Saturday, August 22, 2009

"baru balik dari bercuti"

fuh.... akhirnya, aku sampai juga ke rumah. agak letih la juga kerana aku membawa beg sandang yang penuh dengan pakaian serta beg laptop. adeh... sakit bahu. aku sebelum ni bercuti tempat pakcik ku di kuala selangor selama seminggu bermula dari hari khamis. (cuti H1N1 dan cuti pertengahan semester).

ketika bercuti di kuala selangor, tak banyak yang boleh aku lakukan kecuali main ps2 dan tidur. hahaha... boring kan? tapi, sepanjang aku berada di kuala selangor, aku ada juga melawat tempat-tempat menarik seperti bukit melawati.


sekiranya korang nak melawat bukit melawati, aku cadangkan kepada korang, lakukan lawatan korang pada hari sabtu or ahad and pada sebelah petang. kenapa?

tyme2 gni, banyak orang akan datang dan tidak terkecuali juga foreigner. aku dan dua orang sepupu ku (dua2 pompuan) datang ke bukit melawati pada hari sabtu lalu dan ketika tu kami menaiki trem yang disediakan khas pada hari sabtu dan ahad.

trem tu mmbawa kami ke atas bukit melawati dan meurunkan kami disitu. tyme kami berada di atas bukit melawati tu, barulah kami sedar, di atas bukit melawati ni terdapat banyak monyat. kalau dihitung, dekat2 200 ekor juga semuanya. di atas bukit tu, ada penjual yang menjual makanan yang digemari oleh monyet2 tersebut.

banyak juga la orang yang memberi makanan kat monyet2 tu. tapi, bikin geli hati juga la bila melihat monyet2 tu berebut mengambil makanan. yala, sampai naik keatas kepala orang yang memberi makanan tu. apa lagi, menjerit2 la orang tu. sepupu2 ku pun dan pucat muka tengok monyet gtu banyak dan balik2 menjerit bila monyat tu melintas berhampiran mereka. hahaha...

kat puncak bukit melawati tu juga, ada juga disediakan muzium mengenai bukit melawati tu. tapi, aku x sempat masuk koz keadaan tyme tu nak gelap dah. kat bukit melawati ni juga, da makam diraja sultan selangor dahulu. untuk pengetahuan korang, dalam makam tu, da meriam kecil yang dibaluti kain kuning. dengar kata pakcik ku, meriam tu pernah berdentum walaupun tidak ada orang berada brhampiran meriam itu. ganjil bukan?

so far, tu jak la aktiviti ku yang menarik sepanjag aku berada di kuala selangor. huhuhu....

No comments: