Sunday, November 22, 2009

AKU AMAT SEDIH


ya, aku amat sedih. sedih sangat-sangat. aku dah banyak kali berusaha. berusaha sangat-sangat. tapi, masih lagi, aku bersedih. huhuhu... seseorang? tolong aku hilangkan kesedihan ini?

aku sedih pasal aku tak dapat CONNECT INTERNET dan secara langsungnya, aku tak dapat reply KOMEN-KOMEN KORANG semua. huhuhu... betul-betul sedih. kalau la aku ni jadi orang kuning digi itu kan bagus? boleh la aku connect internet dimana-mana jak. kalau boleh, dalam air pun aku nak connect. hehehe...

nasib baik la malam ini, di hari menjelang aidiladha ini, aku betul-betul bersyukur dapat connect internet semula. jadi, di kesempatan ini, hehehe, aku nak minta maaf la ya kerana aku tak dapat reply komen korang semua. i'allah, dalam masa terdekat ni, aku update dan reply komen anak-anak semua. eh, silap, kawan-kawan semua. hehehe... adios!

Thursday, November 19, 2009

CERITA GADIS DAN LELAKI


"ish, kata menyepi sebulan. ni apasal ada lagi ni. sudah beli broadband ka? "

hehehe... sorilah. memang hari tu aku cakap yang aku akan menyepi sebulan. tapi, oleh kerana aku ni merindui korang sangat-sangat, aku sanggup berkorban tenaga mencari line untuk update blog ku. semua untuk korang tau. makanya, korang harus menghargai pengorbanan ku, ok? klik nuff ku ya.

na, aku nak buka isu lg ni. tp, taknak la kondem pmpuan smata-mata. nanti, tak berbini pula aku. huhuhu... bagi sesiapa yang terlupa, i'm not gay and still like woman. like maria ozawa. tapi, tak nak yang lobos la. hahaha...

wahai perempuan-perempuan yang jelita, ayu dan cumil lote semua, aku nak tanya ni. mana lagi korang prefer, lelaki yang tough ka atau lelaki yang sedang-sedang sahaja. maksud ku yang sedang-sedang sahaja tu ialah boroi. hahaha.. mana satu korang prefer?

"kalau aku, aku nak yang tough. boleh selamatkan aku dari penculik dan perogol."

ok, reason itu boleh diterima. tapi, kalau yang tough itu ditembak atau dibelasah ramai-ramai, boleh ka lagi korang diselamatkan? hmmm?

"aku nak yang cumil-cumil gitu. boroi ccckkit pun takpala. best kalau di peluk. hehehe.."

best ya dipeluk? kalau dah kena kanser dan penyakit pelbagai, mau lagi ka korang peluk dia?

na, aku nak tau pndngn korang semua wahai si gadis2 jelita. bagi kaum adam yg macho-macho dan tampan ni. mcm aku, hehehe, korang pun boleh juga masuk cmpur dalam isu ni. tp kena beritahu kondisi badan korang dulu la. maybe, post ku ni boleh jadi penghubung kasih pengikat setia cinta sejati? hahaha...

Wednesday, November 18, 2009

TUDUNG


baru-baru ni, aku merantau kat site blogger baru. antaranya ialah 1221 steps. heh, boleh tahan juga dia ni. baru-baru sahaja buka blog, sudah ramai orang follow dn klik nuff dia. jeles eh aku. aku dahulu time buka blog pun, tiada seorang pun yang sudi follow dan klik nuff aku. sekarang? alhmdulillah, ramai sudah yang follow dan klik-klik nuff aku. kepada korang semua, korang memang gempak la. mmuuuaaahh!!! hahaha...

ok la. aku nak bentangkan isu panas ni. isu ini berkaitan dengan perempuan. jadi, bagi kaum hawa yang berhati lembut dan cepat pengsan, adalah disarankan oleh aku agar bacalah entri ku yang lain. seperti ini dan ini.

aku nak bercakap pasal tudung korang tu. perempuan jak k. bukan mak nyah. yang itu pergi mampus. huh... memalukan kaum ku jak. bagus-bagus dilahirkan jantan, korang nak jadi betina. bangang punya makhluk.

persetan kan dengan mak nyah tu. sudah-sudah, kita kembali kepada isu asal kita. perempuan dan tudung mereka. aku selalu perhatikan perempuan. pelbagai perempuan aku perhatikan. tapi, aku lebih memerhatikan perempuan bertudung. hehehe...


