatan 4 tu. hmmm....

Friday, October 9, 2009

Angry? or not angry?


what is angry actually? actually angry or Anger is:

an emotional state that may range from minor irritation to intense rage. The physical effects of anger include increased heart rate, blood pressure, and levels of adrenaline and noradrenaline. Some view anger as part of the fight or flight brain response to the perceived threat of harm.

everyone will angry. u are cheating if u say u never feel angry to anyone. animal also had their anger. not believe? take a cat and then stand on its tail. i am sure that cat will scratch u!

actually, i posting this entry not because i angry. i am angry only if u do not click my advertise. hahaha... i posting this entry because i want to angry. i try to angry but i stopped. why? this is because, when i angry, i fell like i want to make the person die! oh!

but, i want to angry! anyone? can u give me suggestions on how to angry to persons without making a harmful or violence act?

p/s: entri ku kali ni guna english pulak. sebagai persediaan alam pekerjaan la kononnya. hehehe....


Thursday, October 8, 2009

Jangan panik ancaman perang ke atas Malaysia


itulah yang diperkatakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam Berita Harian Online hari ini. katanya lagi,

"Kita harus pastikan sama maklumat itu benar atau tidak. Janganlah mudah sangat terpengaruh... rujuklah pada polis dulu sebelum membuat apa-apa kesimpulan. Polis ada kepakaran dalam bidang pemantauan, risikan dan siasatan berhubung perkara sebegini. Kita harap rakyat tidak cepat melatah. Tiada apa perlu dibimbangkan kerana anggota kita di seluruh negara sentiasa bersedia menghadapi apa saja bentuk ancaman. Yang penting, kita mahu rakyat hidup selesa dan rasa selamat,"

Ancaman perang tersebut sebenarnya dibuat oleh BENDERA yang kononnya mereka akan menghantar ahli-ahli dengan bersenjatakan buluh runcing dan pedang samurai ke Malaysia dan melancarkan 'perang'.

bagiku, ancaman itu adalah ancaman seekor semut kepada gajah. sudah la kecik, nak mengancam si besar pula. bukan nak egokan negara sendiri. tapi, agak-agak la. dari segi peralatan pun dah kalah, mcmna nak lancarkan 'perang'? budak kecil sendiri pun tahu hakikat tu.

BENDERA, daripada korang terhegeh-hegeh nak beperang dengan MALAYSIA, ada lebih baik korang tolong saudara-saudara kita kat Padang tu. lagi berpahala dan berfaedah.

"fikir dengan akal, hayati dengan hati"

CONSTRUCTION...


maafkan aku diatas kesulitan yang dialami sepanjang anda berkunjung ke blog ini. blog ku dalam proses pembikinan semula dan maybe beroperasi sepenuhnya dalam 2-3 hari lagi. hehehe...

p/s: Di Australia, doktor nya dicadangkan meminum 8 gelas kopi agar mereka boleh fokus kepada kerja mereka. aku baca lagi, mereka bekerja 80 jam tanpa henti. wah???

"Alhamdulillah"

syukur alhamdulillah... aku kini da sembuh sepenuhnya walaupun tekak ni seperti loya semacam jak. syukur alhamdulillah jugak aku takla menghidapi selesema H1N1 dan hanya la demam biasa jak. fuh...

sekarang pun, tangan masih ringan lagi untuk menaip entri padahal asignment seolah-olah berteriak memanggil aku untuk menyiapkannya. maybe, kalau mereka asignment ku ni da kaki dan tangan, truk aku dibelasah oleh asignments ku ni. hehehe...

sekarang lagi, aku masih berfikir-fikir nak post pa entri seterusnya. entri mengenai percintaan? persahabatan? tragedi? kasih sayang? pelik? paranormal? dan sebagainya? yang mana satu ya?

p/s: aku terbaca surat khabar baru-baru ni. kapal terbang TUDM yang bertugas mengangkut barangan bantuan bagi mangsa gempa dan tsunami di Padang dilempar batu oleh segelintir penduduk Padang. bodohnya mereka?

Saturday, October 3, 2009

"AKU KENA H1N1 ???"



AAARRRRGGGHHHH!!! huhuhu... malangnya aku kali ni. mana tak nya, balik-balik jak ke kediaman Melewar, aku mengalami demam. bukan setakat itu, kerongkong ku mula berasa gatal dan asyik batuk jak. huhuhu... semuanya sindrom H1N1. kalau bukan pun, ILI. huhuhu...

sial betul. aku nak lepas geram di sini bha ni. bagus-bagus sihat walafiat, balik-balik jak dapat penyakit. aku tak minta pun. aih.... rumahku pun da satu positif H1N1. itupun aku tau selepas satu hari bersama ngan kawanku tu. bangang betul.

PERHATIAN KAWAN-KAWAN KU SEMUA!

KLU ANDA MULA DEMAM DAN MENGALAMI SINDROM H1N1, PLIZ, PEGI CHECK NGAN DOKTOR TERUS. JANGAN SIMPAN-SIMPAN. JANGAN TREP KUAT LA KONONNYA DAPAT TAHAN SAKIT. ARWAH NANTI BARU TAU.

maaf la klu da tersinggung dengan entri ku. aku amat benci sakit dan kalu boleh nak mengelaknya. i'allah, besok aku pegi pusat kesihatan universiti. takda orang nak hantar, biar aku jalan kaki. aku xnak mati awal. blum kahwin lagi ni...