Sunday, January 23, 2011

emak yang sangat-sangat "pandai"


aku ada cerita lagi yang nak dikongsikan dalam blog ni. cerita ni cerita benar dan aku tegaskan, aku tidak menokok tambah apa yang akan aku ceritakan.

pada waktu tu, aku masih ingat lagi. jam casio ku menunjukkan jam 5.45 petang. cuaca memang baik dan memang seronok buat aktiviti beriadah waktu tu. jadi, aku pun mengajak kawan-kawan ku main futsal (dengan paksaaan. hahaha..).

ketika kawan-kawan ku bersiap-siap, aku yang dah memang siap awal lagi terus menuju ke padang (padahal padang berturap tar. adeh..) futsal dan rancangan ku nak joging 5 minit dulu. tapi, sampai jak aku kat padang tu, ku nampak couple tengah dating bhampiran dengan padang tu. couple tu tgh duduk diatas motor. si jantan duduk belakang, si betina duduk depan. memang mesra la aku tengok. 

aku pada mulanya tak kisah. biarlah diorang. hal diorang. aku pun sbenarnya malas nak ambil tahu hal orang lain. aku pun meneruskan joging ku tu sambil melihat couple ni bermesra-mesraan. tapi, tidak lama kemudian, aku mula rasa annoying. yang si jantan ni sekejap-sekejap peluk si betina. ramas lagi. aku rasa annoying betul. hey, aku ada kat situ kot. tak kan mereka tak ada sekelumit perasaan malu kot? kalau dah gersang sangat pun, jangan la buat kat public. yang lagi aku annoying sangat, melayu beb! adoi-adoi.. malu betul aku tengok.

tak mengapa. aku abaikan. jangan kacau dorang. pedulilah. aku teruskan lagi joging ku. dekat 3 minit aku jog, aku melihat satu scene yang betul-betul mengacau perasaan. scene cium mulut. pergh... ini betul-betul annoying dan menggeramkan. aku tak tahan lagi dah. aku berhenti joging dan terus pergi jumpa couple tu.

"woi, boleh korang dating tempat lain tak?"

habis cakap jak aku terus sambung balik joging. aku tak nak berdiri lama di situ kerana aku jenis cepat meruap. tak nak jadi apa-apa. huhuhu... tak lama selepas aku tegur tu, aku dengar bunyi motor dihidupkan. si betina berambus. si jantan pula balik ke rumahnya. (rumah nya berdepan dengan rumah sewa ku.)
 
selepas tu, kawan-kawan ku datang. kami pun mula main futsal. ketika aku dengan kawan-kawan ku main futsal tu, si jantan datang dengan kawannya. aku sebenarnya dah tau apa tujuan jantan tu datang tapi ah.. abaikan. mungkin kawan-kawan ku ramai ketika tu, si jantan tu tak berani jumpa aku direct. (actually aku tak kisah pun. kalau berani sangat, meh 1 on 1),. si jantan tu jumpa dengan kawan ku. si jantan tu cakap la sesuatu dengan kawanku tapi aku tak dengar sangat kerana aku main futsal. selepas si jantan tu habis bercakap dengan kawanku, si jantan tu pun balik ke rumahnya dengan kawannya.

aku pun terus jumpa dengan kawanku dan tanya kenapa? kawan ku cakap kat aku yang si jantan tu marah dengan aku kerana aku malukan aku depan awek dia. si jantan tu cakap lagi, dia tak buat apa-apa pun. pergh.. aku betul-betul terkejut mendengar kata-kata kawanku tu. aku memalukan dia? dia tak buat apa-apa? 

kau dating sambil cemolot kat public begitu tak memalukan kah? kau buat scene macam begitu kau cakap kau tak buat apa-apa? kau bodoh ka apa? otak letak kat mana? lutut? ish..

yang aku terkilan sangat-sangat, emak budak tu. aku rasa dia lah emak yang paling "pandai" sekali dalam dunia ni. kenapa? kerana dia sokong sangat setiap tindakan anaknya. ketika kawan ku nak pergi ke padang futsal, kawanku sempat dengar dari emak budak tu,
"jangan tumbuk sudahlah."

what the hell? emak apakah ni? "pandai" sangat. sebagai manusia yang ada akal fikiran, tau baik buruk, apa kah maksud di sebalik kata-kata emak budak itu? bagi aku, ayat tu jak menunjukkan yang emak budak ni percaya seratus peratus apa yang anak dia cakap yang anak dia tak buat apa-apa langsung. ok, correct me if i am wrong. it is right to dating with hot scene in public? it is right to make kissing scene although they are still dont engaged yet? please correct me if i am wrong there.

aih.. kalau semua parent macam begini, tak hairan la banyak terbabit dengan kes juvana. kes pembuangan anak. kes mat rempit, kes dadah dan sebagainya. ini lah puncanya. parent yang "pandai" sangat dan mempercayai seratus peratus anaknya tanpa usul periksa. 

ok lah. end of the story there. i know that i am not perfect but i had my right to tell them that was wrong right? if that situation happen to you? what should you do? are telling them to get away or just chill and doing nothing? you choose...

p/s: kadang-kadang, aku malu mengaku aku melayu.

2 comments:

Siti Farah said...

bese la tu klw mak bapak yg manjakan sgt anak dye...hurm...terlebih manjer...

juanghidup said...

psl dimanjakan sgt la ank2 jd truk mcm gtu. ish..