Friday, January 14, 2011

aku dan bekam

sepanjang 2 minggu ni, aku dan team silat yang lain asyik menjalani latihan setiap petang. walaupun tidak semua ahli tapi tak mengapa. lagipun latihan yang kami adakan bukanlah latihan wajib. kalau latihan wajib, masak mereka kena oleh coach. hehehe...

tapi, yang buat "suew" sekarang ni adalah kakiku. adoi.. sakit terseliuh kena sapuan ketika di kulai hari tu masih lagi terasa. malah, sakitnya amat merisaukan aku sehinggakan aku hampir memutuskan untuk bersara daripada silat. yala, fikir masa hadapan juga kan? tapi, bila fikir-fikir balik, agak rugi juga. yala, ketika di universiti ini lah, peluang bermain, bersparring (hehehehe), wujud. aku pasti, selepas dapat kerja nanti, pasti peluang sebegini tak wujud. huhuhu...

ketika itu juga, aku dengan seraya nya berkata,

"ah! persetankan semua itu! kakimu masih boleh sembuh. pergi cari ubat. huh!"

aku ambil kunci motor dan terus pergi ke ekspo yang kebetulan masih dibuka berhampiran tempat aku tinggal. setahu aku, ada tempat mengurut di situ. kalau tak silap aku, pusat rawatan cinta namanya. melalui "first impression" ku, aku sangkakan pusat rawatan cinta ini hanya untuk orang yang putus cinta atau yang mengalami masalah. tak sangka pula tempat ni untuk mengurut dan berbekam. hahaha.. dats is my first impression, ok?

ketika aku menjenguk ke dalam pusat rawatan cinta itu (actually khemah), ada seorang abang di situ. aku nak gelar pakcik tapi ish, takut tersinggung plak dia. jadi ,better aku panggil dia abang. di sini jugak, baru aku tersedar, 


"don't judge a book by its cover."

aku sangkakan abang ini garang kerana mukanya agak keras, garang, dan tak senyum. tapi, sangkaan ku betul-betul meleset. rupa-rupanya abang ni amat peramah. seriously say, peramah sangat di sebalik wajahnya yang agak garang. hahaha...

jadi, pot...pet...pot...pet... abang itupun setuju mengurut kakiku yang terseliuh. tapi, better aku bagi tengok bahagian kakiku yang injured tu supaya korang lagi jelas dimana abang itu urut. na, kalau nak tengok, tengok. kalau tak nak tengok, tak payah tengok. aku tak paksa. 


oh.. kaki kesayangan aku...


nampak biru-biru tu? hahaha... itulah kesan dari silat olahraga yang aku ikut hari itu. nasib baik aku dapat pingat, kalau tak, kesian kakiku terpaksa jadi begini. huhuhu... 

ketika abang urut tu, adoi..adoi...adoi!!!! sakit bang oi! sakit sangat sampai semua badan ku kejang bila abang tu urut kaki ku. ketika abang tu urut kat bawah buku lali tu, adoi... kalau aku dibenarkan teriak, aku teriak. sakit sangat. huhuhu... ada lebih kurang setengah jam juga la aku menahan sakit kena urut tu. tapi, selepas dia urut, kakiku dah kurang sakit berbanding dulu. betul-betul berkurangan. gembira betul la aku ketika tu. tapi, tiba-tiba abang tu berkata,

"kaki mu ni perlu bekam ni. banyak angin abg tengok."

"oh? kalau begitu, bekam jak la bang. asalkan kaki boleh sembuh."

apabila aku cakap begitu, abang itu terus ambil peralatan bekamnya. korang tau juga kan apa itu bekam? jadi, tak payah la aku cakap pasal alat bekam ni. kalau nak tau juga, tu hah.. tanya pakcik goggle. dia banyak tau. ok, kembali semula kepada abang dengan alat bekamnya. dia pun bekam di sekitar buku laliku. abang tu cadangkan 4 cup kat situ dan aku follow jer. janji kaki tak sakit lagi.

bila dia bekam jak kakiku, pergh.. aku betul-betul terkejut tengok darah yang keluar. (actually, darah itu terkeluar pasal kulit tu dihiris dengan pisau gillete. tak dalam juga. dun worry. hahaha...) banyak sangat sampai hampir setengah cup dipenuhi darah. fufufu...


1 minit pertama...
 
 


10 minit kemudian...



selepas cup dibuka. macam puding kan? hahaha.. (kepada yang tak suka tengok darah, sorry...)


banyak darah keluar bukan? hahaha... nampak macam kabus dalam cup tu? itu adalah angin yang diserap keluar oleh cup tu. kata abang tu, makin hitam darah yang keluar, makin kronik penyakit orang tu. fuh... nasib baik tak hitam sangat. kalau hitam, alahai, muda-muda dah berpenyakit. huhuhu....

selepas habis proses berbekam tu, kaki ku makin kurang rasa sakitnya. malah, terasa ringan lagi. aku amat-amat berterima kasih kat abang tu. you are the pro bro! salute you! hehehe... sekarang, aku dah boleh jumping dah. kalau tak, huh... nak terberak pun ada kalau nak jumping. huhuhu..

ok lah. panjang lebar pula aku tulis kali ni. pedulilah.. yang penting dapat cerita. hehehe...

5 comments:

Anonymous said...

Instant Payday Loans Online http://2applyforcash.com/ SnitiomgoocaWam [url=http://www.2applyforcash.com]Payday Loans Online[/url] Cetgrotte Online Payday Loans Direct Lenders Online Payday Loan To enjoy earning in a regular do because you flixya in that it way to start job?At current, the amount of people working internet network marketer.If you want to learn more about the empower network, i invite you to empower network!!

Anonymous said...

http://www.msn.com/ - [url=http://www.msn.com/]msn[/url] msn
msn

Anonymous said...

buy ativan 1mg lorazepam diazepam equivalent - ativan dosage for sedation

Anonymous said...

http://www.maps.google.com/ - [url=http://www.wikipedia.org/]wiki[/url]
mail

Anonymous said...

Тhe writе-uρ proѵides established nеcеssary to myself.
It’s really educationаl and yоu're simply clearly really knowledgeable of this type. You get opened up my own eyes in order to different thoughts about this kind of topic together with intriquing, notable and reliable content material.

Here is my website - ambien