Monday, October 4, 2010

kejohanan pencak silat antarabangsa 2010 piala timbalan perdana menteri


amat lama rasanya aku tak update blog aku ni. memang lama dan selalu begitu. bila tangan ringan nak menulis, sepuluh minit kemudian, idea lesap entah kemana. alangkah malang bagi orang yang mudah lupa ni kan? huhuhuhu...

seminggu yang lalu, aku telah menyertai satu pertandingan yang ku kira amat besar. besar dari apa yang pernah aku sertai sebelum ini. malah, pertandingan ini disiairkan oleh surat khabar lg. fufufu... tapi, yang malangnya, muka ku tak terpampang pun kat surat khabar tu. kawan-kawan ku adalah. jeles. huhuhu...

kejohanan pencak silat antarabangsa 2010 piala timbalan perdana menteri. agak grand juga nama tu kan? aku ketika pertama kali mendengarnya, agak terkesima juga. yala, aku telah menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa tu. gembira gila la. hahaha...

ketika kejohanan itu berlangsung, aku dan teman-teman seperjuangan silat ku menginap kat mercure resort. nama full resort tu aku lupa la. huhuhu... fuh... gila grand bilik dia. tapi, yang suwey ngan aku ni, aku tak suka katil yang empuk sangat-sangat. entah la. aku lagi prefer katil yang tak keras n tak juga lembut sangat. katil yang empuk tu pun jenis queen bed. jadi, agak gay pula aku rasa tidur berduaan dengan teman sebilik ku. nasib baik ada tilam di sedia bawah queen bed tu. kalau tak, seram gila la tidur berdua dengan lelaki. kalau perempuan takpa jugak. ek? hahaha...


 hahaha... agak ' kemas ' juga kn bilik ni?

kejohanan tu berlangsung kat ioi mall, kulai, johor. mall yang ku kira, mmm, hehehe, agak sunyi berbanding dengan summit or BP mall. entahla. itu apa yang aku rasa, bagi korang, aku tak tahu plak. tapi, memang sunyi. huhuhu... tapi, yang bestnya, kontinjen kami duduk berhampiran dengan gerai yang dijaga oleh seorang amoi. pergh, wa cakap lu, amoi tu seksi gila wa cakap lu. nasib baik gua iman tebal sikit dari nafsu gua. kalau tak, ntah apa kan jadi ngan amoi tu. dunia-dunia. ish3...

takpa, abaikan amoi tu. sebelum aku terlupa, aku teruskan dengan cerita kejohanan tu ya? sepanjang aku menyertai kejohanan tu, aku telah sparring sebanyak 4 kali. alhamdulillah, perlawanan ke 4 tu, merupakan final bagi kategori aku. tapi, final itu juga merupakan kekalahan terburuk bagi aku. aku kalah bukan dengan kiraan mata, tapi, dengan K.O. aduh... sepanjang hidup aku menyertai martial arts, tak pernah lagi aku di K.O kan oleh orang. malah, aku sendiri yang buat orang K.O adalah. kini, baru aku paham perasaan orang kena K.O. huhuhu...

ketika final, dan masuk round ke 3, kiraan mata aku agak kurang daripada lawan ku. malah, aku telah dijatuhkan sebanyak 4 kali ketika itu. jadi, peluang untuk aku tebus mata hanya round ke 3 tu. tapi, agak malang, mind state ku agak celaru ketika itu. dan permainan memang robust gila. tak seperti perlawanan ku yang sebelum ini. dan yang beruntung sangat-sangat ketika tu, lawan ku la. aku akui, dia memang bijak dan memanipulasi pergerakan ku. shit betul. huhuhu...

aku K.O ketika round ke 3 tu la. malah, aku K.O ketika beberapa saat lagi sebelum perlawanan di hentikan. huhuhu... pada ketika itu, aku dalam posisi 'eject'. ku kira, bila aku eject dengan tumbukan kiri, aku pasti aku dapat curi point dari lawanku tu. tapi, ternyata aku silap, aku terlupa dengan frasa yang aku pelajari dari coach ku,

"tengok satu, lihat semua"

memang kesilapan besar ketika aku eject tu. rupa-rupanya, lawan ku dah bersedia nak buat gunting or ntah la. sapuan maybe. dan, aku betul-betul tidak perasan tindakannya tu. bila aku eject tumbukan kiri ku dan menuju kedepan, dengan serta merta dia gunting or sapu kaki kiri ku. ya allah... kakinya memang batu. kedua-dua kakinya mengepit kaki kiri ku dan terus menjatuhkan aku. aku jatuh agak sadis juga time tu. jatuh meniarap. kepitan kedua-dua kaki  nya dan disertakan sekali matress sebagai alasnya kat kaki kiri membuat ku nak berteriak kuat-kuat. ya allah.. sakit tak terkira ku rasa time tu.

bayangkan, dekat lima saat juga aku terbaring begitu menahan sakit kat kaki kiri. namun, aku betul-betul berterima kasih kepada pasukan silat aku. mereka semua menjerit berulang kali,

"faisal, bangun faisal! bangun!"

haih... hati ku betul-betul gembira sangat (walaupun kaki sakit yang amat sangat...) kerana diorang tetap menyokong sebegitu rupa walapun aku dah jatuh beberapa kali. dengan semangat yang pasukan aku berikan, aku betul-betul berusaha bangun untuk meruskan pertandingan. tapi, aih... kaki ku betul-betul tak mengizinkan ketika itu. malah, ketika aku bangun pun, kaki kiri ku gegar gila yamg amat sangat. kesakitannya? hanya allah sahaja yang tahu betapa sakitnya kaki kiri ku ketika itu. 

aku berjaya berdiri (dengan kaki kiri yang bergegar dan sakit yang amat...) tapi, aih, ketika itu la, aku sedar, aku dah tak mampu dah meneruskannya. sempat aku lihat coach ku memegang tuala putih. coach memandang aku ketika itu, dan aku tahu, dari matanya, dia bertanya, 

"nak teruskan lagi?"

keputusan yang paling berat pernah aku buat. aku isyarat kepadanya,

"coach, maafkan saya, tidak..."

dan selesai jak dia lempar kain putih tu, aku jatuh melutut. kekecewaan yang amat sangat melanda diri aku. kecewa sangat-sangat hingga aku termenangis. ya, aku menangis kerana aku tidak dapat menghabiskan pertandingan dengan sempurna serta aku kalah. aku amat-amat kecewa sekali...

sudahla. tiba-tiba pula aku tak bersemangat nak teruskan cerita ni. ditambahkan lagi sakit kaki kiri ku ni yang masih berdenyut-denyut, aku berhenti la dulu. sesiapa yang sudi membaca post aku yang panjang lebar ni, terima kasih yang tak terkira ku ucapkan. yala, aku ni bukannya pandai bercerita sangat, tapi, sudi juga korang baca sampai habis. terima kasih tak tehingga ku ucapkan... adios...

4 comments:

dayangredzuan said...

we know u can do it more than that...
lepas ni same2 kite buru emas k faisal..

juanghidup said...

ok. train harder lps ni. nk counter gunting plak. huh...

black_mel said...

xpa..lps ni cuba lagi...bila nak celebrate blanja kami2 kfc ni?;)

juanghidup said...

hahaha... lps dpt lesen motor kot. ble ba kn? hehehe...