"memang dasar lelaki. gatal. huh.."


hahaha... memang aku gatal. macamana? tipulah kalau ada lelaki cakap dia tak gatal. semua gatal. percayala. hehehe... aku selalu perhatikan perempuan dengan tudungya. pelbagai jenis tudung yang dipakai. ada yang pakai tudung bawal, tudung ct, tudung mawi, dn tak kurang juga tudung datin. dan tak kurang juga dari sudut pemakaian tudung tersebut. pasal pemakaian ini lah, aku nak tanya perempuan yg memakai tudung ni. apa tujuan korang pakai tudung?

"ish, itu pun tak tau ka? tutup aurat la."

ya, itu aku tahu wahai gadis-gadis jelita. tapi, selain dari itu, boleh aku tau tujuan selain dari itu? tak faham? oklah, sebagai contoh, apa tujuan kita berak? of course, untuk membuang segala najis-najis yang terkumpul kat perut boroi, eh, tak, perut cumil tu. tujuan yang lain juga, dengan berak, korang pastinya akan sihat dan tidak kentut merata-rata, bukan? hehehe.

"na, ada faham?"

jadi, apa tujuan lain selain tutup aurat? kalau bagi aku, tujuan selain dari tutup aurat tu, pemakaian tudung adalah untuk menutup dada-dada yang membonjol tu. itu bg pendapat aku la.

aku akui, sebagai lelaki, mataku memang jalang. lelaki lain pun sama. jangan tipu. kalau adapun, aku salute lelaki itu. memang kau feminine. hehehe... untuk pengetahuan kaum hawa(bagi yang tidak mengetahui la), majoriti mata-mata jalang ni akan tengok dada dulu. btul. percayala cakap aku. nak tau kenapa kes rogol makin banyak sekarang? pasal korang la. tayang dada padahal pakai tudung. siapa tak terangsang?

sorilah, mulutku agk cabul sekarang ni. bagi sesiapa yg tak puas hati ka, atau stuju dengan pendapat ku ka, sila komen aku. maki aku? boleh. dipersilakan. hehehe...

Monday, November 16, 2009

ORANG SEWEL


aku sekarang ni melayan lagu system of down sambil melihat gelagat orang di luar bas. aku ada nampak orang tua, menggoyang kakinya sambil mengurut sebelah kakinya yg kurus sgt. sakit agak nya. ada juga aku lihat lelaki boroi, lg boroi dari aku ok, mundar-mandir depan kaunter bas. kadang-kadang, dia tunjukkn peace kat orang lain. aku perhatikan betul-betul, rupa-rupanya dia sedang minta rokok. adedeh... rasa ku, orang ni sewel agaknya. hampir semua orang dia minta rokok. bukankah sewel namanya tu?

"juang hidup mula mencarut da ni."

mesti itu yang kamu fikir sekarang kan? hehehehe... sebenrnya aku boring ba dalam bas ni. tiba-tiba, keluar pula idea ku nak mncarut. jadi, korang kenalah baca carutan ku ni ya. hahahaha...

hmmm... kadang-kadang dunia ni rasanya tidak adil bukan? yala, ada orng kaya, ada orng miskin. kenapa orng miskin tu tak dikayakan, dimewahkan seperti orang kaya yang lain dan hidup senang sama-sama? alangkah bagusnya kalau semua orng sama sahaja. tiada perbezaan.

tapi, ku rasa itu mustahil bukan? yala, macam lelaki dan perempuan. kalau semua orang dilahirkan lelaki dalam dunia ni, siapa yang nak kahwin dengan kita? aku tak nak jadi maknyah sperti apa yg hbz utarakan tu. dan juga, i'm not gay. huhuhu...

hidup ni penuh dengan warna warni tau. ada suka dan ada duka. bila kita renungkan, kenapa la kita ni dilahirkan sebagai manusia ek? korang tau, bila aku lihat kucing, aku teringin jadi seperti kucing tersebut. kenapa? pasal kucing tu tenang sahaja. bila lapar, pergi tong sampah kedai makan. pasti ada punyala makanan. dan tak perlu bayar sesen pun. kalau nak zuriat, kejar betina, dan hehehehe, korang tau pa sterusnya bukan? tak perlu akad nikah. tak perlu mas kahwin, dan tak perlu bermentua pun! hahaha...

korang, pernah terfikir tak kenapa kita dijadikan manusia? kenapa bukan burung ka, semut ka, kucing ka? na, post ku ni bukan nak menyesatkan orang tau. just nak minta pandangan korang yang cantik dan macho tu. komen, ok? hehehe...

Sunday, November 15, 2009

BYE-BYE SEMUA


aku tahu besok aku akan menghadapi paper terakhir. COMPUTER ARCHITECTURE. tough? yes, it's very tough. besok juga, bermula la era kesunyian blog ku kerana aku yang macho ni tak akan dapat connect internet selama sebulan. huhuhuhuhuhuhuhu...

namun begitu, aku akan cuba berusaha mengupdate kan blog ku ni dengan carutan dan ngomelan aku. setia tau. lepas sebulan, siapa-siapa yang tinggalkan link nya kat blog aku ni, aku dengan sejujur dan sepastinya menekan link anda dan melawat anda sehingga anda muak tengok muka ku. hahaha...

sebelum aku jalan jauh dari kamu semua, aku nak share kepada anda semua khususnya muslimah (auw2 pun boleh. hahaha..) sebuah syair atau puisi yang aku ambil dari pengkomen setia ku. honeyz. thank you honeyz. :P

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan apapun,
biar orang kenal, dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian daripada iman...

sorilah HBZ, top komentor telah jatuh ke tangan honeyz. bersabar la ya. hehehehe...

Saturday, November 14, 2009

FOGGING



"aish, ko ni. pagi-pagi lagi da fogging. bau asap da baju ku ni. "

"ala, takpa la. kan ko ada perfume adidas juga? pakai la banyak-banyak. nanti hilang la baunya tu."

"yala tu. na, kalau aku kena penyakit, ko nak tanggung? "

korang faham tak apa yang diorang cakap ni? kalau korang tak faham, meh aku xplain. sbenarnya perbualan diatas tu diantara aku dan kawan ku yang suka merokok. serius aku tak suka orang merokok didepan aku. bila dia merokok jak, baju ku pun ikut berbau juga. takpa kalau berbau macam ambi pure ka, adidas limited edition ka, ini tidak. bau rokok yang macam bau taik tu.

aku tak tau la kenapa orang suka merokok ni. aku pernah tanya kawan-kawan ku dulu. apalah nikmatnya merokok tu? diorang kata;

"nikmat bro. gua cakap lu, hisap rokok macam berada di heaven"

heaven? heaven kepala otak lu. heaven apa nya kalau hisap sambil memusnahkan diri? sambil menyebarkan penyakit kepada innocent people. like me. hehehe...

