BELLINGHAM: Pekerja di sebuah kedai harga patut di Washington cedera ditumbuk seorang lelaki, apabila dia menegurnya berikutan bau peluhnya terlalu kuat.
Akhbar The Bellingham Herald yang memetik kenyataan jurucakap polis Mark Young, sebagai berkata ramai pengunjung mengadu kepada pekerja berkenaan mereka ‘sesak nafas’ ketika lelaki terbabit berada di kedai itu.
“Pekerja itu menemui lelaki itu yang kembali ke kedai itu keesokan harinya, tetapi lelaki itu tiba-tiba menumbuknya” katanya. – AP
aku tertarik dengan macam-macam yang dikeluarkan oleh berita harian ni. pelbagai kes yang memang macam-macam dan menarik. hahaha... agak kesian juga lelaki yang kena tumbuk tu ya? yala, dia hanya nak menjalankan tugasnya, tapi, penumbuk yang diterima. harap-harap la lelaki tu tumbuk balik orang yang bau peluh kuat tu. baru adil namanya. hehehe...
tak sangka kan, bau peluh boleh jadi sekuat begitu. tambahan pula cuaca sekarang ni yang agak 'sejuk', mesti lah makin berpeluh. makin berpeluh, makin berbau. ya tak? bila makin berbau, mesti menimbulkan suasana yang kurang selesa kepada keadaan sekeliling.
nak tau tak apa cadangan aku bagaimana nak menghilangkan bau peluh ni? jangan makan makanan segera dan sentiasa bersenam. mengarut bukan? tapi, ia berkesan bagi aku. buat masa sekarang ni, kawan-kawan ku sering mengeluh panas. tapi, aku rasa cool jak. betul! aku tak bohong. adalah berpeluh sikit-sikit, tapi, at least, tak berbau sehingga boleh buat orang sesak nafas. hahaha...
ok, dah. berhenti menaip..