Thursday, June 3, 2010

MALAM JUMAAT


malam ni merupakan malam jumaat dan malam ni dikatakan malam berhantu. aduhai... betul kah malam jumaat merupakan malam berhantu? entahlah... setakat ni, tak pernah pula aku jumpa hantu pada malam jumaat. lagipun, kenapa malam jumaat sahaja yang di kaitkan dengan hantu? kenapa bukan malam isnin, malam khamis ka, atau malam sabtu? ish...

namun begitu, ku kira aku pernah juga mengalami kejadian bersama-sama hantu ni. lihat post ku yang ini. ku kira post ini cukup untuk aku bercerita mengenai pengalaman bersama makhluk Allah yang satu ni. banyak juga pengajaran yang aku dapat ketika itu. sekiranya berlaku lagi pada masa depan, ku kira aku telah bersedia. i'allah...

mengenai isu hantu ini, ramai juga orang yang alim dan berpengalaman nasihat kepada aku. kata mereka,

"kita sebenarnya jangan takut kepada hantu ni.kalau kita takut, maka dia jadi berani dan akan kacau kita. lagi satu, hantu ni tidak akan kacau kita selagi kita tak kacau dia. cukup lah sekadar menghormati tapi jangan hormat yang melampau-lampau kerana ia boleh mendatangkan syirik..."

setakat itu sahaja lah yang aku ingat. kalau ada kesilapan di situ, silalah tegur dan betulkan. manusia kan? tak terlepas dari kesilapan. huhuhu... ok, noktah dulu...

MILKY


aku betul-betul kemaruk nak menulis lagi. tulis, tulis, tulis dan tulis lagi. lagipun, siapa nak larang? tiada bukan? nak larang juga? tak dengar. lalala... hehehe...

aku baru sahaja singgah anak ku ni. kesian dia. merengek nak minta susu. pada permulaan nya aku malas nak layan. peduli lah dia tertiarap, tertonggek, terberenang kat situ. namun, rengekannya semakin lama semakin kuat. aduhai. sabar-sabar... aku buat tak tahu. rengekan bertambah kuat lagi. ish... tak sabar dah. aku menghampiri anak ku dan berkata:
" nak, ayah tiada susu. cari emak ya? "

hahaha... ini sekadar imaginasi tingkat tinggi ku. aku belum lagi bergelar ayah. malah jauh sekali bergelar mama. i bukan nyah, ok? nak bergelar ayah lama lagi. tunggu dapat kerja dulu, dapat mini copper satu dulu, dapat rumah sebiji dulu. huhuhu...

kadang-kadang, bagus juga berimaginasi ni. aku ada baca satu kajian bahawa berimaginasi ni boleh meningkatkan daya ingatan kita. namun, berimaginasi la benda yang baik-baik. bukan yang tak baik-baik. nak aku detailkan? tak payah la. aku budak baik. heh...

ok, itu jak. blah dulu. hahaha...

DAPUR TAK BERASAP


selamat pagi semua! hari ni aku bangun awal. nampak nasi lebihan semalam. tercetus idea untuk masak nasi goreng pula. nasib baik ada perencah nasi goreng di dapur. kalau tidak, pasti nasi goreng ku tadi beramuan resipi Dr.Frankestein. hahaha...

ketika aku memasak nasi goreng tu, aku berasa janggal sedikit. yala, lelaki memasak. lelaki maskulin seperti aku ni memasak? suasana yang agak ganjil di situ. mengikut norma-norma kehidupan, memasak ini hanya untuk kaum Hawa. yakah?

pernah sekali aku bertanya kepada kawan perempuan ku,

"awak pandai masak tak?"

"pandai."

"biasanya masak apa?"

"telur goreng. hahaha..."

"itu sahaja?"

"hehehehe..."

 
hahaha... bukan niat ku nak mempersendakan atau mengejek si gadis-gadis yang tak pandai memasak di luar sana. tapi, agak luar biasa sekiranya perempuan tak pandai memasak ni. hal ni kerana perempuan amat sinonim dengan bab-bab memasak. malah, ketika nak berkahwin pun, pastinya bakat memasak diambil berat oleh si bakal suami dan juga bakal mentua. sekiranya tak pandai memasak, alahai, saham boleh jatuh dengan mudah tau. huhuhu...

bukan niat ku nak pandang rendah si Hawa yang tak pandai memasak ni. tiada niat pun. cuma, ini hanya pandangan ku dan sekiranya ada yang salah, tak salah kalau dibetulkan. betul tak? soalan ku;

"pandai tak kamu memasak?"