salam... petang2 posa gni, ringan pula jari-jemari ku mengatuk keyboard ni. dlm post kali ni, aku nak cerita pengalaman ku dalam sukan. aku sebenarnya tak pandai bercerita dan kalau anda diluar sana nak baca, baca lah sampai habis. tp, klu anda tak nak baca, tak pa la. aku tak kan terasa hati juga koz aku bukan berada disebelah anda. apa yang aku cerita ini juga bukan la satu pembohongan tp yang benar belaka. selalu kunasihat kat sayangku, "buat apa menipu, buat dosa jak" dan juga kata lecturer CNI ku, En. Talha, "menipu dosa, mati seksa". betul jugak..
aku sebenarnya dah mengikuti pelbagai jenis sukan dan diantaranya ialah badminton, ragbi, bola baling, taekwondo, sukan olahraga (lembing, cakera, lontar peluru, 100m, 4x200m, lompat tinggi), silat, bowling, squash, tenis, takraw dan memanah. setakat ini, pencapaian paling tertinggi pernah aku dapat ialah melalui sukan memanah dimana aku mewakili sabah dalam kejohanan memanah MSSM di perlis dan kuala lumpur. aku tak ingat dah nama tempat kejohanan tu koz aku menyertainya ketika masih di sekolah menengah dahulu.
aku masih ingat lagi, ketika bertanding dalam sukan memanah, klu x silap aku di perlis. aku memanah didalam hujan. hahaha... ketika itu, kami bersaing dalam jarak 50 meter dan hujan mencurah2 turun. nasib baik ketika itu, xda petir. klu ada, kena sambar la kami. tyme tu, memang banyak betul masalah berlaku kat aku. kejap2 guard tgn trlepas la. anak panah bengkok la, dan pada ketika itu jugak, bow aku patah dan membuatkan aku x dapat memanah lagi. wlupun aku x dapat sebarang tempat dalam pertandingan memanah itu, sekurang2 nya, aku dapat membuat perkara yang bagi ku, menakjubkan.
untuk makluman, kertas target kami mempunyai bulatan berwarna hitam, biru, merah dan kuning dan setiap warna mempunyai point yang berbeza. pemanah dikehendaki memanah kertas target tersebut pada jarak yang berbeza mengikuti kategori bow yang berbeza. bg pemanah, untuk memenangi pertandingan memanah, pemanah dikehendaki meraih point yang boleh mengatasi point pemanah2 lain. namun, pabila point yang diperoleh oleh pemanah sama dengan pemanah lain, faktor lain diambil kira.
seperti yang kita boleh lihat pada gambar diatas, inilah target yang harus dipanah oleh pemanah2. dan klu kita lihat dengan lebih teliti, pada permukaan kuning, ditengah2 nya terdapat pangkah "X". inilah faktor yang boleh membezakan pemanah2 sekiranya point yang diperoleh sama. andai kata la anda pemanah dan aku pun pemanah juga. sekiranya point kita sama, kita pasti xtau sepa menang kan? jd, dalam point kita tu, judge akan tgk berapa bnyk x yang dapat kita panah. sekiranya anda dapat panah lima"X" dan aku 4 "X", ofcourse la anda yang menang koz anda dapat memanah lebih banyak "X" drpd aku. senang bukan?
ok2. mncarut da aku ni. perkara yang membanggakan aku ialah aku dapat merealisasikan diri aku sebagai "robin hood". hahaha... klu anda pernah tengok cerita robin hood, pasti anda dapat lihat skill memanahnya yang tinggi yang mana dia dapat membelahkan anak panahnya dengan anak panahnya sendiri. agak mustahilkan? sbenarnya x mustahil koz aku da buatnya sendiri. hehehe... tyme bertanding dlm hujan tu, aku da melepaskan anak panah lebih kuran 100 anak panah klu x silap aku, dan, hbs giliran memanah, aku dan pemanah lain kena mengutip balik panah dan mengira point. smpai2 jak aku kat target tu, terlopong jgk la aku melihat anak panah ku tertusuk atas anak panah ku yang lain. atas "X" lagi. hahaha.. buktinya masih ada dirumah aku dan sampai sekarang, aku x dpt kluarkan anak panah tersebut. i'allah, aku balik sabah nanti, aku postkan gambar anak panah tu.
da trpost pasal memanah ni, aku nak ucapkan terima kasih kepada mr. roger balakan a.k.a my coach koz sudi melatih dan membimbing kami. memang baik jgk la coach ni (wlupun garang. huhuhu...) koz dia slalu blanja kami makan. hehehe...
aku nak crita lagi pasal sukan2 lain yang pernah aku ikuti khususnya taekwondo tp masa mat membataskan aku dan aku kena bersiap2 untuk pergi ke bazar ramadhan. selamat berpuasa dan selamat bertarawih malam nanti. hehehe....