Friday, October 29, 2010

Dia




setelah beberapa purnama kejohanan silat kat kulai tu melabuhkan tirainya, dia masih sakit lagi. puas aku belai, urut, minyakkan, selimutkan dia dengan penuh kasih sayang. tapi, dia masih tidak sembuh. namun, syukur juga, sakit dia tak seperti dulu. dah tak mengerang lagi.


mungkin, salah aku, paksa dia sangat. dah nak sembuh, aku masih paksa dia buat kerja berat. namun, aku tau, dia bukan selemah itu. aku tau dia boleh. aku tau kemampuan dia. aku tau, biar dia sakit begitu, dia masih mampu. mampu untuk buat apa sahaja. dia ada kesungguhan. aku yakin dengan itu. aku yakin dengan dia sangat-sangat.

tak mengapa. hari ini, aku tak ketemukan dia dengan pujaan hatinya. pujaan hatinya yang selalu dia sentuh, pijak-pijak, peluk-peluk, tendang-tendang. kalau aku temukan dia juga, aku pasti, dia akan sakit kembali. tak mengapa. biarlah dia merindui pujaan hatinya.biar dia sengsara dengan kerinduan itu. bila dia dah sembuh kelak, hahaha, pastinya pujaan hatinya itu tak kan lepas dari dakapannya. aku pasti!

kaki kiriku, cepatlah sembuh. kita tendang lagi pujaan hatimu yang hitam legam itu ya? cepatlah...

3 comments:

huda vs ran said...
This comment has been removed by the author.
huda vs ran said...

meh aku tolong sembuhkn tendang2 kaki kau tu..hihihi
jgn pksa sgt kaki tu..t bentan..

juanghidup said...

try la klu nk kena k.o. hehehe...
ok. pksa lg kaki tu. :P