Sunday, January 23, 2011

emak yang sangat-sangat "pandai"


aku ada cerita lagi yang nak dikongsikan dalam blog ni. cerita ni cerita benar dan aku tegaskan, aku tidak menokok tambah apa yang akan aku ceritakan.

pada waktu tu, aku masih ingat lagi. jam casio ku menunjukkan jam 5.45 petang. cuaca memang baik dan memang seronok buat aktiviti beriadah waktu tu. jadi, aku pun mengajak kawan-kawan ku main futsal (dengan paksaaan. hahaha..).

ketika kawan-kawan ku bersiap-siap, aku yang dah memang siap awal lagi terus menuju ke padang (padahal padang berturap tar. adeh..) futsal dan rancangan ku nak joging 5 minit dulu. tapi, sampai jak aku kat padang tu, ku nampak couple tengah dating bhampiran dengan padang tu. couple tu tgh duduk diatas motor. si jantan duduk belakang, si betina duduk depan. memang mesra la aku tengok. 

aku pada mulanya tak kisah. biarlah diorang. hal diorang. aku pun sbenarnya malas nak ambil tahu hal orang lain. aku pun meneruskan joging ku tu sambil melihat couple ni bermesra-mesraan. tapi, tidak lama kemudian, aku mula rasa annoying. yang si jantan ni sekejap-sekejap peluk si betina. ramas lagi. aku rasa annoying betul. hey, aku ada kat situ kot. tak kan mereka tak ada sekelumit perasaan malu kot? kalau dah gersang sangat pun, jangan la buat kat public. yang lagi aku annoying sangat, melayu beb! adoi-adoi.. malu betul aku tengok.

tak mengapa. aku abaikan. jangan kacau dorang. pedulilah. aku teruskan lagi joging ku. dekat 3 minit aku jog, aku melihat satu scene yang betul-betul mengacau perasaan. scene cium mulut. pergh... ini betul-betul annoying dan menggeramkan. aku tak tahan lagi dah. aku berhenti joging dan terus pergi jumpa couple tu.

"woi, boleh korang dating tempat lain tak?"

habis cakap jak aku terus sambung balik joging. aku tak nak berdiri lama di situ kerana aku jenis cepat meruap. tak nak jadi apa-apa. huhuhu... tak lama selepas aku tegur tu, aku dengar bunyi motor dihidupkan. si betina berambus. si jantan pula balik ke rumahnya. (rumah nya berdepan dengan rumah sewa ku.)
 
selepas tu, kawan-kawan ku datang. kami pun mula main futsal. ketika aku dengan kawan-kawan ku main futsal tu, si jantan datang dengan kawannya. aku sebenarnya dah tau apa tujuan jantan tu datang tapi ah.. abaikan. mungkin kawan-kawan ku ramai ketika tu, si jantan tu tak berani jumpa aku direct. (actually aku tak kisah pun. kalau berani sangat, meh 1 on 1),. si jantan tu jumpa dengan kawan ku. si jantan tu cakap la sesuatu dengan kawanku tapi aku tak dengar sangat kerana aku main futsal. selepas si jantan tu habis bercakap dengan kawanku, si jantan tu pun balik ke rumahnya dengan kawannya.

aku pun terus jumpa dengan kawanku dan tanya kenapa? kawan ku cakap kat aku yang si jantan tu marah dengan aku kerana aku malukan aku depan awek dia. si jantan tu cakap lagi, dia tak buat apa-apa pun. pergh.. aku betul-betul terkejut mendengar kata-kata kawanku tu. aku memalukan dia? dia tak buat apa-apa? 

kau dating sambil cemolot kat public begitu tak memalukan kah? kau buat scene macam begitu kau cakap kau tak buat apa-apa? kau bodoh ka apa? otak letak kat mana? lutut? ish..

yang aku terkilan sangat-sangat, emak budak tu. aku rasa dia lah emak yang paling "pandai" sekali dalam dunia ni. kenapa? kerana dia sokong sangat setiap tindakan anaknya. ketika kawan ku nak pergi ke padang futsal, kawanku sempat dengar dari emak budak tu,
"jangan tumbuk sudahlah."

what the hell? emak apakah ni? "pandai" sangat. sebagai manusia yang ada akal fikiran, tau baik buruk, apa kah maksud di sebalik kata-kata emak budak itu? bagi aku, ayat tu jak menunjukkan yang emak budak ni percaya seratus peratus apa yang anak dia cakap yang anak dia tak buat apa-apa langsung. ok, correct me if i am wrong. it is right to dating with hot scene in public? it is right to make kissing scene although they are still dont engaged yet? please correct me if i am wrong there.

aih.. kalau semua parent macam begini, tak hairan la banyak terbabit dengan kes juvana. kes pembuangan anak. kes mat rempit, kes dadah dan sebagainya. ini lah puncanya. parent yang "pandai" sangat dan mempercayai seratus peratus anaknya tanpa usul periksa. 

ok lah. end of the story there. i know that i am not perfect but i had my right to tell them that was wrong right? if that situation happen to you? what should you do? are telling them to get away or just chill and doing nothing? you choose...

p/s: kadang-kadang, aku malu mengaku aku melayu.

Friday, January 14, 2011

aku dan bekam

sepanjang 2 minggu ni, aku dan team silat yang lain asyik menjalani latihan setiap petang. walaupun tidak semua ahli tapi tak mengapa. lagipun latihan yang kami adakan bukanlah latihan wajib. kalau latihan wajib, masak mereka kena oleh coach. hehehe...

tapi, yang buat "suew" sekarang ni adalah kakiku. adoi.. sakit terseliuh kena sapuan ketika di kulai hari tu masih lagi terasa. malah, sakitnya amat merisaukan aku sehinggakan aku hampir memutuskan untuk bersara daripada silat. yala, fikir masa hadapan juga kan? tapi, bila fikir-fikir balik, agak rugi juga. yala, ketika di universiti ini lah, peluang bermain, bersparring (hehehehe), wujud. aku pasti, selepas dapat kerja nanti, pasti peluang sebegini tak wujud. huhuhu...

ketika itu juga, aku dengan seraya nya berkata,

"ah! persetankan semua itu! kakimu masih boleh sembuh. pergi cari ubat. huh!"

aku ambil kunci motor dan terus pergi ke ekspo yang kebetulan masih dibuka berhampiran tempat aku tinggal. setahu aku, ada tempat mengurut di situ. kalau tak silap aku, pusat rawatan cinta namanya. melalui "first impression" ku, aku sangkakan pusat rawatan cinta ini hanya untuk orang yang putus cinta atau yang mengalami masalah. tak sangka pula tempat ni untuk mengurut dan berbekam. hahaha.. dats is my first impression, ok?

ketika aku menjenguk ke dalam pusat rawatan cinta itu (actually khemah), ada seorang abang di situ. aku nak gelar pakcik tapi ish, takut tersinggung plak dia. jadi ,better aku panggil dia abang. di sini jugak, baru aku tersedar, 


"don't judge a book by its cover."

aku sangkakan abang ini garang kerana mukanya agak keras, garang, dan tak senyum. tapi, sangkaan ku betul-betul meleset. rupa-rupanya abang ni amat peramah. seriously say, peramah sangat di sebalik wajahnya yang agak garang. hahaha...

jadi, pot...pet...pot...pet... abang itupun setuju mengurut kakiku yang terseliuh. tapi, better aku bagi tengok bahagian kakiku yang injured tu supaya korang lagi jelas dimana abang itu urut. na, kalau nak tengok, tengok. kalau tak nak tengok, tak payah tengok. aku tak paksa. 


oh.. kaki kesayangan aku...


nampak biru-biru tu? hahaha... itulah kesan dari silat olahraga yang aku ikut hari itu. nasib baik aku dapat pingat, kalau tak, kesian kakiku terpaksa jadi begini. huhuhu... 

ketika abang urut tu, adoi..adoi...adoi!!!! sakit bang oi! sakit sangat sampai semua badan ku kejang bila abang tu urut kaki ku. ketika abang tu urut kat bawah buku lali tu, adoi... kalau aku dibenarkan teriak, aku teriak. sakit sangat. huhuhu... ada lebih kurang setengah jam juga la aku menahan sakit kena urut tu. tapi, selepas dia urut, kakiku dah kurang sakit berbanding dulu. betul-betul berkurangan. gembira betul la aku ketika tu. tapi, tiba-tiba abang tu berkata,

"kaki mu ni perlu bekam ni. banyak angin abg tengok."

"oh? kalau begitu, bekam jak la bang. asalkan kaki boleh sembuh."

apabila aku cakap begitu, abang itu terus ambil peralatan bekamnya. korang tau juga kan apa itu bekam? jadi, tak payah la aku cakap pasal alat bekam ni. kalau nak tau juga, tu hah.. tanya pakcik goggle. dia banyak tau. ok, kembali semula kepada abang dengan alat bekamnya. dia pun bekam di sekitar buku laliku. abang tu cadangkan 4 cup kat situ dan aku follow jer. janji kaki tak sakit lagi.

bila dia bekam jak kakiku, pergh.. aku betul-betul terkejut tengok darah yang keluar. (actually, darah itu terkeluar pasal kulit tu dihiris dengan pisau gillete. tak dalam juga. dun worry. hahaha...) banyak sangat sampai hampir setengah cup dipenuhi darah. fufufu...


1 minit pertama...
 