aku hairan juga la perokok-perokok ni tau. kat kotak rokok tu, kan sudah dipaparkan segala jenis penyakit yang kronik. bibir hancur, kerongkong berlubang, anak-anak dilahirkan macam anak alien, paru-paru jadi macam penapis vakum tu. hitam legam lagi. macam iklan kempen taknak merokok tu, pompuan tu bercakap ntah bahasa kebenda. kerana? bibirnya hancur dan aku tau ia amat menyakitkan. sedangkan ulser sebiji kat bibir pun da sakit sangat, apatah lagi kalau bibir hancur macam perempuan tu.aduhai, kalau kena salah satu penyakit tu, bukan heaven da tu. itu neraka dunia dah. itu baru kat dunia, kalau kat akhirat nanti? lagi la teruk. berganda-ganda lagi kerana menyebarkan penyakit kat orang lain.

ketika aku kecil, pernah bapaku berkata;

"faisal, kalau bapa tau kau merokok, nahas kau. kau merokok juga, jangan harap kau dapat tinggal kat rumah ni. satu sen pun bapa tak bagi kau kalau kau merokok."

kena warning gitu, korang rasa korang nak merokok lagi tak? kalau aku, konfem aku tak merokok. warning dahsyat tu. huhuhu...

korang perasan tak, badan perokok ni bau masam? bila kawan korang tu habis merokok, cuba korang dekat-dekat dengan kawan korang tu. kalau korang cakap bau badan kawan korang tu harum, memang sah korang la pembodek terlampau. ish3...

aku sebenarnya tak la meng-anti sangat dengan perokok ni. tapi, kalau merokok tu, jangan la didepan aku. aku ni insan tak bersalah. yang korang sebarkan penyakit kat aku apsal? korang nak mampus awal, mampus la. jangan bawa aku sekali. sial betul.

p/s : maybe aku tak online 1 bulan. huhuhu...

Thursday, November 12, 2009

KEGATALAN


wahahahahahaha... yes! gembiranya aku. hanya satu paper lagi untuk aku lanyakkan selepas ni. lepas tu, aku bebas! bebas wa cakap lu. hahaha... yes! yes! yes!!!!

tangan ku mula kegatalan untuk menaip lagi dalam blog ku ni. sebelum ni aku marah. ya, amat marah dan bengang kerana tingkah laku budak-budak sial tu. tapi, tak mengapa. perkara lepas biar lepas. jangan diungkit kisah lama. nak diungkit nanti, ada pula hati yang terluka parah. hmmm...

aku sebenarnya boring ba ni. nak main game, i'm loser. balik-balik kalah dengan HBZ. cis betul. tak boleh ka kau kasih peluang aku menang wahai HBZ? perlukah aku melutut dan berkata:

"wahai puteraku HBZ yang handsome dan macho, izinkan dinda menang game ni boleh tak? "

huhuhu.. nak blogging pula, internet balik-balik disconnect. memang universiti juga ba. tak senang betul tengok aku klik nuffnang orang lain. yala2, nanti aku beli berukband juga. lepas beli, nah.. disconnect la kau memanjang. aku tak kisah. huh...

wahai kawan-kawan ku semua, aku nak beli beruk ni. eh? silap. broadband. korang rasa broadband mana yang bagus ek? aku KEGATALAN nak beli broadband. hehehe...

p/s : nak klik nuffnang lagi.

Tuesday, November 10, 2009

BUDAK-BUDAK SIAL



ok, kali ini aku mengeluarkan post marah. darah ku betul-betul menyirap kali ini. kalau aku jumpa budak-budak sial ni, komfem aku patahkan leher diorang. betul-betul sial dan celaka. serius, aku nak patahkan leher budak-budak sial ni.

aku tak kisah la korang nak buat video apa pun. buatlah video lucah ka, video korang buat aksi terlampau ka, video pasal korang takda duit dan nak minta duit ka, tapi jangan la buat video yang menghina agama orang lain.

woi budak-budak sial, korang bagus-bagus k. semua agama tak pernah mengajar umatnya untuk menghina agama orang lain. tak kirala agama islam ka, agama kristian ka, agama buddha, semuanya tak pernah berkata;

