Thursday, June 3, 2010

ADIDAS


setiap orang pasti ada minat yang tersendiri. minat bersukan, minat bergambar, minat bercerita, minat mengumpat dan sebagainya. bagi aku, aku minat bersukan dan mengumpul barang. bagi kamu pula, kamu minat apa?

malam ni, aku nak share minat ku yang satu ni. minat mengumpul barang. seperti yang sedia maklum, pengumpul barang ni biasanya fokus kepada jenis atau dalam bahasa universal nya 'brand'. bagi aku, aku suka mengumpul barang-barang yang berjenama Adidas. ya, Adidas.
 
kenapa? ketika aku sekolah menengah dahulu, kawan-kawan ku banyak memakai kasut berjenama Adidas. paling popular dipakai ialah kasut Adidas jenis Samba. ketika itu, aku teringin sangat nak pakai tapi tak dapat. tak mengapalah. cuci mata pun cukup la. tapi, perasaan cemburu bila melihat kawan-kawan ku menggunakan kasut Adidas amat membuak-buak. aku teringin sangat nak memiliki kasut tersebut. ketika itulah, minat ku untuk mengumpul barang Adidas timbul.

Alhamdulillah, setelah aku memasuki universiti ni, aku berjaya juga membeli barang berjenama Adidas. ketika ini, aku dah mempunyai beberapa baju dan kasut berjenama Adidas. bukan nak saja menayang tapi entah la, aku betul-betul minat jenama Adidas ni. malah, deodorant ku sendiri pun berjenama Adidas. hahaha...

ini hanya serba-serbi mengenai minat ku. rasanya tak salah bukan aku share minat ku ni dengan kamu? ok la, aku dah share, kamu pula share minat kamu kepada aku. boleh ba kan? mana tahu, minat kamu boleh menjadi minat aku juga. hehehe...

Wednesday, June 2, 2010

KEPERLUAN ATAU KEINGINAN?


bila aku muhassabah diri balik, aku menyedari aku telah membuat satu keputusan yang silap. keputusan yang aku rasa akan menyebabkan aku bertambah kurus sepanjang 2-3 minggu ni. kini aku menyedari, keperluan adalah lebih penting dari keinginan. dan kini, itu yang aku sesalkan kerana aku memilih keinginan daripada keperluan.

namun begitu, kata orang;

"belajar dari kesilapan"

tanpa kesilapan, mana mungkin akan ada kemajuan yang tercapai. betul tak? tak kan ada orang yang berjaya tanpa melalui kesilapan terlebih dahulu. Bill gates sendiri pun pernah gagal dan membuat silap namun lihat sekarang? dia merupakan individu yang terkaya di planet bumi ni! fuh!

bagi kamu, sekiranya kamu membuat kesilapan dalam membuat sesuatu keputusan, apa akan kamu buat? aku suka bertanya soalan begini kerana aku suka membaca pandangan dan jawapan yang kamu lontarkan. tak kisah la apa jenis pandangan dan jawapan kamu tu. yang baik kita ambil, yang tak baik, tak mengapa. kita improvekan. ya kah? hehehehe... 

p/s: nak enjoy juga tapi hati masih rungsing...

MELAYU BOLEH


sebenarnya, aku dalam keboringan yang amat sekarang ni. oleh kerana itu, aku meng'update lagi blog ku buat kali kedua untuk hari ni. tak pernah-pernah di buat oleh aku semenjak aku menceburi dunia blog ini.walhal, kalau dulu, nak update sehari 1 post pun amat payah. pemalas la katakan. hahaha...

aku rajin meng'update' blog aku ni pun bukan sahaja kerana aku keboringan, tapi, internet kat rumah aku ni laju dan agak membazir pula kalau tak diguna dengan sebaik-baiknya. kalau kawan-kawan ku sekarang ni asyik dengan DOTA, biar aku pula asyik dalam mencoret blog aku ini.

banyak perkara yang berlegar di kepala ku sekarang ni. mengenai short semester yang aku lalui sekarang ni, mengenai kenderaan yang bakal aku dapat daripada parent aku (harap-harap dapat. hehehe...), dan juga si 'dia' yang berada di tanah seberang. ada banyak lagi aku fikir tapi kalau aku beritahu semuanya pun, mana mungkin kamu baca semua. ya tak?

nak tanya kamu ni, kamu perasan tak semakin lama cuaca semakin panas? ketika aku masih kecil dan cumil-cumil gitu (hehehehe...), jam 12 tengahari barulah terasa bahang panas matahari. tetapi, dewasa ini, jam 9-10 pagi, bahang matahari amat terasa. adakah ini petana kiamat amat dekat? 

baru tadi, kawan ku membunyikan suara ala-ala hantu. dia tanya aku, takut ke tak? aku of course jawab tak takut. yala, buat apa takut dengan hantu? hantu bukan boleh buat apa-apa pun. takut dengan Allah s.w.t, itu yang wajib. ceh, aku membuka segmen ceramah pula.

apa lagi yang boleh aku coret kan untuk mengisi ruang keboringan aku ni ya? oh ya, bagaimana nak halang air liur meleleh ketika tidur? jawab-jawab... hehehehe...