 


10 minit kemudian...



selepas cup dibuka. macam puding kan? hahaha.. (kepada yang tak suka tengok darah, sorry...)


banyak darah keluar bukan? hahaha... nampak macam kabus dalam cup tu? itu adalah angin yang diserap keluar oleh cup tu. kata abang tu, makin hitam darah yang keluar, makin kronik penyakit orang tu. fuh... nasib baik tak hitam sangat. kalau hitam, alahai, muda-muda dah berpenyakit. huhuhu....

selepas habis proses berbekam tu, kaki ku makin kurang rasa sakitnya. malah, terasa ringan lagi. aku amat-amat berterima kasih kat abang tu. you are the pro bro! salute you! hehehe... sekarang, aku dah boleh jumping dah. kalau tak, huh... nak terberak pun ada kalau nak jumping. huhuhu..

ok lah. panjang lebar pula aku tulis kali ni. pedulilah.. yang penting dapat cerita. hehehe...

Monday, January 10, 2011

aku penat sangat bersabar

hey..hey...hey... aku update lg blog aku yang dah bersawang sangat-sangat ni. banyak sangat aku nak cerita tapi of course bukan semua korang baca nanti kan? so, tak payah cerita panjang-panjang. aku sendiri pun tak suka baca post org yang panjang-panjang ni. hahaha... 

perkara pertama yang aku nak cerita ialah AJL25 yang dah selesai tadi. OMG! SERIOUSLY BORING! ANYONE AGREE WITH ME? adoiyai... bukan aku nak kata aku pakar tapi adoi, cameraman, ur camera angle was suck man! u balik-balik view dari jauh buat apa? omg! ingat tv kitaorang ada lensa zoom yang boleh adjust ka? adoi-adoi... lagi satu yang aku kureng dlm ajl ni, fesyen. oh yuna... why? why?? WHY??? kenapa baju mu malam ni? omg! better pakai macam dulu yuna. lg cantik. lg sweet. ceh, macam yuna nak baca blog aku. hahaha...

perkara kedua aku nak cerita, malam ini kesabaran ku amat-amat tercabar. darah betul-betul meresap kat otak. kudrat semua mula terkumpul kat otot-otot. pelbagai kata-kata membisik,

"weh, tak payah ko sabar. bagi jak budak tu. rugi jak ko ada silat. buang bakul la silat ko tu oi."

"ala, dia malukan ko begitu? ko nak macam dulu ka? dihina-hina? pukul jak. tak payah cakap-cakap. tyme sekolah menengah pun macam gtu, tyme universiti ni pun ko di anjing-anjing jgk? "

"itulah ko, dulu ko backup dia sangat. kan ko dah kena balik. tak guna ko backup orang macam gtu. dia bukan kawan ko."

"adoi, kau ni pengecut la. sampai bila ko nak bersabar ni?"

aih... kalau aku ikut kata-kata ni, aku tak tau la apa yang terjadi. maybe aku dah masuk penjara kot. yala, benda macam begini kalau dah disimpan lama-lama, ditahan-tahan, amat buruk padahnya kalau tak dapat tahan lagi. ya, aku berani kata, andai aku tak sabar dah. aku tak akan teragak-agak. aku akan pastikan engkau menderita. ya, banyak caranya. tak payah guna kata-kata koz aku tak pandai berkata-kata ni. bagi aku, kudrat selesaikan semuanya!

sabar.. sabar... sabar... adeh... banyak kali dah aku bersabar. berapa kali lagi aku nak bersabar ni? aku bersabar setiap kali aku diejek. aku bersabar setiap kali aku diperlekehkan. aku bersabar setiap kali aku direndah-rendahkan. aku bersabar setiap kali aku di permainkan. 

HEY? SAMPAI BILA NAK BERSABAR NI SIAL!!!
SELAMA INI PERNAH AKU SAKITKAN HATI KO? PERNAH AKU CAKAP KO ANJING BABI SIAL DAN SEUMPAMANYA? PERNAH KO DENGAR AKU RENDAH-RENDAHKAN KO? PERNAH DENGAR AKU EJEK-EJEK KO BILA KO TERSASUL ATAU EXCITED CAKAP? ADA? PERNAH AKU CAKAP MUKA KO MACAM SAMPAH?  WTF IS WRONG WITH YOU??? U ARE MY FRIEND AND RESPECT ME CAN? I GREATLY RESPECT U FRIEND.  I KNOW U WILL READ THIS. I'M SURE YOU WILL READ. PLZZ.. I CANT STAND CHILL AFTER THIS. SERIOUSLY I CANT. 

inilah padahnya kepada orang yang terlalu sangat bersabar. kepala selalu dipijak-pijak. maruah selalu disampahkan. nah engkau, sabar la lagi. sabr la engkau selalu. ala, kau tu kan boleh dipjiak-pijak, diperlekehkan, direndah-rendahkan. sabar la lagi. tak mengapa, kawan ko jugak. sabar jak. FUCK YOU!

aih.. aku dengar perkataan sabar lagi. ok.. bersabar balik. lets go to zero again. start new day and new zero. ya, dan aku akan bersabar lagi besok. dan lusa. dan seterusnya.. adoi.. and silent moment come to me again.. again.. again...

p/s : sabar lagi? hmmm...