"agama kita hendaklah mengutuk agama orang lain"

budak-budak sial, lebih baik korang diam-diam di rumah dan baca nota. anu masih kecik, jangan pandai-pandai nak sentuh bidang agama orang lain. agama ku, agama islam tak pernah mengajar aku dan umat muslimin dan muslimah lain mengutuk agama lain. jangan buat kesabaran kami hilang budak-budak sial.

aku nasihatkan la kepada semua yang sedang membaca post ku ni. jangan bersikap seperti budak-budak sial ni. buatlah benda yang lebih berfaedah dan membawa kepada kesejahteraan umat. sapu rumah ka, buat kerja sekolah ka, ataupun klik nuffnang ku ni. lagi berfaedah.

PERINGATAN! JANGAN HINA AGAMA ORANG LAIN! HUH....


AKU KENTUT. OPS?


aku nak buat post hari ini. post apa? aku tak tahu nak buat post apa. idea ku amat-amat la kurang hari ini. nak tayang gambar HBZ tidur kat ruang tamu sekarang ni pun tak boleh. nanti aku kena burger oleh dia. huhuhu...

aku nak bercakap pasal post kali ini. aku selalu lawat blog kawan-kawan dan aku nampak ada yang membuat post pendek seperti siggpluss dan post panjang seperti x-po. aku pula? aku suka buat post pendek-pendek dan tegap-tegap. ala sumandak sabah gitu. hahaha...

tak kurang juga aku jumpa post merapu dan marah-marah ini. banyak juga la aku jumpa post begitu. marah kerana cemburu, marah kerana pakwe dirampas, dan ada pula post yang mengada-mengada nak marah. dan aku juga pernah sekali keluarkan post marah-marah seperti post ini. ada juga orang mengeluarkan post meluahkan perasaan tapi aku jarang baca kerana aku risau aku turut melelehkan air mata. isk...

namun, post yang paling aku suka, post yang berunsurkan lawak jenaka. aku suka post-post yang berunsurkan lawak jenaka kerana post begini bukan sahaja buat aku tersenyum, tapi turut membuatkan aku terkentut-kentut menahan ketawa. hahaha.. kredit to siggplus dan murky kerana buat aku terkentut.

okla. malas aku nak menaip. nak belajar pengaturcaraan grafik pula. kredit to my lecturer also because she not teaching us anything but only annoying us. tq madam. huh...

AKU KENTUT. OPS? hehehe... (^.^')

p/s : mcmna nak hilangkan boroi? somebody? save me?

Monday, November 9, 2009

KAMI LAH NUFFNANGERS !


aku baru sahaja menglunyaikan 2 kertas exam hari ini. terima kasih kepada HBZ atas jeritannya, aku dapat menyiapkan paper SADAM ku dengan jayanya. memang la manusia ni kan. orang tengah memerah otak nak berfikir, boleh pula dia menjerit kat luar. nama ku lagi tu. bertuah betul orang ni tau.

tapi, takpa. oleh kerana manusia ini telah menolong aku, maka aku dengan sukacitanya menolong dia balik dengan mempromote rangkaian nuffnangers nya tu (aish, kenapalah aku tolong manusia ni). oleh itu, aku dengan sukacitanya menjemput korang semua bertandang ke tempat HBZ untuk menjadi power rangers. eh? silap. nuffnangers. hehehe...

oklah. aku nak prepare pakaian renang ku ni. nak sertai parti buih siggplus. nak ikut? rasanya tak boleh kot kerana hanya budak-budak keriangan habis exam jak boleh ikut. hehehe...

p/s : hari ini aku riang skali. hahaha...

ONLINE


sekarang baru dapat online. maafla. aku tengah biul sekarang. jam 9 ni ada paper SADAM dan jam 2ptg pula ada paper pengajian islam. dua-dua memerlukan pembacaan yang kerap dan agak membosankan. jadi, kepada sesiapa yang aku tak sempat klik nuffnang nya tu, minta maaf banyak-banyak k. bha, aku sambung study dlu ya. adios!

p/s : setan merah kalah 1-0. huhuhu...

Thursday, November 5, 2009

RENUNGAN


korang pernah tak, tyme jalan-jalan, tak kira lah di dalam hutan ka, di jalan raya ka, didalam kereta ka, atau didalam rumah, korang berasakan korang direnung tajam oleh seseorang? pernah tak?

aku pernah sekali, di rumah sewa ku. tyme tu blackout dan hanya laptop didepan ku sahaja yang menyala. kawan-kawan ku pula semuanya diluar rumah. panas kononnya. aku tak nak kluar kerana aku baring menghadap laptop. malas nak bangun.

around 5 minit selepas blackout tu, kawan-kawan ku berancang nak pergi k-box. aku macam biasalah. xnak ikut koz aku risau kalau aku menyanyi nanti, hujan mencurah-curah turun. huhuhu.... jadi, pergilah kawan-kawan ku meninggalkan aku keseorangan di dalam rumah yang gelap dan sunyi itu.

kalau korang nak tau, rumah sewa tu membelakangkan kebun kelapa sawit. rumah jiran didepan pula sunyi sahaja. maybe da tidur kot. memang sunyi gila la. lilin? takda. hanya laptop dan handphone jadi penerang bilik ku tu.

around 10 minit selepas kawan-kawan ku jalan, bulu roma belakang leherku tiba-tiba meremang ni. serius. aku tak tipu. aku usap leherku, tak juga dapat meredakan keremangan bulu roma ku tu. time tu juga, ada perasaan seolah-olah ada orang merenung belakang ku ni. aku tengok belakang tapi, aish, bulu roma ku meremang makin kuat.

aku bertawakal sahaja la time tu. 'kau' nak ganggu aku, ganggu la. tapi, jangan sakiti aku. nasib baik, tyme tu juga elektrik hidup semula. serta-merta juga perasaan kena renung tu hilang. tengok belakangku, tiada apa-apa. fuh...

na, korang pernah tak alami seperti yang aku alami? aku rasa aku mengalami keadaan yang sama seperti faith.

p/s : aku nak blogwalking tapi perasaan gelisah terhadap exam masih menghantui.. huhuhu...

Wednesday, November 4, 2009

IDEA


aih... susah juga nak cari idea ni. nak post apa? nak share apa? pening dan kepeningan lagi. hari tu, aku ada kata, aku tak akan update blog ku ni dalam beberapa hari. tapi, aku update juga. hahaha... entah la. aku mula minta yang amat-amat sangat dengan berblogging ni. tp, tak la melebihi minat ku terhadap cewek ku. ceh.. hehehe...

aku just nak bercakap kosong jak dalam post ku kali ni. ada idea nanti, aku post lagi. sekarang tak boleh. aku kena study german language dan SADAM(system analysis and design). susah oh.. huhuhu...

p/s : dah baca berita harian hari ni, hukuman sula dan pancung kata arab saudi. alangkah bestnya kalau dilaksanakan kat malaysia. hurmmm...

Tuesday, November 3, 2009

MEMBELAI



aku ingin membelai korang. boleh tak? hahaha... mesti tak boleh. kalau aku wat gitu ngan hbz, msti dia tak kisah. tp, kalau wat ngan shelyn, mesti muka ku bengkak sebelah. yala, suka-suka jak nak belai anak orang. isk...

ish, takda lah. jgn berfikiran kuning ya. aku tak nak belai korang. tak kuasa aku. aku sebenarnya nak beritahu korang ni. bagi sesiapa yang selalu komen dalam blog aku, aku akan datang blog orang ynag banyak komen tu dan buat review tentang blog dia. secara tidak langsungnya, orang yang kena promote tu mesti dpt trafik lebih. boleh kan?

makanya, marilah komen lagi dalam blog aku. konfem aku "MEMBELAI" korang nanti. hehehe...

p/s : alangkah bestnya klu perut ku 6 pax mcm dulu...

Monday, November 2, 2009

JUANG BANGANG



aku terkejut tadi bila tiba-tiba seorang sifu blogger sound aku. memang betul-betul terkejut. sifu blogger sound aku dalam shoutbox ku dan juga shoutbox nya.

"eh kau klik nuff kat ******* ek, pandai kau cari duit ek, klik nuff kat tempat yg xde nuff!"

itu kata-kata yang yang ada di shoutbox aku. aku menjenguk blog sifu tu dan alahai, "sedap" juga la hati ku membaca luahan hati kat situ. nak kata terasa tu, memang terasa. aku kena label penipu. penipu dalam bab klik-klik nuffnang ni.

aku nak membalas tapi bila fikir-fikir balik, maybe sifu blog tu sangka aku ambil software spamming. yang membolehkan pengguna software tu spam kata-kata tipu-tipuannya kat suma blog tanpa perlu menjenguk nya. kerana tu dia sound aku kaw-kaw punya. tapi, serius, aku bukan makhluk sekotor itu. aku tak akan guna cara begitu hanya untuk tarik korang datang klik nuff aku.

jadi, takpa la. maybe memang salah aku juga. buka tab banyak-banyak and tulis " klik nuff kat cni" sambil tkn nuff. bagi bloggers yang aku tersilap shout kat blog dia, padahal dia tak ada ads pun, aku minta maaf.. aku tersilap. tapi, yang penting, aku bukan seorang PENIPU. terima kasih kepada sifu QQQ kerana sudi menegur dan menjenguk blog yang tak seberapa ini. maybe sifu sangka aku membodek, tp, serius, post-post sifu memang selalu buat aku tersenyum.

p/s : aku belum tido lagi dari semalam. pening eh..

Sunday, November 1, 2009

AKU MENGANDUNG 2 BULAN



"aku mengandung 2 bulan ni."

"ah???"

"betul. aku mengandung 2 bulan. cuba tgk perut ku ni. huhuhu..."

sambil aku buka bajuku, ku tuding perutku yang memboroi itu. huhuhu... memang serupa dengan pompuan yang mengandung 2 bulan. isk... kawanku tu apalagi, ketawa terbahak-bahak la. padahal, perutnya sendiri memboyot. macam aku juga. huhuhu...

sebenarnya, aku tak la mengandung. aku lelaki k. pure lelaki. tak perlu aku nak tunjuk pengesahannya. memang lelaki sejati. so, aku tak mengandung. cuma, perut ku seakan-akan pompuan mengandung. huhuhu...

aku betul-betul tak suka boroi ni. betul-betul tak suka. lainlah kalau isteri ku nanti. kalau dia boroi, ada sebabnya. hehehe... tapi, aku boroi. lelaki boroi. bagi aku, memang tak macho eh. cuba korang nampak artis lelaki macho. ada yang boroi tak? kalau ada, meh tunjukkan aku siapa artis tu.

boroi ni memang menyusahkan betul ,tau x? bila duduk, perut bonjol kedepan. nak kempiskan, aduina, kejang perut sepanjang duduk menahan nafas nak kempiskan perut. jalan depan awek lagi sengsara. trep tegap konon, padahal perut dipaksa masuk ke dalam. huhuhu... pilih baju? tolonglah.. jangan pilih baju fit badan. memang buruk nampak perut memboyot. huhuhu...

tolong...tolong... sepa boleh tolong aku hilangkan keboroian ni. aku da try tak makan 2 hari, tak kurang-kurang pun. ada sesiapa boleh membantu?

AKU MENGANDUNG 2 BULAN NI. huhuhu...

p/s : bola sepak malaysia makin hangat ya. jangan bergaduh sudah...